23 Aug 2011

kisah bulatan #1

"Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi." Imam Abu Hanifah

satu ketika dulu, seseorang pernah bertanya kepadaku, "apa yang awak dapat dalam usrah?"
soalan mudah. tapi membuatkan aku berfikir sejenak. sebenarnya aku tiada jawapan yang pasti untuk itu. tentang perasaan atau pun secara literally. 

sejarah aku berada di sini bermula dengan ISK. sebelum itu, aku terbuka hati untuk 'mencari'. mungkin itu pertama kali aku didedahkan dengan keadaan dan realiti umat yang sebenar dengan bagaimana islam dibawa oleh rasulullah.

aku benar-benar tersentak apabila melihat bagaimana islam satu ketika dahulu yang berada di peringkat tamadun dan dikagumi sekarang dipandang paling hina. jarang sekali yang berbangga dengan baju islam dan hak dilecehkan.

kerana... apabila seorang muslim itu tidak kembali kepada islam. aqidah telah berubah arah kiblatnya.

untuk kembalikan islam ke puncak bermula dengan membentuk seorang individu muslim. betapa pentingnya untuk membentuk individu muslim dan menjadi salah seorang individu muslim yang pekat dan benar-benar mantap aqidahnya. 

tapi bagaimana?

aku bukanlah berasal dari sekolah agama, bukan berasal dari keluarga ustaz ustazah. aku hanya seorang yang sederhana ilmu agama, sederhana pengetahuan dan sederhana dalam segala hal. bukan juga dari suasana yang begitu islamik.

ya, untuk menambah ilmu, aku boleh menonton ceramah di youtube, mendengar ceramah di masjid. membaca buku. tapi, membentuk diri haruslah dididik. seperti pendidikan sekolah, dari satu level ke level seterusnya. kembali kepada basic seperti kali pertama rasulullah menyampaikan islam ke hati setiap sahabatnya.

bila usrah diperkenalkan

usrah bermaksud keluarga. diperkenalkan oleh assyaheed hassan al banna.

kembali kepada basic. memperbaiki aqidah diri. supaya segala kehidupan adalah untuk Allah semata-mata. dan mengapa aku rasakan sistem usrah adalah satu sistem yang berkesan? dengan muwasafat tarbiyah[klik] dimana seseorang itu memperbaiki diri dan mendidik diri menuju kepada individu muslim.

jika aku sendirian, aku rasa aku tak mampu. mungkin sekarang aku sedar. mungkin nanti aku lalai kembali. aku tidak begitu konsisten jika tidak di ketuk.

usrah=keluarga. murabbi atau naqib, ketua dalam keluarga akan membantu aku untuk membentuk diriku, mendidik diri seperti dalam sebuah keluarga, dengan kasih sayang.

pertama kali aku tahu apa yang dibincang dalam usrah,
kenapa sirah, supaya aku menjiwai keadaan sahabat terdahulu, apabila mentadabur alquran, aku cuba merasakan seperi yang dirasai mereka. tafsir untuk mendalami maksud tafsiran alquran dan tahu sebab ia diturunkan supaya aku lebih menjiwainya. hadith dihafal dan difahami maksudnya.

zaman kita bukan seperti zaman rasulullah. maka, buat mutabaah amal [klik] (hafazan, ibadah-ibadah sunat bacaan alquran etc etc) untuk meningkatkan keimanan. dan ianya harus strict dan di periksa setiap minggu setiap kali sesi liqa (circle).

daurah?
biasanya dalam daurah akan membincangkan tentang buku tarbiyah atau modul tertentu mengikut peringkat kefahaman peserta. menambah kefahaman.

bagiku, dengan ini aku dapat tingkatkan diri. meningkatkan level diri dari masa ke masa. membentuk kefahaman juga dari masa ke masa. mungkin sekarang cara faham ku aku berbeza dari akan datang. mungkin sekarang banyak kekurangan dan kelemahanku dapat terlihat, aku perbaiki sekarang. kerana satu pendidikan itu selari dengan masa.

jika aku benar-benar mahu berubah menjadi individu  muslim. apa yang aku nampak pada ketika itu adalah cara yang terbaik.

yang aku tersentak bak kata moche dayan yang terpampang di dada akhbar. kelemahan umat islam sekarang, tidak tahu sejarah sendiri, malas dan tidak merancang.

tak takut ke tersiar di akhbar? oh, takpe, mereka malas sangat sampai tak baca paper

-_-"

jika musuh islam mahu menjatuhkan islam dengan perancangan sistematik. kenapa tidak islam sendiri meningkatkan diri dengan satu perancangan sistematik juga. kelebihan kita, kita ada Allah untuk meminta, namun kita kenalah buktikan pada Allah yang kita sudah berusaha dan layak untuk Allah makbulkan doa kita.

We shouldn't expect anyone to be a perfect Muslim. But we should expect them to try to be better Muslim everyday.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...