30 Jan 2015

27

bercakap tentang tsabat..kadang-kadang ada orang berkara tsabatnya dan hebatnya seseorang itu bilamana ia kekal dalam gerabak dakwah.

tapi bagaimana kita kekal tetapi sebagai seorang yang stagnan

tsabat. sangat subjektif buat ramai orang.

kata seorang syeikh. tsabat itu adalah istiqamah dalam beramal dan berjihad untuk mencapai matlamat. sekalipun matlamat itu masih terlalu jauh dan memakan masa bertahun-tahun hingga menemui Allah dalam keadaan beramal dan berjihad.

tsabat itu bukan lah di nilai secara luaran. tetapi lebih kepada definisi hati.

suka untuk share ayat dalam surah ahzab. perang khandaq.

33:4

Alah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya; dan Dia tidak menjadikan istri-istrimu yang kamu zhihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak angkatmu sebagai anak kandungmu sendiri.

apa yang di hilight kan di sini bukan kisah zhihar sahabiah khaulah bt tsa'labah tapi tentang

"Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya..."

memang tidak ada hati dibahagi dua. atau tiga atau empat untuk sesuatu yang lain selain Allah..

kerana itu mencintai sesuatu kerana Allah...segala yang kita cintai berpunca dari cinta ALlah itu.

perasan je...bila satu ketika dulu satu sosok itu seorang yang kencang atas jalan dakwah..bila berubah fasa ia menjadi semakin perlahan...mungkin atas faktor persekitaran. dahulunya hidup 24 jam bersama akhwat. kini sendirian atau tiada lagi biah solehah yang menguatkan

sibuk dengan dunia. sibuk dengan fasa berkeluarga sibuk dengan hal lain nya menjadikan tarbiyah perkara kedua dan akhirnya hanya sekadar hobi. walhal dahulunya ia ibarat aliran darah. ianya kehidupan dan ianya ibarat kewajipan dalam degupan jantung dan helaan nafas dalam kehidupan

ibarat bila ia tiada. matilah seorang pejuang.

betapa tawakalnya sahabat kepada Allah. dalam keadaan yang sangat sangat menguji. mental fizikal.

dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara. (sejauh mana kita mengimani ayat ini)

seorang akhwat berkongsi dalam kisah kaab bila ia ketinggalan dalam perang. rasa terkesan sangat sebenarnya kisah kaab ini sebab macam sangat significant untuk berhenti dan futur. fenomena bila dah lama tak dapat ke program atau usrah atas kesibukan dan atas kekangan dalam proses adaptasi.

jadi malu dan segan untuk kembali. dapat rasa saja dengan perasaan kaab..bukan saja diboikot dengan sahabat malah rasulullah sendiri tidak mahu memandang wajahnya..

sedih. dan bila akhwat sendiri menjauhi dan terasa di hakimi. (suuzzhon)

tapi kaab hanya bertawakal kepada Allah...dan sebab itu sabat itu berbasisnya iman dan hubungan dengan Allah yang bebetul kuat........

dan tiada rongga lain selain satu hati saja....

nangis

ibnu Qayyim berkata: tidak ada yang lebih sulit di dunia melainkan "tsabat" (keteguhan), baik dalam meninggalkan yang dicintai atau mengatasi kessulitan, terutama dalam rentung waktu yg panjang dan di saat menculnya putus asa di kalangan rijalud dakwah. kesemua itu memerlukan bekalan yg cukup utk tabah menempuh jalan yg panjang. bekalan itu adalah tsabat di atas hukum Allah, takdir dan ujianNya sehingga rijalud dakwah mesti membekalkan diri dgn tsabat dan menempuh jln dgn tegar di saat2 kesulitan.

WA



semoga anda tsabat wahai diri sendiri dan selamat ulangtahun yang ke 27. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...