5 Oct 2011

:')



sebenarnya semenjak dua menjak ini ujian datang bertimpa-timpa. sampai saya ter mempersoalkan kenapa sekarang? kenapa bukan ketika saya sedang senang. kenapa bukan ketika saya tiada masalah. kenapa bukan ketika saya tak banyak benda nak fikir.

bacteria mati dengan amannya, lagi. maka experiment saya gagal. saya harus ulang lagi semuanya buat kali keberapa entah.

agak menyedihkan sebab saya sedang kejar deadline untuk sidang. dan ditambah rempah ratus dalam kehidupan ini, sedang sibuk kejar deadline, laptop di makan virus entah dari planet mana. sistem semua rosak. cuma yang paling kus semangat adalah, thesis dah send kepada email diri sendiri (nasihat muna). alhamdulillah masih tersimpan. mujur. hantar servis juga ada ura-ura penipuan. sengaja buat tak nampak.

kerja paling utama, kejar 'mengejar', 'melasso' dan' mencandat' pun iya juga, menahan perasaan dengan kata-kata yang tak best di baca dan di dengar pon iya juga. dengan kejar doktor pembimbing, masa ini saya rasa teringin sangat nak kereta. kalau naik teksi selalu, memang tak makan la. naik bas pula perlu masa perjalanan yang lama. semua ini perlu sabar dan ketahanan jiwa yang tinggi. proses ini perlu pengorbanan yang sangat tinggi.

dan bila sampai fasa yang paling paling dah tak tahan, saya rasa dah-boleh-berhenti-sekarang-juga! lalu menelefon mak. tak tahan sangat dan menangis sehingga rasa kering air mata ini. sudah lah mak dengan ayah sedang berehat sambil makan rojak bersama-sama. rasa bersalah sangat sebab paskan baton masalah ke telinga mereka.

TT____TT

nasihat emak senang je

"tidur dulu, nanti fikir macam mana nak selesai masalah"

sama macam Allah buat ketika perang badar dan perang uhud dulu...

Allah menurunkan hujan, lalu menidurkan mereka

"(ingatlah) ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman dariNya 
(al anfal:11)

"kemudian setelah kamu berdukacita Allah menurunkan kepada kamu keamanan (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari kamu. (Ali imran: 154)

saya dapat sms dari murabbi untuk tadabur tentang ayat al fussilat 30-36

TT_____________TT

saya dapat sms dan msg yang sangat best dari akhwat berserta gambar ini



berbalik kepada Allah, betapa lembutnya DIa dalam memberi dan menunjukkan kasihNya

Dia menahan dulu sesuatu untuk saya tumpukan kepada sesuatu yang lain.

Dia hantar orang-orang yang sangat penuh kasih sayang untuk memberi kata-kata semangat

Dia gantikan sesuatu kepada sesuatu yang lebih baik

sebenarnya Dia mendengar doa kita, cuma kita harus yakin

"tak apalah lambat sedikit, asalkan hasilnya yang terbaik"

kita akan stress bila kita cuba untuk ambil tugas Tuhan yang sememangnya kita tak mampu

mengawal apa yang akan berlaku
menghidupkan dan mematikan hidupan (walaupun bacteria)
menghentikan dan menjalankan masa

harus rujuk semula hadith 4

sekian terima kasih

"mengeluh tidak selesaikan masalah"

8 comments:

Puding Karamel said...

oh, sangat suka entry neh...
koass eh?

Liyana said...

Puding Karamel

haah koass :)

everlasting said...

oo akhwat..wnna see u soon...asap :D

pencinta bahasa said...

salam kak..:)

Dah lama tak komen di sini. Semoga segala cubaan dan rintangan membuatkan kita lebih dekat denganNya.
La takhauf wa la tahzan, innallaha ma'ana..
(^_^)

Liyana said...

everlasting:ijan, ayo ke bandung ;)

Liyana said...

pencinta bahasa: wsalam wbt.

alhamdulillah, ujian untuk kita belajar sesuatu.
Jzkk zati ;)

anis said...

yana,

sgt suka tulisan yana semuaaanyaa.muna cakap yana kuat aje.dan kita pun percaya yana kuat & tak tanya muna lagi pun betul ke yana ok.sebab percaya;

YANA MEMANG KUAT SEMANGAT,inshaAllah.

ada hikmah utk semuanya berlaku.mungkin Dia nak pertemukan yana dengan sesuatu ;)

sayang yana.

Liyana said...

anis ni suweeeeeet sangat!! ^^ jazakillah anis.

sebenarnya selalu over. muna dah selalu dah dengar cerita-cerita emo macam ini. hukhuk

semoga Allah beri hikmah yang terbaik buat kita semua..

terima kasih anis, saya anis juga. nak sangat jumpa anis suatu hari nanti :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...