4 Feb 2016

mind rant




mind rant 
i really need to write
haritu masa 30 januari  adalah hari ulang tahun
dah tua tua ini rasa macam tak adalah nak celebrate sangat tapi maybe semua pun suka nak dihargai dan di wish
tak tahu ini budaya dari mana but yeah 
i dont celebrate my birthday this year 
with the cake and all..

since di perantauan. tiada siapa kenal dirimu
nobody cares
pagi itu selepas breakfast dengan housemate
tetiba tengok di tingkap snow turun dengan lebat!
di sini bukan selalu ada snow melainkan hujan dan seumur hidup tak pernah rasa. 
kami pun keluar rumah nak rasa. teruja habis haha padahal the housemate ni dah berapa kali rasa. katanyanya nak share the moment orang yang baru first time.

housemate pun kata.. "whoah today's your birthday and its snowing, miraculous plus two!"
then i answer "yeah my present from Allah." sambil memandang ke langit. macam poyo sikit
and then we laughed

Allah ini sangat sweet. jarang sekali kita appreaciate apa yang kita dah ada. nikmat atas dunia ini dengan keluarga kawan kawan dan segala yang kita ada dan lalui itu semua adalah rahmat. hadiah dariNya

tapi yang selalu kita rasa adalah kekurangan dan ujian yang kita hadapi. yang sedih dan yang berat. yang susah dalam hidup kita,

sehingga kita lupa segala yang kita ada jauh lebih banyak dari apa yang kita kurang. sepatutnya buat kita lagi semangat untuk berbuat dan memberi. 

mungkin itu erti syukur

dan mungkin itu datangnya ketenangan,

malam itu, imam suhaib webb datang dan bagi talk. tajaan islamic mercy. the housemate happy sangat sebab memang minat imam ni sejak study degree dulu katanya. siap minta imam tu tulis nasihat dan sign dalam notebook dia haha. tapi talk nya adalah lebih kepada sirah rasulullah. ia tak perfect dan sangat manusiawi but we seldom ikut dan rasa macam nak jadi begitu perrrfect hingat ter bagi terlalu high expectation atas kehidupan ini.

tapi nak kata belajar la balik sirah dan hayatinya. bukan sekadar tahu tapi bagaimana kita bebetul menjiwai apa yang harus dan apa yang di apply. 

sebabnya ada seorang sister bawa baby yang dah mungkin dua tahun usianya. Hanna namanya. jadi tak boleh duduk diam dalam talk tu. baby tu berjalan jalan ke depan ke belakang hall. ibu dia dah tak dapat kawal dan kejar. dia biar saja. 

sampai satu saat baby hannah jalan sampai depan dekat imam tengah bercakap di depan. imam tu ambil dan dukung baby hannah dan tanya "anak sapa ni?" (in english obviously)

mak dia dah panic terus nak ambil anaknya.. cepat cepat imam kata "no..no..no its okay" 

dia cerita tentang Abu Bakar bermain dengan cucu rasulullah yang masih kecil..

dan cerita masalah rumahtangga dan keluar rasulullah ketika ada masalah. dan pointnya keluarga rasulullah juga ada masalah dan tak perect. manusiawi. dari kisah nabi adam a.s sampai nabi muhammad swt. ada saja yang tidak perfect. dan the idea of perfection is actually an illusion yang kita tanam hingga kita jadi sangat strict over something yang impossible.

contohnya macam di masjid tak bagi kanak kanak masuk langsung. tapi ini contoh kecil. 

kalau boleh kita nak semua ahli keluarga kita faham islam dan bersama-sama kita untuk berbuat. tapi at the end of the day. macam mana kita bentuk dan bawa itu yang di kira.

tapi talk nya bukan setakat itu. dia tanya biasa buku sirah start tentang apa. tenatng salasilah dan tentang orang arab. dan kenapa orang arab walaupun mindset arab je jahiliah. sembah berhala dan lain lain tapi dia ada beri kelebihan orang arab tu. tengok orang dari sudut itu, fokus on the good side of them. nak sampaikan islam bukan nak paksa dia masuk islam dan nak tunjuk dia salah. tapi buat baik dan biar mereka yang datang kepada islam dan nak terima islam itu. 

buat wonder. kadang itu, mungkin kefahaman kenapa bertuhan belum kukuh tapi dah di vaccinate dengan bekerja untuk islam adalah kewajipan dan akan keluarkan kita dari api neraka. 

semoga Allah beri kita hidayah dan taufiq dan nampak dunia ini dengan benar sebelum yang lainnya. 

end

p/s: akur janji nak baca raheeq makhtum. tolong la manusia jangan malas.
p/p/s: video snow haritu.

14 Jan 2016

2016

tak sangka. yang terakhir adalah oktober 2015.

selamat datang 2016! macam tak percaya. sekarang adalah seorang suri rumah. terlalu banyak perkara dalam kepala. plan untuk tahun ini dan lainnya. 

tahun 2015 banyak mengajar sesuatu. ia lebih kepada struggle untuk terus berdiri. 

di sini boleh dikatakan setiap hari hujan. tiada salji. musim sejuk, siangnya lebih pendek. waktu produktif lebih pendek. 

masa berlalu terlalu pantas. tak tahu sejauh mana dapat keep up dengan semua ini. huhu

-latihan kembali menulis-



21 Oct 2015

ha



hijrah
bukan untuk mencari selamat
bukan mencari tanah baru untuk berniaga
tetapi
berhijrah kepada rabbnya
dengan hati dan aqidahnya
dengan jiwa dan dagingnya


7 Oct 2015

berkah

dengan perjalanan yang jauh dan agak gila hari itu. terbit satu rasa. gembira. perasaan lama dulu hadir lagi

dizahirkan kata "saya rasa gembira" (mungkin karena perasaan ketika pertama kali disentuh tarbiyah dulu telah hampir)

"semuga kegembiraan itu adalah kegembiraan yang diberkahi"

perkataan berkah itu satu kata yang besar maknanya dan ianya mendalam ke sanubari.

jika dulu sesetengah orang akan menganalogikan suatu keberkatan dalam rezeki. ia sedikit tetapi mengenyangkan. rezeki yang barokah.

jika masa. waktu yang singkat tetapi banyak perkara dalam diselesaikan dalam sela waktunya. waktu yang barokah.

barokah. sesuatu yang berkah, ianya akan kekal. 

lama

dan yang pasti

ia hadir atas nikmatNya

bukan perasaan yang sia-sia

semoga perasaan itu perasaan yang diberkahi.

25 Aug 2015

jangan tinggal kenangan

Jika ada 1000 orang yang berjihad di jalan-Nya maka salah satu di antaranya adalah aku.
Jika ada 100 orang yang berjihad di jalan-Nya maka salahJika satu di antaranya adalah aku.
Jika ada 10 orang yang berjihad di jalan_Nya maka salah satu di antaranya adalah aku.
Jika hanya ada 1 orang yang berjihad di jalan-Nya maka itu adalah  aku.

Dan jika tidak ada orang yang berjihad di jalan-Nya maka itu berarti syahid telah menjemputku.

Lemahlah setiap jiwa yang ingin lemah.
Mundurlah yang tidak kuat bertahan.
Silahkan yang mengalami kefuturan.
Diamlah yang tidak menginginkan perubahan...
Tapi itu bukan aku.

Sekiranya semua sepakat untuk berhenti dari mengusung kemuliaan ini,
aku akan tetap di sini, di jalan ini, bersama Rabb-ku..
Sampai kemenangan menjadi nyata atau syahid memuliakan diriku..

Sungguh, aku takkan pernah membiarkan tubuhku lelah berjuang..
Hingga rasa lelah itulah yang lelah mengejarku..

Innallaha ma'ana...
Sesungguhnya Allah bersamaku...!

Sayyid Qutb

23 Jul 2015

adaptasi parah

proses adaptasi.

bilamana kita berada dalam proses adaptasi. sangat mengelirukan. terkeliru dengan di mana prioriti kita. dalam membuat keputusan dan dalam menilai
jika dahulu satu penilaian dibuat berdasarkan murabbi. kakak yang kita hormati. atau siapa saja.
ia benar-benar menduga apabila manusia siapa saja dapat berubah
penilaian dalam membuat keputusan serta prioriti juga boleh berubah!

semuanya menjadi sangat mengelirukan

keputusan dan pandangan manusia boleh berubah mengikut masa.

dahulu penilaian qowiynya seseorang. apabila ia tampak.

tapi sebenarnya ia nya samar-samar kerana penilaian itu hanya penilaian Allah saja yang benar.

susahnya dan runsing
tiada siapa kisah berapa sen nilai pengorbanan kita

yang orang kisah hanya apabila futurnya seseorang

tidak qowiy atau larut dengan dunianya

dunianya

yang ia keliru di mana prioritinya

bila berada di dunia yang sendiri.

adaptasi bersama dengan ramai orang yang tarbawi benar-benar membantu dalam membentuk. banding sendiri dengan dunia sendiri.

oh.

kuatkanlah

berbuatlah kerana Allah
cukup lah bersangka dengan diri sendiri mahupun dengan orang lain

lebih parah.
cukuplah bersangka dengan Allah

"Aku adalah seperti persangkaan hambaKu..."

10 Jun 2015

melawat



ke belfast minggu lepas
melawat 'seseorang'
banyak belajar sesuatu

12 May 2015

:)

saya berharap sangat saya dapat menulis kembali. ia bukan untuk menghebohkan update diri. diri sendiri bukan siapa-siapa. cuba secebis urat kertas pada sebidah kertas yang luas. lol

konon je. :P

teringat dulu. menulis tentang apa yang berlaku. ia merefleksi. membaca semula pada pandangan kita yang pertama atas sesuatu. kemudian dapat nilai semula diri kita melalui apa yang kita tuliskan

menulis tentang ilmu. ia merefresh apa yang difahami.

menulis melalui hati. ia buat kita refleksi fikrah islam sudah cukup pekat kah ia mengalir dalam diri.

menyaksikan berguguran dan betapa struggle setiap orang untuk teguh berdiri berjalan berlari mahupun duduk atas jalan ini.. bukan mudah.. benarlah kata kata orang..untuk tsabat. kita boleh tsabat. tapi bagaimana untuk sentiasa istiqamah dalam beramal dan mengekalkan fikrah islam dan fikrah dakwah kita dalam diri itu. amat berat dan payah..

setiap orang akan berubah fasa hidup dan setiap apa yangb berlaku adalah yang terbaik. namun, buat lah pilihan yang terbaik...kerana apa yang buruk itu adalah datangnya dari kelemahan kita sendiri!

setelah selesai kuliah. setelah mula bekerja. sedar sedar dah dua tahun berkhidmat. sekejap saja masa berlalu..

sejak habis. Allah tunaikan hajat nak berjalan dengan emak. bonding dengan adik adik. menunaikan umrah.

hari ini rindu baitullah dan tanah haram madinah... sangat....

hari ini genap sebulan satu minggu saya bergelar isteri.

sejauh mana sudah bersyukur?


3 Mar 2015

derhaka dalam taat

salah satu ghurur pada ahli ibadah adalah orang yang sibuk memperbanyakkan ibadahnya tetapi tidak mengislahkan hatinya


30 Jan 2015

27

bercakap tentang tsabat..kadang-kadang ada orang berkara tsabatnya dan hebatnya seseorang itu bilamana ia kekal dalam gerabak dakwah.

tapi bagaimana kita kekal tetapi sebagai seorang yang stagnan

tsabat. sangat subjektif buat ramai orang.

kata seorang syeikh. tsabat itu adalah istiqamah dalam beramal dan berjihad untuk mencapai matlamat. sekalipun matlamat itu masih terlalu jauh dan memakan masa bertahun-tahun hingga menemui Allah dalam keadaan beramal dan berjihad.

tsabat itu bukan lah di nilai secara luaran. tetapi lebih kepada definisi hati.

suka untuk share ayat dalam surah ahzab. perang khandaq.

33:4

Alah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya; dan Dia tidak menjadikan istri-istrimu yang kamu zhihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak angkatmu sebagai anak kandungmu sendiri.

apa yang di hilight kan di sini bukan kisah zhihar sahabiah khaulah bt tsa'labah tapi tentang

"Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya..."

memang tidak ada hati dibahagi dua. atau tiga atau empat untuk sesuatu yang lain selain Allah..

kerana itu mencintai sesuatu kerana Allah...segala yang kita cintai berpunca dari cinta ALlah itu.

perasan je...bila satu ketika dulu satu sosok itu seorang yang kencang atas jalan dakwah..bila berubah fasa ia menjadi semakin perlahan...mungkin atas faktor persekitaran. dahulunya hidup 24 jam bersama akhwat. kini sendirian atau tiada lagi biah solehah yang menguatkan

sibuk dengan dunia. sibuk dengan fasa berkeluarga sibuk dengan hal lain nya menjadikan tarbiyah perkara kedua dan akhirnya hanya sekadar hobi. walhal dahulunya ia ibarat aliran darah. ianya kehidupan dan ianya ibarat kewajipan dalam degupan jantung dan helaan nafas dalam kehidupan

ibarat bila ia tiada. matilah seorang pejuang.

betapa tawakalnya sahabat kepada Allah. dalam keadaan yang sangat sangat menguji. mental fizikal.

dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara. (sejauh mana kita mengimani ayat ini)

seorang akhwat berkongsi dalam kisah kaab bila ia ketinggalan dalam perang. rasa terkesan sangat sebenarnya kisah kaab ini sebab macam sangat significant untuk berhenti dan futur. fenomena bila dah lama tak dapat ke program atau usrah atas kesibukan dan atas kekangan dalam proses adaptasi.

jadi malu dan segan untuk kembali. dapat rasa saja dengan perasaan kaab..bukan saja diboikot dengan sahabat malah rasulullah sendiri tidak mahu memandang wajahnya..

sedih. dan bila akhwat sendiri menjauhi dan terasa di hakimi. (suuzzhon)

tapi kaab hanya bertawakal kepada Allah...dan sebab itu sabat itu berbasisnya iman dan hubungan dengan Allah yang bebetul kuat........

dan tiada rongga lain selain satu hati saja....

nangis

ibnu Qayyim berkata: tidak ada yang lebih sulit di dunia melainkan "tsabat" (keteguhan), baik dalam meninggalkan yang dicintai atau mengatasi kessulitan, terutama dalam rentung waktu yg panjang dan di saat menculnya putus asa di kalangan rijalud dakwah. kesemua itu memerlukan bekalan yg cukup utk tabah menempuh jalan yg panjang. bekalan itu adalah tsabat di atas hukum Allah, takdir dan ujianNya sehingga rijalud dakwah mesti membekalkan diri dgn tsabat dan menempuh jln dgn tegar di saat2 kesulitan.

WA



semoga anda tsabat wahai diri sendiri dan selamat ulangtahun yang ke 27. :)

15 Jan 2015

Sen

Ia agak sedih bila sepenuh hati sudah diserahkan cuma tak pandai sertakan dengan spark dan bungaan ia jadi seperti belum cukup sempurna

Agak sedih bila kita tiada apa untuk diberikan lagi.

Yang tinggal hanya kosong.

Harga yang tinggal mungkin hanya sen.

14 Jan 2015

13 Jan 2015

2015

2015

pantas masa berlalu. sudah hampir pertengahan januari. resolusi yang sama setiap tahun

dan

menjadi seperti auf bin haris. seorang sahabat badar.

beliau bertanya kepada rasulullah..

"wahai rasulullah, apakah yang boleh membuatkan Allah tersenyum dan ketawa terhadap hambanya?"

"seseorang yang bergelut dengan musuhnya secara terdedah"

lalu ia mencapamkan baju besi dan mencapai pedang dan terus menghadapi musuh sehingga syahid.

masih menilai tentang diri dan tawakal. jika benar redha Allah itu paling utama. tapi kenapa masih lagi tawar menawar. infaq dari lebihan. dan bukan sebahagian.


tuhan dan rahsia

TUHAN DAN RAHASIA
Ketika aku ditanya tentang hal apa yang ingin aku ketahui dari hidup. Hanya ada satu hal yang ingin aku ketahui. Bukan soal kaya atau miskinku. Siapa jodohku. Bagaimana masa depanku.

Satu hal itu adalah, memaafkankah Tuhan atas segala dosaku? Aku hanya ingin tahu satu hal itu saja. Selebihnya aku tidak perlu. Aku hanya butuh maaf-Nya dalam hidup ini. Sebab aku sudah banyak berlaku salah. Sebab kesalahan itu selalu menghantuiku hingga saat ini. Hendak memilih mati pun, itu sebuah kesalahan. Tuhan melarangku mengakhiri hidupku sendiri.

Tidak mengapa aku lepaskan dunia ini. Asal aku tahu, bahwa Dia memaafkanku. Aku takut aku tidak berkesempatan masuk surganya. Aku takut, kelak di hari penghakiman. Seluruh dosaku diberitakan tanpa dimaafkan satupun.

Setidaknya aku berterima kasih atas kebaikan-Mu. Karena-Mu menutupi seluruh rahasia dan dosa ini. Orang-orang melihatku begitu baik. Bahkan beberapa melihatku diatasnya. Mereka hanya tidak tahu, apa yang aku sembunyikan dari balik pakaian dan tulisan.

Mereka tidak tahu saja bahwa aku mungkin mengalami kehidupan yang tidak pernah mereka bayangkan. Yang akan membuat mereka pergi jauh ketika mengetahuinya. Begitulah cara Tuhan. Aku tahu mudah bagi-Mu memuliakan manusia dan menghinakannya. Kemuliaan dan kehinaan sama-sama ujian.

Dan aku masih tetap sama. Hanya ingin tahu. Memaafkankah Tuhan atas segala kesalahan?

Karya #kurniawangunadi

8 Dec 2014

Sangat sangat merasai
Tanggungjwab melebihi masa yang ada

Panik sangat

5 Dec 2014

Tsabat

Tsabat itu...afakah bermaksud..
Jika dulu kita masih dalam halaqah
Sekarang pun dah dalam halaqah?
Jika dari muda sampai ke tua masih atas jalan dakwah dan tarbiyah?
Dengan menjadi ahli badan jemaah dan membayar yuran tahunan setiap tahun?
Memperjuangkan dakwah dan tarbiyah dalam pembentukan qaidah sulbah. Dari dulu hingga sekarang

Hanya yang sudah mati saja terbukti dia tsabat atau tak..

Kena mati dulu...

Baru tahu kita tsabat atau tak.

3 Dec 2014

Angan-angan

"Dia seolah-olah manusia tanpa nafsu, tanpa keinginan dan tanpa keseronokan dunia. Dia lupa makan minum dan pakaiannya. Bahkan lupa dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah swt. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makhluk Allah swt (yang menjadi mad'unya). Apa yang dimintanya hanyalah perkara  yang boleh membawa kebaikan kepada manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada qada' Allah swt. " Ibid ms 211

Itulah daie contoh.

Itulah sifat orang yang ingin menjadi qaidah sulbah di mana islam hari ini akan dapat dibina

Bagaimana kita masih ada masa memikirkan hal ehwal diri sendiri. Perasaan dan keinginan sendiri. Mengikat diri dengan dakwah. Menikahi dakwah sebelum segala yang lain. Suami pertamanya adalah dakwah. Benar benar menyerahkan diri sebagai infaq untuk islam.

Dimana daieyah itu. Yang jiddiyah. dalam setiap sudut hatinya tiada lain selain dakwah. Di manakah dia.

Dalam diri ini.

Angan angan syurga tertinggi bersama yang telah syahid.

Tetapi mujahadahnya hanya sedikit.

Benarkan pernah wujud daieyah jiddiyah..
Atau hanya anganan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...