15 May 2012

buat dia



hujung minggu kemarin, sampai saja di rumah waktu maghrib. perjalanan panjang dari tempat daurah mengambil masa. ada gambar di hantar lewat skype dari mak. tiba-tiba mak call.

mak: lama tak online? (sebab boleh kata setiap hari skype)
me: yana ada program weekend ni..hari tu dah beritahu mak kan
mak: dah tengok gambar mak hantar?
me: tengah load. jap ye. mak, skype je la boleh tengok muka

gambar mak, ayah dengan makanan penuh atas meja makan.

mak: kitorang makan grilled chicken
me: dah la tengah lapar ni. macam sedap je
mak: celebrate mother's day. tak wish mak pun mother's day
me: o_o setiap hari pun hari ibu kan mak? (coverline)

(cepat-cepat sms abang sebab macam ada kebarangkalian abang pun tak wish jugak)

tahu, beliau tak kisah pun pasal sambutan, tahu, beliau hanya mahu anak-anak ingat dirinya.

serius terlupa. buat julung-julung kalinya. bukan sambutannya yang (dikatakan bukan budaya orang kita itu) yang ingin ditekankan. tapi bagaimana kita menghargai insan itu, bagaimana pula kita mahu membalas jasanya.

kredit


teringat seorang sister dari brunei pernah share masa daurah dulu. biarpun mak atau ayah tak bersama kita di jalan ini, redha mereka satu barakah. patutnya bila sudah semakin kenal islam, semakin reliable pada ibu bapa. semakin penyayang, semakin berlemah lembut, semakin ambil berat. semakin lagi mahu menjadi anak soleh supaya boleh mendoakan akhirat mereka. semakin "bekerja" lebih kuat lagi supaya kita boleh minta pada Allah kurniakan syurga buat mereka. sebab kita takkan mampu beri satu dunia buat mereka. jika ada, ia tak akan pernah kekal. tapi insyaALLAh jika kita kaya akhirat. kita boleh berikan sesuatu yang kekal buat mereka

syurga 'adn. city centre antara semua syurga.

berjual beli dengan ALlah adalah jual beli yang menguntungkan. maka berjual belilah dengan paling amanah dan paling bersungguh.

kerana dunia ini takkan pernah cukup buat insan yang melahirkan, bersabar, menyayangi, mendidik, berkorban untuk kita



“When a man has knowledge of the deen, he can lead his family with respect. 
When a woman has knowledge of the deen, she can lead her children in humility. 
When children have knowledge of the deen, they can lead their parents to Jannah.”

6 comments:

arissa myana said...

T____________________T
dan saya yg manja ini, walau belajar khusus bidang komunikasi masih seorang yg 'D' di mata dia.

moga Allah bantu dn tunjukkan jalan utk kita jdi anak yg solehah dan paling baik dn berjasa utk kdua mak n ayah kita.



amiin.

hansuke said...

salam.

tq for reminding :)

Anonymous said...

salam sister.
i found that your blog is really inspriring.but why there is no follow button? im just asking though. :)

Liyana said...

muna: shhhhhhh...minta dijauhkan. semua orang perlu masa untuk adaptasi perasaan. begitu juga dia. yang penting, cuba jadi yang terbaik dan berdoa supaya dilembutkan hatinya

Liyana said...

hansuke: wsalam. lama tak nampak. no problem.

Liyana said...

husna:

thank you for dropping by. the follow button should appear on top of the page. no?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...