22 Oct 2011

mindset


semalam saya rasa sedih sangat sedih sangat sedih sangat. eksperimen saya gagal lagi. saya tahu apa result ekperiment itu, saya target itulah yang saya akan dapat. ternyata tak. bayi-bayi (bacteria) saya mati. lagi. memang nampak mudah dan senang. tapi semuanya perlu sabar, teliti dan perhatian.

sangat kecewa.

kecewa sebab berulang alik dalam perjalanan yang jauh, tapi tidak berhasil seperti yang diharapkan. sudah pelbagai usaha saya buat supaya hasilnya seperi diharapkan. tapi tak. tak tahu apa masalahnya. saya dah mula mempersoalkan kenapa saya ambil microbe. orang lain buat department lain dah boleh wisuda (grad) dah. dahla microbe sorang-sorang.

lepas itu, saya terus call doctor pembimbing. mahu minta pendapat beliau, doctor tak angkat. lalu saya pun hubungi emak pula, mahu curhat (curahan hati). tapi mak juga tak angkat. akhirnya, saya terus ke stesen bas untuk pulang membawa hati yang kecewa.

sepanjang perjalanan pulang, saya cuba bermuhasabah semuala atas apa yang berlaku. saya ambil secebis ayat dalam surah al anfal

mereka membantahmu (muhammad) tentang kebenaran setelah nyata (bahawa mereka pasti akan menang), seakan-akan mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab kematian itu) 
[8:6]

pada peristiwa ayat ini, sahabat-sahabat berasa sangat-sangat takut dan hesitate untuk berperang. sebab pada waktu itu mereka tak bersedia dan askar musuh lebih kurang seribu orang, mereka sedikit, kelengkapan perang cukup untuk berapa puluh orang je. mereka sebenarnya nak ambil semula harta mereka di mekah dari kafilah abu sufyan, tengok-tengok rupanya yang datang itu, bala tentera abu jahal nak perang dengan mereka. Allah pun mewahyukan kepada rasulullah perintah perang. mereka rasa macam Allah nak campakkan mereka kepada kematian je. perkataan yusaqun dalam ayat itu ibarat kambing yang di tarik untuk disembelih.

padahal mereka tak tahu bahawa kemenangan berada di depan mata mereka, Allah memang mahu mereka menang pada perang ini.

Allah yang tahu apa yang terbaik buat mereka sedangkan mereka nampak perkara itu sesuatu yang sangat buruk.

mereka nampak, perang je confirm mati.

padahal, Allah memberikan satu hadiah yang sangat besar pada perang itu, sehinggakan ia digelar yaumul furqan, hari yang membezakan yang haq dan yang batil. ia menjadi sejarah besar di mana baru semua orang nampak yang islam adalah agama yang benar.

selepas perang itu, berbondong-bondong orang masuk islam.

Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahwa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahwa yang tidak mempunyai kekekuatan senjatalah yang untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir, 
[8:7]

agar Allah menetapkan yang hak (Islam) dan membatalkan yang batil (syirik) walaupun orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya. 
[8:8]

semasa perang Allah memberi bantuan yang sangat best iaitu seribu malaikat yang datang ssecara berturut-turut! 

(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut".
[8:9]

nampak sangat ALlah nak mereka menang kan?

untuk sahabat-sahabat, peristiwa-peristiwa perang untuk mengajarkan mereka satu nilai keimanan, bukan menang kalah perang itu, tapi nilai keimanan dalam diri sahabat-sahabat.

buat kita, Allah hadirkan dalam bentuk ujian untuk ajarkan kita nilai keimanan. :'(

sebab tak mungkin benda-benda seperti ini dapat diajar melalui kata-kata. ia harus dihadapi. tak mungkin kita akan belajar nilai sabar dengan baca dan faham ayat sabar kemudian kita terus bersabar melainkan kita hadapi sendiri perkara yang memerlukan sabar

tak mungkin kita akan belajar nilai ikhlas melalui orang ajar dan sebut ayat ikhlas, melainkan kita hadapi sendiri peristiwa yang memerlukan ikhlas.

tak mungkin kita akan berlajar erti bersyukur dengan mendengar ceramah sahaja yang bertajuk syukur melainkan kita hadapi sendiri perkara yang membuatkan kita faham apa sebenarnya erti syukur itu.

tak mungkin kita akan belajar erti ukhwah kerana Allah dengan pergi program mengeratkan ukhwah melainkan kita hadapi sendiri ujian yang membuktikan betapa pentingnya ukhwah apabila berada di jalan ini.

Allah tahu apa yang terbaik tapi kita selalu nampak benda itu tak terbaik.

untuk eksperiment saya, result yang gagal itulah yang terbaik. tak semestinya result yang saya target itu yang terbaik.

semuanya dalam mindset, sebab saya rasa itu terbaik, maka itulah yang terbaik.

dengan rendah hatinya, saya redha atas ketentuan ini.

sebenarnya saya berjaya

berjaya mendapat result yang lain dari yang lain

sekian

subhanallah walhamdulillah walailahailallah allahuakbar

p/s: sesiapa yang terbaca curhat ini, nak minta tolong doakan boleh? siapa doakan untuk orang lain, malaikat akan doakan semula untuk dia. tak best ke tu? *senyum*

4 comments:

Anonymous said...

tanpa kaca mata tarbiyyah,x mungkin kita mampu melihat sejauh itu..memahami sedalam ini

thanks to ALLAH..thnx to org2 yg x penah putus asa memegang tgn ini..thnx Allah krn mghadirkan org2 sbegini di skeliling

p/s: kenang daku di dlm doa rabitah mu~

hansuke said...

salam.

tanpa ujian takda la erti bersyukur:)

semoga Allah memberi ketenangan, dan lulus apa jua yang dihajati, insyaAllah.

good luck.

arissa myana said...

mindset.

huhh
dulu mcm super bila ckp soal ni. sekarang mcm dh x pernah belajar atau tahu apa2 ttg itu. jzkk sbb ingatkn dan sudi nasihatkn ;)

sabar itu dipermulaan.
sayang kamu, fillah iA.
smoga Allah bantu dan menangkan kamu dgn kmenangan yg paling sweet dan best!

Liyana said...

anonymus: insyaALLAH. kenang daku dalam doa rabithah mu juga :)

hansuke: terima kasih, semoga malaikat doakan yang terbaik untuk anda.

muna: cakap senang kan, bila time sharing cakap memang berkobar-kobar. tapi paling susah bila hadapi pada titik terlemah kita.

itu tanda Allah sayang

terima kasih anda! <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...