3 Dec 2014

Angan-angan

"Dia seolah-olah manusia tanpa nafsu, tanpa keinginan dan tanpa keseronokan dunia. Dia lupa makan minum dan pakaiannya. Bahkan lupa dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah swt. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makhluk Allah swt (yang menjadi mad'unya). Apa yang dimintanya hanyalah perkara  yang boleh membawa kebaikan kepada manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada qada' Allah swt. " Ibid ms 211

Itulah daie contoh.

Itulah sifat orang yang ingin menjadi qaidah sulbah di mana islam hari ini akan dapat dibina

Bagaimana kita masih ada masa memikirkan hal ehwal diri sendiri. Perasaan dan keinginan sendiri. Mengikat diri dengan dakwah. Menikahi dakwah sebelum segala yang lain. Suami pertamanya adalah dakwah. Benar benar menyerahkan diri sebagai infaq untuk islam.

Dimana daieyah itu. Yang jiddiyah. dalam setiap sudut hatinya tiada lain selain dakwah. Di manakah dia.

Dalam diri ini.

Angan angan syurga tertinggi bersama yang telah syahid.

Tetapi mujahadahnya hanya sedikit.

Benarkan pernah wujud daieyah jiddiyah..
Atau hanya anganan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...