jangan pandang rendah kepada doa kredit |
sebelum apa-apa, saya nak berterima kasih sangat-sangat kepada sesiapa yang mendoakan saya tempoh hari. alhamdulillah eksperimen saya berjaya! rupanya, bakteria ada satu dua koloni yang sangat kecil cenonet hidup. :') seriusly, saya tak tahu nak cakap apa masa doktor kata, "ini koloninya". saya ingatkan memang gagal lagi. sebab macam hidup segan mati tak mahu kan, memang tak nampak kecuali dengan kanta pembesar. sebenarnya ingat nak berterima kasih nanti bila dah bentangkan result thesis itu. tapi tak apalah. apa salahnya berkongsi kegembiraan ini sekarang. :) dah lama sangat rasanya saya simpan terima kasih ini. satu je. semoga ALlah memberikan ganjaran yang paling-paling baik untuk anda. saya betul-betul maksudkannya.
paling penting, saya dah agak dah. pasti Allah nak latih diri saya supaya bersabar. Dia tahu di situ titik kelemahan saya. percayalah yang susunan Allah itulah yang paling baik dan cantik walaupun kita nampak seperti sebaliknya.
paling penting, saya dah agak dah. pasti Allah nak latih diri saya supaya bersabar. Dia tahu di situ titik kelemahan saya. percayalah yang susunan Allah itulah yang paling baik dan cantik walaupun kita nampak seperti sebaliknya.
sekarang saya berada dalam cycle public health. harus belajar dan bekerja di luar kawasan iaitu di puskesmas (pusat kesihatan masyarakat) di cigondewah. ya, saya pun tak tahu di mana letaknya cigondewah walaupun sudah google map.
lokasi puskesmas ini tak berapa strategik sebab tiada kenderaan yang boleh masuk. hari pertama saya ke sana, naik teksi. pastu naik kereta kuda nak masuk. ya, kereta kuda yang betul-betul. macam pekan koboi pula. dalam sejam lebih dari kota bandung.
eksaited sedikit hey. |
minggu ini dah masuk minggu kedua di cycle ini. dah tahu dah cara yang betul untuk ke sana, naik angkot 2 kali kemudian jalan kaki sikit. di sini saya harus buat penyuluhan untuk gosok gigi dan penerangan tentang gizi yang baik kepada sekolah-sekolah tadika dan sekolah rendah di seluruh kawasan bawah kuasa puskesmas ini. dan buat analisa masalah kesihatan di tempat ini. tak semestinya gigi. mungkin masalah lain.
belajar sikat (gosok) gigi |
pada hari raya korban yang lepas,
tidak berapa presentable. tapi ok |
proses penyembelihan pemandangan dari tingkap bilik |
sekarang kerja dah semakin bertambah. penulisan thesis, study untuk diskusi-diskusi, laporan sepanjang di puskesmas selama enam minggu.
hari itu, saya ke cigondewah sendirian, masa nak pulang hujan turun sangat lebat. doktor puskesmas nak tumpangkan saya balik. dan ada sesuatu terjadi masa itu. :S -_-" saya simpan dahulu cerita itu. lain kali saya tulis insyaALLAH
sekian
6 comments:
hepi 4 u!alhamdulillah...
enjoy distrik posting.dulu akak pon buat public health di tempat yang pengangkutan utama adalah kereta kuda ^^
priceless experience.
n i love orang kampong so much..blanja makan tembikai dll..
yanaaaa,
bakteria sayang kamu! :)
alhamdulillah,tarbiyah Dia juga yang meneguhkan kita kan?
"dan sungguh,Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang2 yang benar2 berjihad dan bersabar di antara kamu;dan akan Kami uji perihal kamu" (47:31)
yana mesti senyum hari-hari,
macam ni
(^________________________^)
anak yuyu kepada mama yuyu yg imut,
anis ^^
Allah huAKbar, walillahil hamdh ;)
semoga terus bersemangat dan selamat menempuh hari2 bahagia dalam lindungan dan cinta kasih sayangNYA.
patut lah emel 'terputus' heehee sy hmpir2 tidak mampu membayangkan tahap bz anda even dh tahu masa anda akan terisi dengan perkara2 kesihatan ini ;)
anyway,................
x pe lah ;)
mish u, love ;)
sila jaga diri ya. doakan kami di sini ;)
saya tahu cerita itu
Ni hao ma Yana? ^_^
puding Karamel: tq ^^ best kan. semua orang2 baik2.. kat sana pun ade kereta kuda? huhu..
anis: haha takdelah senyum lebar sampai camtu sekali. jazakillah anis :)
muna: bak kate murabbi saya kan, buat-buat bizi. sebab kalau nak ngaku bizi, org lain lagi maha bizi. hukhuk.. jazakillah muna.
anonymous: haha dah tercerita dalam usrah kan. xyah cte lagi la. haha
kak erin: wo hen hao kak erin. :) lama tak dengar cerita :)
Post a Comment