20 Aug 2014

maaf



baru-baru ini seorang ukhti mendeklamasikan secangkir puisi sebagai halwa pendengaran kami. dan ini satu-satu yang membuatkan aku tersentuh..

akhwat yang baru dalam hidupku

Akhawat yg baru dalam hidupku.. Ingatkah engkau detik pertama pertemuan kita Tanpa di rancang tanpa diduga Kerana itu perancangan yg Esa
Akhawat yg baru dalam hidupku. Setiap pertemuan jujurnya sangat bermakna bagiku Meyakini bahawa setiap yang singgah dalam hidupku adalah hadiah dr Allah Termasuk lah dirimu, termasuklah stiap seorg dari kamu
Akhawat yg baru dalam hidupku, Aneh sungguh apa yg terjadi antara kita. tempuh perkenalan nyta bukan ukuran Kau menyapa dan meraikn seperti sudah kenal lama Kau menasihati seikhlas hatimu Kau membantu semampu mampumu Kau berkongsi segalanya, tanpa sedikitpun rasa kaku, Kau rela bersama disaat susah dan sempitku Oh,apakah mampu aku memberi sebanyak yg kuterima darimu?
Akhawat yang baru dlm hidupku. Ketahuilah Terlalu byk rompong kekurangan ku Terlalu byk cacat cela ku Pasti ada saja dosa ku terhadapmu, Atas keterlanjuran kataku Atas kehodohan tingkahku Atas kelalaian ku Atas ketidakprihatinan ku Atas... segala galanya Maaf maaf maaf
Akhawat yg baru dlm hidupku. Jzkk kerana menerima ku menjadi sebahagian dari keluargamu Jzkk kerana menerima ku seada diriku Jzkk kerana sudi berlari bersamaku Jzkk kerana sudi tersungkur bersamaku Jzkk kerana dengan hadirmu, kini aku tahu, aku tidak berseorangan
Akhawat yang baru dalam hidupku Segalanya masih di peringkat permulaan.. jauh lagi perjalanan kita banyak lagi rintangan yang menanti di depan Jawablah pertnyaan ku ini, Sudikah engkau bersamaku sampai kehujungnya?
Akhawat yang baru dlm hidupku. Kadang aku risau, akan datangkah satu hari nanti engkau lupakan aku. Lupa detik pertemuan pertama kita, Lupa siapa yg mempersatukn kita, Lupa janji janji kita, Lupa segala yang kita lalui bersama
Atau mungkin kah , aku yg melupakan dahulu.
Akhawat yg baru dalam hidupku. Moga baru tidak kekal baru Moga baru menjadi lama Moga baru berakhir selamanya Moga baru berakhirnya di syurga.
Yang benar, akhawat yang baru dalam hidupmu...

tertunduk nak menangis mendengarkan setiap baitnya. sebab terasa sangat selfish. layakkah aku untuk dimaafkan dosanya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...