Showing posts with label kisah bulatan. Show all posts
Showing posts with label kisah bulatan. Show all posts

13 Jan 2012

kisah bulatan #7

kredit


sms dihantar kepada murabbi

saya rasa seperti tak layak digelar akhwat dan berada di jalan ini

beberapa minit kemudian murabbinya menjawab

itu kata-kata dari orang yang ingin putus asa.. kita bukan mengejar gelar atau pandangan orang lain. pandangan didepan Allah yang kita kejar! usaha kita mengejar gelar syuhada di depan Allah. dan ia tak dimulakan dengan banyak berkeluh kesah.. mulakan dengan baiki kelemahan dan bangkit!

runtun tangkai jantungnya. ia beristighfar berkali-kali. telus ke hati.

masih ingat ketika dia berada di fasa belum kenal erti dakwah dan tarbiyah. kerana seorang yang 'mencari', dia pergi ke sebuah program agama yang difikir mungkin memberi kebaikan. pakaiannya belum cukup sempurna, tudung yang masih bisa terlihat helaian rambut, tingkah dan bicara yang kasar, namun tiada siapa pun yang menegur tidak juga memandang aneh.

ironinya, apabila dia sudah 3 tahun berada dalam dakwah dan tarbiyah, dia ditegur oleh seorang daieyah supersaiyya tentang tudungnya yang belum cukup labuh

walaupun baginya sudah kira labuh.

hu.

*senyum* kerana ianya manis.

itulah dakwah dan tarbiyah.

apabila kita faham erti katanya, kita bersedia dan membuka hati seluas-luasnya untuk menerima teguran dan memberi teguran kerana kita sememangnya dalam proses mendidik diri. kerana kita sayang sahabat sekeliling kita, mahu ke syurga bersama-sama.

"sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran"

harus siap untuk menerima teguran bersedia ditarbiyah
walau dengan apa cara sekalipun
memberi teguran dikira mudah, tapi menerima teguran seerti dengan menerima dan memperbaiki kelemahan diri.

namun, bisikan syaitan ada dimana-mana, kadang-kadang semakin lama kita di atas jalan ini.
semakin menebal keegoan diri

teguran di pandang enteng kerana kita sudah lama tidak ditegur, lupa tentang tarbiyah
iyalah, ilmu sudah penuh di dada (sarkastik sedikit) walhal, iman setipis kulit bawang
ilmu dan amal tidak lah selayaknya...

ke majlis ilmu dengan gelas separuh atau penuh. (analogi)
bukan lagi gelas kosong seperti seorang yang kering ilmu

tidak mengapa untuk merasa diri ini hina
tidak mengapa untuk berasa kitalah orang paling berdosa di dunia
jika ia dapat menundukkan keegoan dan mendekatkan kita dengan DIa



Jangan terlalu merasakan diri baik, kelak akan mudah dijangkiti virus hati yang asalnya dari dosa-dosa tanpa sedar. -quoted


biar lah hanya hamba marhaen di didunia asalkan dipandang tinggi di akhirat sana. sesekali teguran datang secara keras. sesekali ia datang secara lembut. cuma kita yang harus tidak 'buta' dalam memerhati

"bukan matanya yang buta, tetapi hatinya di dalam dada" 22:46

tundukkan ego, terima ia sebagai teguran dari Allah

melalui peristiwa, atau manusia atau apa saja.

tersenyumlah kerana ia tanda Allah menyayangi kita lebih dari yang kita perlu


18 Dec 2011

kisah bulatan #6

kredit


"Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi." Imam Abu Hanifah

hari itu, aku ditemukan dengan seorang pakcik dari msia. pernah mendengar pengisian darinya sebelum ini. beliau menceritakan tentang sesuatu yang sukar ku hadam, sesuatu yang lebih kepada haraki (pergerakan) sesebuah tempat bukan disini. ku pandang akhwat di sebelah "nanti saya ceritakan", kata akhwat tersebut. senyum.

jika dilihat dari segi luaran. memang pakcik itu betul-betul seperti pakcik yang sangat biasa. kalau ikut apa yang telah dilalui dan siapa dirinya. humble.

setahun jagung berada dalam dakwah dan tarbiyah, tak bermakna kita sudah benar-benar memahami tentang suatu pergerakan. membina sebuah pergerakan bukanlah semudah yang di sangka. hanya mereka yang di atas yang tahu. kita, hanya budak hingusan yang barusan aja mahu mengenal erti kehidupan.

kita memang suka berdebat tentang sesuatu yang bukan keahliannya. kita rasa kita faham, tapi tak semestinya

hati-hati, takut kita yang jadi fitnah buat dakwah nanti

dan kerana itu, kita bermula bukan dengan mengenal pergerakan itu, tetapi mengenal Allah. membentuk diri yang memenuhi ciri-ciri individu muslim. faham erti dakwah yang sebenar hingga fikrah itu mengalir dalam darah tanpa perlu diberikan arahan.

seperti sifat seorang daiyah, dimanapun ia dicampakkan, ia bisa mengubah tempat itu kepada islam.

aku masih ingat dulu, setelah beberapa lama dalam usrah, aku bertanya; akak kita ni bawah apa

beliau hanya senyum bertanya semula ; kenapa nak tahu? adakah kita perlu berada di bawah sesuatu untuk sampaikan islam.

tak boleh jawab

sampai soalan di ubah setelah beberapa lama (tahun)

akak, kita bergerak bawah apa sebenarnya?

kenapa nak tahu?

sebab kita bergerak haruslah ada bawah satu sistem. kan dalam pembinaan sampai kita mati. pasti ada badan yang menyusun kita

sekarang dah tahu dah, bimbang juga, salah atau silap kita orang tidak menyalahkan kita sebagai individu, tetapi nama yang kita bawa.

kan orang lebih suka label dan brand. contohnya

ada satu time ketika di klinik. prophylaxis scaling.
patient bertanya: doc, ubat gigi apa yang paling bagus untuk di gunakan?

tak kisah ubat gigi apa pun, asalkan cara gosok gigi tu yang harus betul. lagipun idealnya, letak ubat gigi sebesar kacang pis je

lalu saya ambil ubat gigi untuk polish gigi nya lepas scaling. beliau tanya lagi

kenapa guna jenama X? kenapa bukan jenama Y?

sebab saya boikot jenama Y barangan israel. sebab ini yang terjual di kedai bawah. jenis brand tak penting, yang penting cara gosok gigi.

jika pesakit benar-benar faham, mungkin dialog di atas akan berubah sikit dan tak ada soal jawab brand ubat gigi kan.

kekurangan jenama X atau Y bukanlah pada jenama itu, tetapi orang-orang yang membuatnya, bahan-bahan  tidak lulus DHA ke kan. tapi mudah betul jenama yang dipersalahkan.

walhal bila tengok balik, tak penting pun tahu atau tak brand itu, tapi kita gosok gigi berapa kali sehari, caranya betul atau tak. akhirnya, ubat gigi hanya sebagai alat untuk bersihkan gigi di samping berus gigi. yang penting sikap dan perilaku orang yang menjaga kebersihan gigi itu untuk mencapai matlamatnya, gigi sihat dan bersih. hu

patutlah pentingnya wasilah dakwah
ia bermula dengan iman yang mendalam oleh setiap individu, faham apa yang dia lakukan yakin dengan matlamatnya--> UA

kemudian barulah pembentukan yang sistematik, rapi dan teliti, dan usaha dan amal dakwah yang berterusan. bukan berhenti dan sambung semula
makanya....

kurangkan ego anak kecil. diam dan perhatikan dari kaca mata tarbiyah. lihatlah dunia dari sudut yang lebih besar.


p/s: mungkin aku bukan yang layak menulis sesuatu seperti ini.

22 Nov 2011

kisah bulatan #5



dan al quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan Kami menurunkannya dengan beransur-ansur. 
[al isra':106]

faham itu satu proses. untuk menfikrahkan seseorang dalam sesaat adalah mustahil dan menzalimi

sedangkan al quran juga di fahami dan diturunkan berperingkat

adil dalam berakhlak. tidak kira pada sesiapa pun walaupun kepada pak supir.



29 Oct 2011

kisah bulatan #4

kredit

saya tak tahu saya patut kategorikan post ini dalam kategori kisah bulatan ataupun tidak. tapi saya dah lama nak tulis perkara ini sebenarnya.

sejak saya masuk ke dunia "tahun klinikal" setiap orang yang saya jumpa atau nampak, perkara pertama yang saya akan lihat adalah gigi mereka. saya sudah tidak peduli atas perkara lain lalu saya akan diagnose dan membuat identifikasi masalah dan jenis gigi orang tersebut

agak scary, saya tahu.

dan yang paling tidak boleh belah adalah peristiwa ini, di mana saya sangat seteru dengan pak guard yang garang dan agak sekular. beberapa tahun lepas, saya ke asrama adik-adik saya untuk membuat sesi pertemuan gembira kami, tapi dihalang oleh pak guard. saya dah delete post itu. tapi secara ringkasnya saya memang berdebat juga dengan pak guard itu tentang pearturannya yang tak masuk akal langsung.

itu ketika saya masih di alam belum masuk klinik

saya jumpa pak guard lain yang begitu juga. beliau memberi amaran bahawa saya tidak boleh berlama untuk berbuat apa-apa di suatu tempat itu. saya nak tumpang toilet je sebenarnya. tapi pak guard itu macam kerek pula

yang menarik perhatian saya bukan sikap pak guard itu atau apa yang dikatakan

tapi....

gigi beliau!!!

central incisornya keduanya seperti patah akibat trauma. warna telah berubah hitam. mungkin gigi itu mati akibat trauma

rawatan yang mungkin adalah rawatan akar kemudian dowel. paling best kalau pak guard itu rela, boleh juga buat bridge tapi lateral incisornya seperti tidak mendukung, mungkin dowel (post and core treatment) saja.

awan-awan di atas kepla membayangkan ini kredit


otak saya ligat berfikir macam mana saya nak approach bapak itu untuk menerima rawatan saya.

dan akhirnya tanpa berfikir panjang saya ke meja receptionist di mana pak guard itu duduk.

pak, bisa ngomong sebentar?

*saya tahu mesti dia ingat saya nak cakap pasal lain*

ya, bisa

ini kartu (kad) nama saya, jika mahu bikin rawatan gigi, silakan ke rumah sakit gigi dan mulut tempat saya praktik di sekeloa. hubungi aja nombor di kartu nama itu untuk janjian.

pastu tetiba pak guard itu ceritakan punca giginya begitu. saya tak tanya pun, sebab saya tahu, sesetengah orang agak insecure bila bercakap tentang gigi. saya betul-betul berminat dengan giginya! bestnya kalau boleh buat rawatan akar gigi anterior lepas itu dowel.

root canal treatment dan post and core kredit

akhirnya pak guard berkata "jika ada rezeki saya ke sana"

happy walaupun 50-50 je pak guard itu nak datang. yang ada doa supaya dia nak datang.

dan anda tahu apa yang saya fikir?

setiap orang layak mendapat cahaya dari Allah dan setiap orang patut berkongsi cahaya yang mereka ada kredit
sebenarnya kan, seorang daie itu harus melihat semua orang disekelilingnya adalah mad'u. setiap orang layak menjadi mad'u tidak kira betapa kerek atau apa pun orang itu. atau pun tidak kira orang itu jenis macam mana pun macam yang saya tulis dalam post ini dan macam yang pengkomen di post itu komen tapi komen itu telah di delete oleh beliau.

saya patutnya anggap orang-orang sebegini sebagai mad'u.

setiap orang layak untuk dikongsi tentang islam. setiap orang layak di kongsikan cahaya itu. setiap orang kita patut beri qudwah yang baik seperti yang islam ajarkan.

kadang-kadang mungkin kita nampak orang-orang dekat dengan kita sahaja yang kita nak kongsi, padahal kita terlupa orang-orang lain juga adalah manusia. layak didoakan.

itulah, seharusnya ada perasaan obses terhadap Allah dan islam. seperti mana yang rasulullah terapkan dalam diri sahabat-sahabat tumuhat (keobsesan) dalam diri mereka.

macam bagaimana dentistry mendidik saya menjadi seorang yang obses membaiki gigi orang, macam mana nak approach orang awam, begitu juga seorang daie harus terapkan dalam diri mereka kan?

patut aplikasi kan ini juga untuk dakwah dan tarbiyah. harus ada keobsesian yang tinggi.

kita patut ada dua-dua personaliti di atas kredit

p/s: post ini tak edit langsung sebab beberapa minit lagi nak bertolak ke suatu tempat untuk daurah :)

27 Oct 2011

kisah bulatan #3

semalam saya masuk klinik semula setelah sekian lama tinggalkan klinik. rasa macam dah keras dan agak kaku. dah lama saya rasakan ini. di mana dentistry ini macam dakwah dan tarbiyah. walaupun bukanlah secara keseluruhannya, tapi mungkin part of it. secara surface,

terutama sekali rawatan bahagian periodontology.

pertama sekali apabila pesakit dperiksa, setelah anemnesis, history taking status, setelah diagnosis masalahnya, kenal dengannya, cara penjagaan giginya, ambil plaque score dan tunjukka bukti tentang bagaimana cara pembersihan gigi mempengaruhi penyakit yang dihidapi. ceritakan masalah dan penyakitya itu apa dan bagaimana. fahamkan dan educate pesakit. yang paling penting, beri kesedaran.

lepas itu, rawat, selepas rawatan, di ingatkan lagi tentang pendididkan tadi. oral hygien instruction diberikan. pendidikan bagaimana menjaga dan membersihkan gigi dengan benar.

ingatkan pesakit harus datang follow up, control 1 minggu. untuk lihat gusi yang sebelum ini berdarah dan bengkak sudah sembuh atau belum. dan jika pesakit faham pada perjumpaan pertama. mereka akan datang untuk control 1 minggu untuk di follow up. dan prophylaxis. jika tidak harus scaling sekali lagi dan oral hygiene instrustion sekali lagi sampai faham.

kemudian, educate mereka lagi. berlatih menggunakan berus gigi yang betul. fahamkan mereka betapa pentingnya home care treatment.

selepas sebulan harus datang lagi, untuk follow up seterusnya, lihat adakah pesakit benar-benar dengar nasihat dan buat seperti yang di ajarkan.

jika tidak, dalam masa sebulan dapa terlihat buktinya dari oral cavity nya.

dan memang biasa, setiap orang harus berjumpa dentist untuk scaling 6 bulan sekali.

semuanya harus ada educate, fahamkan. dan follow up. dan kita bertanggungjawab untuk mengingatkan. sering berhubung dan ingatkan tentang appointment seterusnya.

educate  sedar dan practice dalam kehidupan

sejak beberapa lama tidak hadir klinik dan tidak mengendahkan perawatan pesakit. saya sudah lost menyusun appointment pesakit, pesakit juga sukar di temui lagi. kena cari patient baru. dan mulakan semua dari mula.

kerana saya sudah lama tinggalkan praktik, saya sendiri menjadi kaku, patient hilang dan lari kerana tidak di follow up secara berkala, 

begitu juga dakwah dan tarbiyah manusia. pertemuan pertama dalam perkenalan, adalah paling penting iaitu sedarkan tentang pentingnya islam itu dalam hidup ini. kemudian, harus dan wajib di follow up. jika tidak sama ada lupa atau pun hilang.

lalu kita harus ingatkan lagi dari mula.

kerana itu follow up itu paling penting. bukan sekali dapat dan sekian.

dan kita sendiri tidak boleh berhenti bergerak. harus sentiasa bekerja untuk menyusun dan menguruskan pesakit. jika tidak kita sendiri akan menjadi lesu, kaku, dan futur.

setiap manusia layak di educate. di follow up. bukan sekadar touch and go. kita juga begitu dengan murabbi kita.

dan kerana orang katakan, dakwah dan tarbiyah itu untuk menyusun dan membentuk manusia menjadi satu sistem. dimulai dengan takruf.

yang paling best bila patient yang faham kepentingan penjagaan gigi ini, mereka akan ajak kawan-kawan atau saudara mara untuk diperiksa dan dirawat. sebab itu kadang-kadang ada pesakit yang bawa satu keluarga dari nenek hingga cucu. atau bawa rakan-rakan kerja.

tanpa sedar patient itu sendiri berdakwah setelah di tarbiyah.

22 Oct 2011

kisah bulatan #2


tarbiyah

ianya satu proses pembinaan diri, seperti kita bersekolah dari darjah satu hingga ke universiti
belajar dari mengeja hingga kita layak mengahadapi dunia pekerjaan.

kerana itu ia harus konsisten dan berperingkat

dan itulah tujuan hidup kita, ibadah dan khalifah. menjadi seorang muslim yang sebenar-benarnya.


23 Aug 2011

kisah bulatan #1

"Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi." Imam Abu Hanifah

satu ketika dulu, seseorang pernah bertanya kepadaku, "apa yang awak dapat dalam usrah?"
soalan mudah. tapi membuatkan aku berfikir sejenak. sebenarnya aku tiada jawapan yang pasti untuk itu. tentang perasaan atau pun secara literally. 

sejarah aku berada di sini bermula dengan ISK. sebelum itu, aku terbuka hati untuk 'mencari'. mungkin itu pertama kali aku didedahkan dengan keadaan dan realiti umat yang sebenar dengan bagaimana islam dibawa oleh rasulullah.

aku benar-benar tersentak apabila melihat bagaimana islam satu ketika dahulu yang berada di peringkat tamadun dan dikagumi sekarang dipandang paling hina. jarang sekali yang berbangga dengan baju islam dan hak dilecehkan.

kerana... apabila seorang muslim itu tidak kembali kepada islam. aqidah telah berubah arah kiblatnya.

untuk kembalikan islam ke puncak bermula dengan membentuk seorang individu muslim. betapa pentingnya untuk membentuk individu muslim dan menjadi salah seorang individu muslim yang pekat dan benar-benar mantap aqidahnya. 

tapi bagaimana?

aku bukanlah berasal dari sekolah agama, bukan berasal dari keluarga ustaz ustazah. aku hanya seorang yang sederhana ilmu agama, sederhana pengetahuan dan sederhana dalam segala hal. bukan juga dari suasana yang begitu islamik.

ya, untuk menambah ilmu, aku boleh menonton ceramah di youtube, mendengar ceramah di masjid. membaca buku. tapi, membentuk diri haruslah dididik. seperti pendidikan sekolah, dari satu level ke level seterusnya. kembali kepada basic seperti kali pertama rasulullah menyampaikan islam ke hati setiap sahabatnya.

bila usrah diperkenalkan

usrah bermaksud keluarga. diperkenalkan oleh assyaheed hassan al banna.

kembali kepada basic. memperbaiki aqidah diri. supaya segala kehidupan adalah untuk Allah semata-mata. dan mengapa aku rasakan sistem usrah adalah satu sistem yang berkesan? dengan muwasafat tarbiyah[klik] dimana seseorang itu memperbaiki diri dan mendidik diri menuju kepada individu muslim.

jika aku sendirian, aku rasa aku tak mampu. mungkin sekarang aku sedar. mungkin nanti aku lalai kembali. aku tidak begitu konsisten jika tidak di ketuk.

usrah=keluarga. murabbi atau naqib, ketua dalam keluarga akan membantu aku untuk membentuk diriku, mendidik diri seperti dalam sebuah keluarga, dengan kasih sayang.

pertama kali aku tahu apa yang dibincang dalam usrah,
kenapa sirah, supaya aku menjiwai keadaan sahabat terdahulu, apabila mentadabur alquran, aku cuba merasakan seperi yang dirasai mereka. tafsir untuk mendalami maksud tafsiran alquran dan tahu sebab ia diturunkan supaya aku lebih menjiwainya. hadith dihafal dan difahami maksudnya.

zaman kita bukan seperti zaman rasulullah. maka, buat mutabaah amal [klik] (hafazan, ibadah-ibadah sunat bacaan alquran etc etc) untuk meningkatkan keimanan. dan ianya harus strict dan di periksa setiap minggu setiap kali sesi liqa (circle).

daurah?
biasanya dalam daurah akan membincangkan tentang buku tarbiyah atau modul tertentu mengikut peringkat kefahaman peserta. menambah kefahaman.

bagiku, dengan ini aku dapat tingkatkan diri. meningkatkan level diri dari masa ke masa. membentuk kefahaman juga dari masa ke masa. mungkin sekarang cara faham ku aku berbeza dari akan datang. mungkin sekarang banyak kekurangan dan kelemahanku dapat terlihat, aku perbaiki sekarang. kerana satu pendidikan itu selari dengan masa.

jika aku benar-benar mahu berubah menjadi individu  muslim. apa yang aku nampak pada ketika itu adalah cara yang terbaik.

yang aku tersentak bak kata moche dayan yang terpampang di dada akhbar. kelemahan umat islam sekarang, tidak tahu sejarah sendiri, malas dan tidak merancang.

tak takut ke tersiar di akhbar? oh, takpe, mereka malas sangat sampai tak baca paper

-_-"

jika musuh islam mahu menjatuhkan islam dengan perancangan sistematik. kenapa tidak islam sendiri meningkatkan diri dengan satu perancangan sistematik juga. kelebihan kita, kita ada Allah untuk meminta, namun kita kenalah buktikan pada Allah yang kita sudah berusaha dan layak untuk Allah makbulkan doa kita.

We shouldn't expect anyone to be a perfect Muslim. But we should expect them to try to be better Muslim everyday.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...