18 Dec 2011

kisah bulatan #6

kredit


"Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi." Imam Abu Hanifah

hari itu, aku ditemukan dengan seorang pakcik dari msia. pernah mendengar pengisian darinya sebelum ini. beliau menceritakan tentang sesuatu yang sukar ku hadam, sesuatu yang lebih kepada haraki (pergerakan) sesebuah tempat bukan disini. ku pandang akhwat di sebelah "nanti saya ceritakan", kata akhwat tersebut. senyum.

jika dilihat dari segi luaran. memang pakcik itu betul-betul seperti pakcik yang sangat biasa. kalau ikut apa yang telah dilalui dan siapa dirinya. humble.

setahun jagung berada dalam dakwah dan tarbiyah, tak bermakna kita sudah benar-benar memahami tentang suatu pergerakan. membina sebuah pergerakan bukanlah semudah yang di sangka. hanya mereka yang di atas yang tahu. kita, hanya budak hingusan yang barusan aja mahu mengenal erti kehidupan.

kita memang suka berdebat tentang sesuatu yang bukan keahliannya. kita rasa kita faham, tapi tak semestinya

hati-hati, takut kita yang jadi fitnah buat dakwah nanti

dan kerana itu, kita bermula bukan dengan mengenal pergerakan itu, tetapi mengenal Allah. membentuk diri yang memenuhi ciri-ciri individu muslim. faham erti dakwah yang sebenar hingga fikrah itu mengalir dalam darah tanpa perlu diberikan arahan.

seperti sifat seorang daiyah, dimanapun ia dicampakkan, ia bisa mengubah tempat itu kepada islam.

aku masih ingat dulu, setelah beberapa lama dalam usrah, aku bertanya; akak kita ni bawah apa

beliau hanya senyum bertanya semula ; kenapa nak tahu? adakah kita perlu berada di bawah sesuatu untuk sampaikan islam.

tak boleh jawab

sampai soalan di ubah setelah beberapa lama (tahun)

akak, kita bergerak bawah apa sebenarnya?

kenapa nak tahu?

sebab kita bergerak haruslah ada bawah satu sistem. kan dalam pembinaan sampai kita mati. pasti ada badan yang menyusun kita

sekarang dah tahu dah, bimbang juga, salah atau silap kita orang tidak menyalahkan kita sebagai individu, tetapi nama yang kita bawa.

kan orang lebih suka label dan brand. contohnya

ada satu time ketika di klinik. prophylaxis scaling.
patient bertanya: doc, ubat gigi apa yang paling bagus untuk di gunakan?

tak kisah ubat gigi apa pun, asalkan cara gosok gigi tu yang harus betul. lagipun idealnya, letak ubat gigi sebesar kacang pis je

lalu saya ambil ubat gigi untuk polish gigi nya lepas scaling. beliau tanya lagi

kenapa guna jenama X? kenapa bukan jenama Y?

sebab saya boikot jenama Y barangan israel. sebab ini yang terjual di kedai bawah. jenis brand tak penting, yang penting cara gosok gigi.

jika pesakit benar-benar faham, mungkin dialog di atas akan berubah sikit dan tak ada soal jawab brand ubat gigi kan.

kekurangan jenama X atau Y bukanlah pada jenama itu, tetapi orang-orang yang membuatnya, bahan-bahan  tidak lulus DHA ke kan. tapi mudah betul jenama yang dipersalahkan.

walhal bila tengok balik, tak penting pun tahu atau tak brand itu, tapi kita gosok gigi berapa kali sehari, caranya betul atau tak. akhirnya, ubat gigi hanya sebagai alat untuk bersihkan gigi di samping berus gigi. yang penting sikap dan perilaku orang yang menjaga kebersihan gigi itu untuk mencapai matlamatnya, gigi sihat dan bersih. hu

patutlah pentingnya wasilah dakwah
ia bermula dengan iman yang mendalam oleh setiap individu, faham apa yang dia lakukan yakin dengan matlamatnya--> UA

kemudian barulah pembentukan yang sistematik, rapi dan teliti, dan usaha dan amal dakwah yang berterusan. bukan berhenti dan sambung semula
makanya....

kurangkan ego anak kecil. diam dan perhatikan dari kaca mata tarbiyah. lihatlah dunia dari sudut yang lebih besar.


p/s: mungkin aku bukan yang layak menulis sesuatu seperti ini.

4 comments:

Puding karamel said...

uhhh...deep
so true,branding mmg digemari,walaupun tidak semestinya menggambarkan isi dengan tepat
tersentuh dengan post ini, juga post2 d bawah ni.
terkena batang hidung,okeh...
huhu
moga allah ampuni kekhilafan hamba2Nya

arissa myana said...

saya slalu tertidur dn ter'missed' utk gosok gigi. merbahaya tak?

hehe

baiklah.

skrg sy faham mksud anda tu. soal 'brand' yg kita bawa itu, tiada apa, krn yg kita mahu ialah mmwa lbih ramai hamba kepada Tuhan.

iya bukan?

P/s; tiru ayat imam hanafi dan pes di dinding saya, jzkk ;)

p/s2: rindu kamu. seriyes.

Liyana said...

kak PK, ya, takut sangat kerana kekurangan diri yang dhaif yang memberi fitnah. semoga Allah mengampuni kita semua.. :(

Liyana said...

muna: hey. itu sangat marabahaya. fatal sekali tidak gosok gigi sebelum tidur sebab itulah waktu paling penting untuk gosok gigi. hehe semalam baru saja saya cabut gigi tetap seorang adik umur 12 tahun. baru setahun gigi itu tumbuh dah kena ccabut sebab berlubang besar yang parah. haihh. ni nak kena awak ni

hutang 1 mel kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...