22 May 2012

aku ingin berubah

aku ingin berubah

benar. saya ingin berubah. membuak-buak perasaan ini sekarang. beberapa lama lepas saya menguruskan sebuah program yang boleh dikatakan agak besar berbanding program-program biasa. sepanjang beberapa minggu sebelum itu, seperti biasa, kami akan berbincang tentang acara dan lain-lain. dan yang paling penting hadafnya.

perkara yang saya paling risaukan adalah niat masing-masing. dan saya percaya, niat yang salah pada langkah pertama akan menghasilkan kelesuan atau kerosakan langkah-langkah seterusnya.

saya percayakan Allah itu maha adil, Dia tidak akan sentiasa membantu orang-orang yang mencari cintaNya. saya risaukan kemaksiatan tersembunyi yang kita lakukan yang membuatkan orang-orang yang kita mahu ajak kepada islam semakin jauh dari islam. kenapa susah sangat kita nak mengajak orang kepada islam bukan kerana mereka, tetapi kerana kita yang tidak benar niatnya, dan tidak bersih hatinya dalam berdakwah.

saya mahu program berjalan dengan baik seperti yang di rancang supaya ia lancar, saya tidak berapa baik dalam menguruskan sesuatu yang hadir tanpa di duga. (eg. unexpected problem). banyak pengorbanan dari yang lain yang harus dibayar untuk semua ini. dibantu oleh akhwat-akhwat lain, bukan di sini saja. malah diluar jakarta bandung. siapa tak risau. jadi, ianya harus dilakukan dengan benar.

setelah dan sebelum program akhwat sms saya bertanya saya okay atau tidak. adakah saya stress. akhir program juga murabbi berpesan, "yana, kawal emosi, jangan cepat stress sangat"

apa yang anehnya tahap stress yang saya alami sepanjang acara tidak lah terlalu stress, sebab saya pernah stress lebih dari ini. dan saya rasa lebih tenang bekerja dengan akhwat

saya tak stress pun.

mungkin nampak macam stress tapi saya rasa okay je.

dan minggu lepas, saya bertemu sahabat lama dan saya menuntut hak nasihat darinya. "ada nasihat buat saya?"

coba teka apa katanya? ayo cobaaaaaa.....

"belajarlah untuk mengawal emosi."

makanya dengan ini saya perlu berbuat sesuatu.

mungkinkah saya ini seorang yang ego? selama ini saya tak sedar kelemahan saya yang satu ini. jika benar, Ya Allah, saya rasa........ astaghfirullahala'zhim..


TT______TT memang patut menangis kerana tanpa sedar saya telah membiarkan ianya bersarang di hati.. yang paling parah, saya tak sedar pun ianya wujud. parah.

dengan emosi yang terpamer mungkin saya telah memberi kesan kepada akhwat yang lain. maafkan saya akhwat sekalian. :'(

saya percaya Allah menegur melalui apa atau siapa yang berada di sekeliling kita. siapa yang beri ilham kepada mereka jika bukan Allah..kan?

:'(

jika dulu saya target sebelum usia mencecah 24 tahun, saya akan belajar memasak hingga tere. saya akan cuba pelbagai masakan supaya saya pulang dengan segulung ijazah kedokteran gigi dan sehelai apron masterchef. kini saya patut tambah satu lagi, iaitu saya yang lebih tenang dan lebih matang. (selain DnT di bumi nusantara ini)

kini, saya target, dalam bulan rejab ini saya akan buat sesuatu buat diri saya. bengkel pembersihan hati. saya dah listkan apa yang saya perlu buat.

insyaALLAH.

saya masih ingat emel sahabat kesayangan katanya, hati ini ibarat kulit dan limau. jika kulit yang tidak sakit dan sihat, kita perah air limau di atas nya. tiada kesan pun. tapi jika kulit yang luka atau sakit. diperahkan air limau atasnya, pasti hasilnya, perasaan yang perih, sakit tak tertahan

begitu juga hati. hati yang sakit, bila datangnya apa jua perahan limau dalam hidup ini, pasti akan bertambah parah sakitnya. terpamer dengan emosi.

mungkin masanya untuk membersihkan hati dan membuat rawatan pada hati yang sakit.

bantu saya..



adakah saya masih punya waktu atau mungkinkah saya sudah terlambat?

p/s: 'Allahumma bariklana fi Rejab wa Sya'ban, wa balighna fi Ramadhan' Ya Allah, berkati kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Ameen.


10 comments:

hansuke said...

salam.

berubah tidak pernah terlambat selagi masih ada sedar dalam hati. :)

inshallah boleh.

semoga Allah sentiasa bersama kamu inshallah.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Makcik mendoakan Allah akan melorongkan awak ke jalan yang diredhainya ....Ameen.
p/s: Doakan utk makcik juga...hihi

arissa myana said...

there's always right time to do the right thing :)
tak ada yg terlambat dlm hidup iA slagi msih blum smpai nyawa ke kerongkongan.

hanya mungkin sekarang lah waktunya kamu benar2 bersedia dan akan mmpu melalui semua ini dan mashaAllah, Allah hadirkn peluang dn rasa hati ke arah itu :)

moga Allah kuatkan dan jaga hati juga niat kita!

love u!

p/s: antara tips utk tidak stress adalah jgn sebut langsung perkataan stress tu. kat atas post tu sy kira ada 3-4 kali perkataan stress, ni campur dgn komen saya dh jadi 8 kot... hahaha. jgn stess eyh.oppsss..! ;)

NA said...

saya pun pernah tanya kat skype hari tu

"akak oke ke?"

hehe.

Its ok, kita tak dapat nak expect diri kita bakalan sempurna dengan didikan tarbiyyah kerana hakikatnya sifat manusia itu tak sempurna.

Cuma boleh memperbaiki selagi mampu iA:):):)

Qawiem Khairi said...

Salam alaik. Teruskan bertinta. Moga Allah kasih.

Pelaut Rabbani.

Liyana said...

hansuke: terima kasih. insyaALLAH..
semoga anda mendapat kebaikan dariNya

Liyana said...

anonymus: insyaALLH makcik. terima kasih banyak-banyak ya.

Liyana said...

muna: haahh laaaaa 8 kali ke? padanlah saya asyik stress je. eh sekali.

jazakillah awak. kakak usrah awak memang best sangat. saya bawak dia jumpa adikadik adik saya smua. tp saya pun xsempat nak sembang ngan dia

alhamdulillah. awak, saya tak terpiki pun. awak doakan saya balik cepat. ayah saya kata saya mcm enjoy je duduk sini. :'(

walaupun memang pun, banyak lagi benda yang saya taknak tinggal. huhu

okay mekasih banyak2 yea..

Liyana said...

athina: jazakillah athina. haah yang mase meeting tu. huhu.

manusia takkan tenang bila nak take over tugas Tuhan which is menguruskan semua benda dan mendambakan kesempurnaan tiptop padahal taqdir pun Allah yang pegang en?

takziah atas kematian ghumaisyo' awak.

tq :-*

Liyana said...

pelaut rabbani: terima kasih sudi melawat. insyaALlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...