kredit |
sejak saya masuk ke dunia "tahun klinikal" setiap orang yang saya jumpa atau nampak, perkara pertama yang saya akan lihat adalah gigi mereka. saya sudah tidak peduli atas perkara lain lalu saya akan diagnose dan membuat identifikasi masalah dan jenis gigi orang tersebut
agak scary, saya tahu.
dan yang paling tidak boleh belah adalah peristiwa ini, di mana saya sangat seteru dengan pak guard yang garang dan agak sekular. beberapa tahun lepas, saya ke asrama adik-adik saya untuk membuat sesi pertemuan gembira kami, tapi dihalang oleh pak guard. saya dah delete post itu. tapi secara ringkasnya saya memang berdebat juga dengan pak guard itu tentang pearturannya yang tak masuk akal langsung.
itu ketika saya masih di alam belum masuk klinik
saya jumpa pak guard lain yang begitu juga. beliau memberi amaran bahawa saya tidak boleh berlama untuk berbuat apa-apa di suatu tempat itu. saya nak tumpang toilet je sebenarnya. tapi pak guard itu macam kerek pula
yang menarik perhatian saya bukan sikap pak guard itu atau apa yang dikatakan
tapi....
gigi beliau!!!
central incisornya keduanya seperti patah akibat trauma. warna telah berubah hitam. mungkin gigi itu mati akibat trauma
rawatan yang mungkin adalah rawatan akar kemudian dowel. paling best kalau pak guard itu rela, boleh juga buat bridge tapi lateral incisornya seperti tidak mendukung, mungkin dowel (post and core treatment) saja.
awan-awan di atas kepla membayangkan ini kredit |
otak saya ligat berfikir macam mana saya nak approach bapak itu untuk menerima rawatan saya.
dan akhirnya tanpa berfikir panjang saya ke meja receptionist di mana pak guard itu duduk.
pak, bisa ngomong sebentar?
*saya tahu mesti dia ingat saya nak cakap pasal lain*
ya, bisa
ini kartu (kad) nama saya, jika mahu bikin rawatan gigi, silakan ke rumah sakit gigi dan mulut tempat saya praktik di sekeloa. hubungi aja nombor di kartu nama itu untuk janjian.
pastu tetiba pak guard itu ceritakan punca giginya begitu. saya tak tanya pun, sebab saya tahu, sesetengah orang agak insecure bila bercakap tentang gigi. saya betul-betul berminat dengan giginya! bestnya kalau boleh buat rawatan akar gigi anterior lepas itu dowel.
root canal treatment dan post and core kredit
akhirnya pak guard berkata "jika ada rezeki saya ke sana"
happy walaupun 50-50 je pak guard itu nak datang. yang ada doa supaya dia nak datang.
dan anda tahu apa yang saya fikir?
setiap orang layak mendapat cahaya dari Allah dan setiap orang patut berkongsi cahaya yang mereka ada kredit |
sebenarnya kan, seorang daie itu harus melihat semua orang disekelilingnya adalah mad'u. setiap orang layak menjadi mad'u tidak kira betapa kerek atau apa pun orang itu. atau pun tidak kira orang itu jenis macam mana pun macam yang saya tulis dalam post ini dan macam yang pengkomen di post itu komen tapi komen itu telah di delete oleh beliau.
setiap orang layak untuk dikongsi tentang islam. setiap orang layak di kongsikan cahaya itu. setiap orang kita patut beri qudwah yang baik seperti yang islam ajarkan.
kadang-kadang mungkin kita nampak orang-orang dekat dengan kita sahaja yang kita nak kongsi, padahal kita terlupa orang-orang lain juga adalah manusia. layak didoakan.
itulah, seharusnya ada perasaan obses terhadap Allah dan islam. seperti mana yang rasulullah terapkan dalam diri sahabat-sahabat tumuhat (keobsesan) dalam diri mereka.
macam bagaimana dentistry mendidik saya menjadi seorang yang obses membaiki gigi orang, macam mana nak approach orang awam, begitu juga seorang daie harus terapkan dalam diri mereka kan?
patut aplikasi kan ini juga untuk dakwah dan tarbiyah. harus ada keobsesian yang tinggi.
kita patut ada dua-dua personaliti di atas kredit |
p/s: post ini tak edit langsung sebab beberapa minit lagi nak bertolak ke suatu tempat untuk daurah :)
10 comments:
yana,
ini sangat 'gula'!
nak share boleh?
doc gigi emangnya suka ngomong perkara2 gula ya? (senyum)
saya harus absorb hamasah anda! :)
yana!huhu...
touching reminder.
kadang2 ble bad mood, atau penat sgt lgsg lupe nk jadik manusia d klinik.
sedangkan mereka somewhat mad'u jugak kan...
lps tu br nyesal.huhuhuhuhu
smg allah membantu diri untuk berubah
anis: haha gula ka? jangan sampai diabetes dah laa
haruslah untuk promosi diri. cihihi~
kak PK, nasihat untuk diri ini juga sebenarnya sebab menghadapi menda yang sama.. huwu~
allahumma ameen.. ^^
wahhh... hehee
saya mmg elergi dgn dentist. mungkin sbb tu sahabat terbaik saya dentist T__T hahaa...
tpi hey, menarik sguh analogy nya ;)
slalu lupa diri sndri n org di sekitar padahal calon2 mad'u sangat ramai. uhh terasa sekular.
jzkk share dn ingatkn ;)
barakallah hu fiik ;)
haha patutlah akak minta kad kat
saya hari tu kan? :P
Nanti saya pun nak usha lah gigi pakguard tu. huhu.:P:P
haha patutlah akak minta kad kat
saya hari tu kan? :P
Nanti saya pun nak usha lah gigi pakguard tu. huhu.:P:P
muna: itulahhhh terasa diri sendiri macam sekular kan.. haritu daurah kak Shimah, dia kata kalau kita membahagikan keduanya itu yang buat kita penat sebenarnya.
Allah yang beri ilham. semuanya dari Dia.
:) rindu
si comel: nanti insyaALLAH akak ganti balik yea. sebab ari tu cek purse dah habis. biasanya bawak banyak sebab nak bagi orang. :D
Post a Comment