21 Aug 2014

teringat

malam camni
tak boleh tidur
teringatkan seseorang

mungkin dua

tiga lah tiga

baru je lepas baca buku al adab.
tertancap subtopik berlemah lembut dalam semua perkara.

kadang-kadang bila kita dalam keadaan hilang arah dan punca.
kita lupa diri, lupa keadaan lupa berfikir
sehinggakan kita lupa berlemah lembut
walaupun kepada orang sekeliling yang penting buat kita

walau kita ini bukanlah seorang yang berlemah lembut
kita lupa untuk berlemah lembut
ia beda antara orang yang memang asalnya lembut untuk berlemah lembut
atau orang yang tidak lemah lembut langsung untuk berlemah lembut
beda, sangat berbeda.
struggle nya beda
mujahadahnya berbeda

sama juga dengan orang yang masih bertatih dalam membaca alquran
dengan orang yang lancar bacaannya
strugglenya berbeda.

sekiranya kita punya peluang untuk berdiam dan berfikir
dikala keadaan panik dan kita takut sekali kesilapan kita,
akan memberi keburukan kepada orang lain
kita tak sanggup itu

dan kita bukanlah seorang yang sifatnya begitu tenang

teringat sejak waktu zaman sekolah sehingga ke universiti,
pasti ada orang orang tenang yang membantu untuk menenangkan

sekarang..mungkin sekali kita tersilap
kita akan ditinggalkan

ya, strugglenya berbeza
untuk berlemah lembut
bagi yang bukanlah sifatnya lemah lembut

mujahadahnya juga berbeza
untuk bertenang
bagi yang sifatnya tidak tenang
jika situasi bukan dalam perancangannya

mungkin sekali kita tersalah
kita akan ditinggalkan

selamat jalan

kaki masih harus dihayunkan untuk melangkah
tiada apa yang kekal
setiap manusia yang hadir mungkin akan meninggalkan kesan
dalam satu jangka masa
mungkin sebentar
mungkin juga sehingga hujung hayat

terima kasih

besok nak cerita tentang seorang patient.
jika sempatlah. ingat nak basuh baju haha
kalau forcast kata tak hujan

malam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...