30 Jan 2012

dua puluh empat

kredit


hari ini adalah hari ulangtahun saya. saja je nak bagitahu. =p

tapi tadi ketika di hospital ada seorang pesakit wanita datang dengan keadaan tidak boleh bercakap. lidahnya ada seperti ulcer yang sangat besar. ada benjolan bahagian sublingual dan atas lidahnya juga. memang keadaannya sangat menyakitkan. hanya suaminya ada di sisi yang menjadi jurucakap.

mula doktor M cek, kemudian doktor T pula (specialist bedah mulut). apabila doktor T beredar, beliau bercakap dengan suaminya.

ternyata, harus dikonsul ke bahagian onkologi. kemungkinan cancer.

sebenarnya, bukan penyakitnya. tetapi saya rasa macam, sabar suaminya yang berada di sisi.

betullah bila berada di sini memang akan belajar banyak. banyak penyakit yang kita baca di buku yang kita akan lihat sendiri.

saja nak update sempena ulangtahun. tapi terlalu penat. sebenarnya saya nak kongsikan sesuatu, mungkin nanti. saya harap tahun ini apa yang saya citakan tercapai. semoga ini ulangtahun terakhir di sini.  ta!

28 Jan 2012

bedah mulut

kredit
sekarang saya berada di department bedah mulut. kerja di hospital besar. bukan lagi di klinik gigi. tiada apa yang boleh saya katakan. orang kata, bila berada di department ini, kita boleh jadi seperti zombi, kurang berat badan dengan mendadak, pergaulan bebas, menahan perasaan dimarah doktor dan lain-lain

memang ini semua sedikit sebanyak buat saya gentar sedikit. yang paling saya risaukan ialah tentang masa buat dakwah dan tarbiyah. saya risau tidak istiqamah. saya risaukan tentang pengurusan masa. bagaimana jika harus jaga malam atau jaga pagi ketika waktu usrah atau daurah. atau saya tidak lagi kuat untuk bangun malam kerana kurang tidur dan terlalu penat, atau terjaga kah waktu solat nanti.

beberapa hari lepas, saya bercakap dengan seorang akhwat yang dihantar jauh di jogja melalui telefon. saya luahkan dan tanyakan pendapatnya tentang semua ini. satu ayat yang sangat sentap.

daripada kita mencari beribu alasan untuk lepaskan diri kita dari kerja dakwah dan tarbiyah. lebih baik kita fikirkan bagaimana untuk selesaikan masalah kita yang sedia ada untuk lebih kuatkan diri kita, mad'u-mad'u dan tempat kita.

bagaimana jika Allah juga memberikan seribu satu alasan untuk kita tidak masuk syurga suatu hari nanti.


nauzubillah..

betul, jika kita terasa lemah, cari dan cari orang yang boleh mengingatkan kita kembali. jangan biarkan diri kita sendirian kerana serigala akan mudah menyambar kambing biri-biri yang seekor berbandung, biri-biri yang berada di tengah-tengah kumpulan.

cuba dan cuba menjadi seorang yang mempengaruhi keadaan bukan yang dipengaruhi. kerana itulah tujuan kita dibentuk selama ini.

dan yang paling penting, perbaharui niat. set in mind yang bukan berada di sini yang buat kita penat. tetapi semua itu atas izinNya. jika sebelum ini saya boleh, kenapa sekarang tidak. saya akan cuba yang terbaik.

kredit

19 Jan 2012

genap setahun



patient full denture saya ketawa sebijik bunyinya macam arwah tok ketawa.

saya sedang try in gigi palsunya, di kerusi sebelah ada patient kanak-kanak yang main-main. alah, anak kecil kadang-kadang akan buat sesuatu yang kelakar kan. lalu ibu itu ketawa.

masa itu saya sedang sibuk betulkan susunan giginya. saya terkejut.

sangat sama!

saya tahu ini satu petanda bahawa saya rindu.

sudah genap setahun...

18 Jan 2012

D adalah cinta


Dakwah adalah cinta. Cinta itu membutuhkan pengorbanan. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.


Dakwah menyedut saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang lulu lantak diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.


Teruslah bergerak hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemanimu.
Kalau iman dan syaitan terus bertempur, pada akhirnya salah satu harus mengalah.

Allahyarham Ustaz KH Rahmat Abdullah

comel


ini.. ini sangat comel!

:D

Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih). Maka ibubapanyalah yang akan membentuknya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi
(al hadith)

Disanalah zakariyya berdoa kepada Tuhannya. Dia berkata, "Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi Mu, sesungguhnya Engkau Maha mendengar doa"
[Ali 'imran:38]

Ya Tuhan ku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. 
[Ibrahim:40]

13 Jan 2012

kisah bulatan #7

kredit


sms dihantar kepada murabbi

saya rasa seperti tak layak digelar akhwat dan berada di jalan ini

beberapa minit kemudian murabbinya menjawab

itu kata-kata dari orang yang ingin putus asa.. kita bukan mengejar gelar atau pandangan orang lain. pandangan didepan Allah yang kita kejar! usaha kita mengejar gelar syuhada di depan Allah. dan ia tak dimulakan dengan banyak berkeluh kesah.. mulakan dengan baiki kelemahan dan bangkit!

runtun tangkai jantungnya. ia beristighfar berkali-kali. telus ke hati.

masih ingat ketika dia berada di fasa belum kenal erti dakwah dan tarbiyah. kerana seorang yang 'mencari', dia pergi ke sebuah program agama yang difikir mungkin memberi kebaikan. pakaiannya belum cukup sempurna, tudung yang masih bisa terlihat helaian rambut, tingkah dan bicara yang kasar, namun tiada siapa pun yang menegur tidak juga memandang aneh.

ironinya, apabila dia sudah 3 tahun berada dalam dakwah dan tarbiyah, dia ditegur oleh seorang daieyah supersaiyya tentang tudungnya yang belum cukup labuh

walaupun baginya sudah kira labuh.

hu.

*senyum* kerana ianya manis.

itulah dakwah dan tarbiyah.

apabila kita faham erti katanya, kita bersedia dan membuka hati seluas-luasnya untuk menerima teguran dan memberi teguran kerana kita sememangnya dalam proses mendidik diri. kerana kita sayang sahabat sekeliling kita, mahu ke syurga bersama-sama.

"sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran"

harus siap untuk menerima teguran bersedia ditarbiyah
walau dengan apa cara sekalipun
memberi teguran dikira mudah, tapi menerima teguran seerti dengan menerima dan memperbaiki kelemahan diri.

namun, bisikan syaitan ada dimana-mana, kadang-kadang semakin lama kita di atas jalan ini.
semakin menebal keegoan diri

teguran di pandang enteng kerana kita sudah lama tidak ditegur, lupa tentang tarbiyah
iyalah, ilmu sudah penuh di dada (sarkastik sedikit) walhal, iman setipis kulit bawang
ilmu dan amal tidak lah selayaknya...

ke majlis ilmu dengan gelas separuh atau penuh. (analogi)
bukan lagi gelas kosong seperti seorang yang kering ilmu

tidak mengapa untuk merasa diri ini hina
tidak mengapa untuk berasa kitalah orang paling berdosa di dunia
jika ia dapat menundukkan keegoan dan mendekatkan kita dengan DIa



Jangan terlalu merasakan diri baik, kelak akan mudah dijangkiti virus hati yang asalnya dari dosa-dosa tanpa sedar. -quoted


biar lah hanya hamba marhaen di didunia asalkan dipandang tinggi di akhirat sana. sesekali teguran datang secara keras. sesekali ia datang secara lembut. cuma kita yang harus tidak 'buta' dalam memerhati

"bukan matanya yang buta, tetapi hatinya di dalam dada" 22:46

tundukkan ego, terima ia sebagai teguran dari Allah

melalui peristiwa, atau manusia atau apa saja.

tersenyumlah kerana ia tanda Allah menyayangi kita lebih dari yang kita perlu


12 Jan 2012

sanggup



alhamdulillah minggu ini target untuk selesaikan masalah ibu yang ini tercapai. ternyata giginya melekat pada tulang. padanlah saya tak boleh cabut hari itu. tapi sudah selesai alhamdulillah. selepas itu, saya terus pulang. dan hujan turun dengan lebat. tiba-tiba saya demam panas. sudah lama saya tidak demam panas yang serius. ia bermula sejak hujung minggu pulang dari usrah di J, tiba-tiba dijangkiti selesema. lalu sakit tekak dan batuk.

alhamdulillah semoga ianya menjadi penghapus dosa, cuma saya berdoa supaya saya ada tenaga untuk study buat diskusi ortho yang saya tunggu gilirannya selama dua bulan dan sihat juga ketika diskusi. doa saya dimakbulkan Allah. esok pagi-pagi sebelum subuh saya ada kekuatan untuk study sampai lah diskusi

dengan kesempatan kudrat yang ada itu, selepas diskusi saya terus ke lab jeruk untuk ambil model gigi palsu patient ini. sejam kemudian pulang ke klinik semula untuk uji cuba model gigi pada pasien itu, lab itu memang agak jauh. ternyata gigi slightly besar dan warnanya sedikit putih. nampak terlalu perfect obviously nampak macam gigi palsu.

selepas patient pulang, saya diskusi oral medicine untuk minor case. jam 3 saya ke jeruk lagi betulkan model supaya tidak nampak terlalu perfect tukar gigi. memang bertenaga.

tiba-tiba hujan turun dengan lebat. sampai rumah, giliran masak.

malam itu, demam lagi. alhamdulillah semoga ianya menjadi penghapus dosa. hari ini saya pulang awal sedikit  sebelum hujan. sebab saya rasa seperti menzalimi badan saya sendiri. tak amanah kepada nikmat yang Allah dah berikan.

saya teringat ayat ini.. la yukallifullahu nafsan illa wus'aha..

Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai kesanggupannya...

dan kisah ikhwan yang kesanggupannya itu, Allah yang hentikannya berlari. bukan atas keputusannya untuk berhenti berlari

kredit

kadang-kadang mungkin kita mengambil kesempatan atas ayat ini, kita memilih sampai tahap mana kesanggupan kita, walhal kita pun tak tahu sampai mana

mungkin kita terlalu memandang rendah kemampuan kita. padahal kita boleh pergi lebih jauh lagi.
cuba dan jangan berhenti.
teruskan hingga Allah yang menghentikan kita.

sebelum masuk bahagian bedah, saya mahu habiskan treatment dengan pasien yang ada sekarang supaya mereka tidak menuggu saya nanti.

thank you Allah :)

Alhamdulillah..

kembali

kredit

dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilang semua yang  (biasa) kamu seru, kecuali Dia. tetapi ketika Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling dariNYa. dan manusia memang selalu ingkar (tidak bersyukur). [17:67]

kredit

biar kita lambat, dan tak mampu berlari.. biar kita merangkak sekalipun, asalkan kita kekal di jalan ini hingga ke akhir hayat. semoga kita berada di kalangan orang-orang yang bersyukur

4 Jan 2012

:')

kredit
Say, “O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah. Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful.” 
[Qur’an 39:53]

doa

kredit
HAMKA, pesanan zaujah Dr Hata, dalam slot super akhwat. tentang bagaimana untuk menjadi seorang daie, akhwat yang bekerjaya, isteri dan surirumah di samping ibu kepada anak-anak. 

setiap dari sekarang, berdoalah dan pohon kepada Allah supaya kurniakan kita, pasangan yang lebih baik agamanya daripada kita. bila bersamanya semakin bertambah cinta dan dekat kita pada Allah.

putus asa

kredit

hari ini saya dimarah oleh 2 orang doktor yang berbeza department. semuanya atas kelalaian saya sendiri. saya tahu itu, sebenarnya saya rasa ini adalah amaran buat saya sendiri yang mengerjakan orang yang hidup bukanlah sesuatu yang main-main walaupun saya betul-betul serius dan tidak main-main tadi

saya tidak kisah dimarah. saya cuma kisah dengan patient itu.

saya sangat-sangat risau sekarang...sangat-sangat..

ternyata tadi, gigi molar 3nya tidak boleh dicabut biasa, harus odontectomy. beliau tidak mampu membayar kos perawatannya kerana terlalu tinggi.

di sini, kita akan lihat berapa ramai orang yang sanggup sakit, kerana tidak mampu untuk membayar kos perawatan, sanggup keluar agama, tiada wang menanggung perawatan.

kelmarin, ada seorang ibu yang membawa anaknya dirawat kerana cancer lidah di hospital sanggup tidur di tepi jalan, sudah 4 hari tidak mandi dan tiada pakaian kerana tiada wang berulang alik ke rumah yang jauh, pelbagai kesesakan dalam hidup yang membuatkan orang terdesak untuk melakukan apa saja. adakah mereka berputus asa demi orang tersayang?

saya hanya boleh berdoa untuk patient tadi semoga tiada apa-apa.

semua ini harus buat kita bersyukur dengan apa yang kita ada

satu doa dalam zikir alma'thur, yang bagi saya begitu berbekas di hati ialah tentang meminta perlindungan dari ALlah supaya tidak menyekutukanNya dan terlindung dari penindasan orang lain.

bebaskan diri dari perhambaan kepada manusia. terlalu takut dengan manusia.

dunia klinikal sangat-sangat mencabar.

sangat-sangat.

Allah...



sekarang bukan masanya untuk berputus asa bukan

nikmat Allah mengajar kita sesuatu.

2 Jan 2012

HAMKA 4.0



baru pulang dari HAMKA di surabaya. wajah-wajah yang datang baru-baru ini kebanyakannya adalah wajah-wajah baru yang baru saja mula membuka langkah perubahan dalam hidup.

mengingatkan kepada memori lalu, ketika aku sendiri mulai membuka langkah dan kali pertama ke HAMKA dahulu. terbayangkan wajah-wajah itu. mereka yang bersama-sama denganku.

tiba-tiba aku jadi rindu.

ini membuatkan aku terfikir bahawa kita tak boleh berharap yang kita akan sentiasa bersama-sama sebab akhirnya kita akan berpisah di dunia ini untuk bekerja dan akan mempunyai kehidupan sendiri di tempat masing-masing.

dan kita kembali sendiri dan kita harus berdikari. hanya Allah yang kita perlu dan itulah tarbiyah. membentuk diri menjadi luar biasa.

yang ada, hanya semangat dan memori yang kita pernah bersama dalam pembinaan diri, usrah, berdaurah, jaulah, mukhayyam bersama. ukhuwah memang manis.

tapi tiada apa yang kekal didunia ini.

yang kekal hanya disyurga.

semoga suatu hari nanti kita berusrah di syurga kelak dan kita bercerita tentang kisah kita di dunia..sejak kali pertama kita berkenalan hingga ke akhir hayat di dunia. semoga kita semua menjadi ahli syurgaNya.

bersama selamanya

dan Dia yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia maha perkasa, maha bijaksana
[8:63]

28 Dec 2011

sambil lewa

kredit


saya didatangi oleh seorang patient perempuan berusia 22 tahun cantik orangnya, tetapi gigi atas depan  semua rosak. bawah juga ada karies. semuanya tinggal sisa akar. ini berpunca dari gigi palsu, sebelum ini gigi palsunya dibuat untuk satu gigi, tak usahlah saya bercerita panjang lebar tapi yang pasti gigi palsu itu adalah punca segala kerosakan. ia di fix dan tidak boleh dibuka untuk dibersihkan. ia di fixkan di gigi bersebelahan yang menyebabkan semua gigi bersebelahan rosak. boleh mengakibatkan ada fungus dan bacteria berkumpul. boleh mengakibatkan candidiasis di lelangit.

sendi rahangnya sakit, sebab occlusion tidak seimbang, beliau jadi malu berkomunikasi kerana gigi palsu itu nampak obvious gigi palsu.

bercerita ini sudah membuatkan saya tensi. berhari-hari saya memikirkan treatment plan untuknya, tampal, prosthodontic appliance, cabut gigi-gigi yang sudah menjadi sisa akar dan tidak ada harapan untuk dirawat. pasti prognosisnya buruk kerana, gigi bawa sudah tilting kesan oklusi tidak seimbang, dan harus dirawat menggunakan orthodontic appliance juga.

saya kasihan dengan patient tersebut. baru berusia 22 tahun. jika dilihat panoramik radiograph nya, pasti tidak percaya usianya 22 tahun.

berkali-kali saya bertanya, benarkah beliau membuat gigi palsu itu di doktor gigi atau tukang gigi. katanya doktor gigi. doktor gigi terbaik di tempat asalnya.

bukan saya hendak menilai. siapalah saya, hanya seorang koass yang belum tentu menjadi sesiapa pun

tetapi ini benar-benar membuat saya bermuhasabah, ya Allah, betapa satu tindakan yang mudah dah senang boleh mengakibatkan satu kesan yang begitu besar terhadap kehidupan seseorang. gigi palsu yang di fixkan.

dalam apa jua tindakan. tergantung kepada kita, mahu memberi kesan yang baik atau sebaliknya.

jika kita seorang doktor, patient adalah amanah dan tanggungjawab, bukan wang, bukan requirement, atau apa jua matlamat kita dalam kerjaya.

jika kita memahami tugas kita atas muka bumi ini sebagai seorang khalifah, pasti kita tidak akan melakukan semua perkara dengan sambil lewa, termasuklah perkara-perkara kecil seperti waktu atau saat yang kita tak sedar ianya berlalu.

pasti tiada satu pun yang sambil lewa. kerana semua itu pasti akan dipertangungjawabkan.

jika kita sedar satu hari nanti setiap saat akan menjadi saksi setiap perlakuan dan perbuatan kita. mereka akan mengakui semuanya...

pasti kita tidak akan sambil lewa dalam menguruskan mad'u-mad'u kita. pasti kita tidak akan sambil lewa dalam melakukan kerja-kerja dakwah. segalanya akan menjadi sebab dan akibat untuk masa depan. termasuklah dari segi gerak kerja mahupun amal dan akhlak kita.

pasti kita tidak akan mengeluarkan tutur kata dan perkataan yang kosong.

siapa tahu, sesuatu yang kecil bagi kita sebenarnya sesuatu yang memberi impak besar kepada kehidupan orang lain..

semoga Allah menghijab aib kita, dan memberi kebaikan kepada orang lain.

21 Dec 2011

Ya el medan


dunia islam

kadang kadang ingat
kadang-kadang lupa

boikot
tahu dan tidak ambil tahu

gempar dan heboh satu masa
kemudian surut dan diam kembali

dunia islam itu, sebenarnya di hati atau hanya simpati


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...