2 Nov 2016

rindu belfast

salam..
memang dah berapa lama tak jenguk di sini. rindunya nak menulis. dan paling pastinya membaca supaya maklumat yang kita deliver tu berisi. sejak kebelakangan ini malas betul membaca
banyak benda nak di update dan nak dicerita kan. tapi jika dilayankan ia akan jadi cerita dongeng hikayat panjang lebar yang tak difahami sebab banyak sangan seliratnya

well.
sejak hamil 8 bulan, tetiba rindu belfast. rugi tak update selalu cerita sepanjang di sana. biar jadi kenangan dan memori. terlalu banyak! semasa di sana rasa risau sebab tinggalkan tanah air dalam satu jangka masa agak lama. berjauhan dari akhwat. macam mana dengan susunan tarbiyah diri dan lain-lain. tapi jumpa ramai manusia lain yang baik dan sangat kasih sayang, belajar dengan bumi asing dan membuka pemikiran dan minda! tidak boleh tidak memang sangat seronok!

now im back tapi bersyukur juga sebab dapat pindah dan bekerja di KL. alhamdulillah. walaupun rindu juga kerja di sarawak. apa pun, lainsyakartum laazidannakum

Aku bersyukur ya Allah...

hujung minggu lepas dalam pengisian di masjid KLIA, sangat terkesan dengan salah satu point tentang wafa' kesetiaan kita pada dakwah ini walau di mana kita berada, pursue apa juga cita-cita kita untuk menjadi muslim terbaik. kita akan pulang atas dasar kesetiaan kita pada dakwah ini. dan tidak hilang di bawa oleh angin.

ia tak sempitkan pergerakan kita untuk berada di sekian tempat sahaja sebab demi dakwah. dakwah tidak pernah menyempitkan. yang menyempitkan adalah kita sendiri!

sangat refreshing.

ya Allah semoga ALlah kembalikan aku dalam jalan mu. lebih laju lagi. walaupun jalan sekarang dah lambat. berat sikit.. huhu

harap sangat baby akan ingat dan dengar semua tazkiyah, tarkirah dan segala ayat Allah.

tenang lah ya dalam rahim ibu.ingat janji pada Allah..

yours truly

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...