25 Mar 2011

kasih sayang

semasa di klinik beberapa hari yang lalu, ada beberpa peristiwa yang menyentuh perasaan saya.

pertama

patient RPD saya datang dengan anaknya. sangat comel. masa kami nak tengok gigi dia dia menangis sebab takut. (*eleh, macam tak biasa, ditakuti kanak-kanak* -_-" ) pujuk-pujuk dia, bagi berus gigi comel. lama-lama baru dia okay. masa mak dia tengah dirawat, dia boleh duduk di riba F. anak dia macam ada ulcer dalam mulut, di lidah dan lelangit. jadi, F mahu jadikan sebagai case untuk oral medicine. kasihan, tak boleh makan. asyik meragam. kami suspect candidiasis sebab jangkitan fungus pada botol susu. tapi bila cek-cek. doctor suspect, mungkin hand, foot and mouth disease. kami semua terkejut. takpe, baru suspect kan, belum confirm.

pastu tengok dekat tangan, ada ulcer

*berpeluh*

tengok dekat tapak kaki pun ada.

gelabah ayam. dah cubit-cubit pipi, main-main dengan dia. bukan jangkitan fungus dah, virus.

mak dia pun terkejut sebab tak perasan ada di tempat lain selain di mulut. orang lain dah menjauh sebab penyakit menular.
tapikan, mak dia terus peluk anak dia kuat-kuat. macam, apa pun yang terjadi, mak akan lindung anak dia. tak tahulah saya yang sensitif ke apa. tapi rasa macam, menyentuh perasaan!


kedua
patient D, seorang makcik itu, dia ceritakan hari itu suami dia accident. pastu bila sedar, tak ingat isteri sendiri. yang dia tanyakan tentang orang-orang yang dah meninggal. cuba bayangkan perasaan seorang isteri yang jaga suami dia sepanjang tak sedar, bila buka mata. tak ingat. tapi dia jaga suami dia sampai sekarang.

kuat kan perasaan kasih sayang itu, boleh buat seseorang tak kisah bahayakan diri ke apa, asalkan orang yang dia sayang selamat dan rasa nak melindungi orang yang dia sayang.

sama juga macam haiwan yang sayangkan anaknya kan.


tapikan, jika kuat macam ini perasaan kasih sayang antara sesama manusia atau haiwan atau apa saja yang berkasih sayang atas muka bumi ini. macam mana dengan pencipta perasaan kasih sayang itu? hebat kan Allah ciptakan perasaan itu. sangat indah dan mengharukan.

jika itu yang biasa kita lihat perasaan kasih sayang sesama hamba. bagaimana pula perasaan Pencipta dan hambaNya. Dia, yang maha pengasih dan maha penyayang.

“Apabila Allah mencintai hamba-Nya, maka malaikat Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, karena itu cintailah dia!” maka seluruh penghuni langit mencintai orang tersebut kemudian cinta itu pun diterima dibumi.” (HR Muslim)

bukan saja seisi langit, malah dicintai seisi bumi. indah bukan?

doa yang diperkenankan..
melindungi bila dalam kesusahan..
melapangkan bila rasa gundah..
mendengar bila rasa sedih..
yang mengetahui isi hati tanpa perlu diluahkan..
takkan biarkan kita rasa hilang petunjuk..
mengisi hati kita bila kita rasa kosong..
diberi surat cinta untuk sepanjang hidup kita..

dan yang uniknya, Dia, menyalurkan rasa kasihnya melalui orang-orang disekeliling kita..yang menyayangi kita.. ditunjukkan ciptaanNya yang menenangkan dan sesuai dengan jiwa kita.. subhanallah

tetapi

selayak manakah kita sebagai hamba untuk dikasihi sebegitu rupa..

T______T

rebutlah kasih sayangNya, supaya seisi langit dan seisi bumi juga menyayangi kita.


p/s: hari yang saaaaaaangat mendebarkan. perlu motivasi yang tinggi. rabbi yassir wala tua'ssir.. 

2 comments:

arissa myana said...

sedih dan terharu T_____T

Allah huAKbar, walillahilhamdh ^^

Liyana said...

terharu kan.. kalau awak tengok pun mesti awak rasa tersentuh.. mak dia sambil-sambil peluk cium dahi anak dia. tsk

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...