16 Aug 2014

Wahn

"Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa.  Mereka tidak (menjadi) lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar."
[Ali imran: 146]

Dalam ayat ni digunakan perkataan wahn. Kalau kita muhasabah. Mungkin kita rasa kita tak terlalu parah dengan penyakit wahn. Fesyen, kosmetik, baju harta benda yang melampau dan seangkatan dengannya. Tapi sebenarnya ia ada tanpa kita sedar.

Bila kita sedih dah risau dianggap pengkhianat atau risau dikata tidak menghormati atau tidak beradab terhadap sesuatu kerana berpegang kepada pendirian. Kita bimbang hilang kasih sayang yang kita ada sekarang. Bimbang hilang kepercayaan.

Itulah wahn. Bila kita serabut fikir. Takut ia hilang.

Maknanya hati kita ada keterikatan untuk melepaskan.

Maka aku berlepas diri.

Mahu bagaimana lagi jika kita dipaksa memilih?

Shiuhhh Shiuhhh *angin sepoi sepoi*

Terluka pipi di ditiup angin

Akukah pemuda manja itu?

Teringat buku yusof nada. Pelik seribu kali bila beliau buat keputusan tinggalkan keluarga nekad meninggalkan tanah air dari cengkaman kuku besi pemerintah mesir ketika itu. Katanya ibu akan dijaga oleh adiknya yang lain. Ayah masih menyara keluarga. Keputusan itu dibuat dan menjadi pelarian.

Sanggup beliau tinggalkan keluarga. Memang hati roti kering.

Terbelek bab 14 muntalaq ciri generasi ta'sis. Kisah tokoh tokoh di dalamnya. Bila refleksi diri. Aku masih belum sanggup. Terlalu banyak kesayangan jika dipaksa untuk ditinggalkan sekiranya kita diuji sebagaimana mereka.

Maka aku berlepas diri. Kembali mencari hamasah. Kuatkan pegangan.

Padahal benda kecil yang takda apa apa pun. Tapi sebab risau sangat tanggapan orang. Hilang kawan. Hilang apa yang kita ada. Bukan mudah menjadi yang bertakwa yang tidak goyah dan patah semangat dan tidak menyerah. 

Mungkin teguran untuk betulkan niat.

Maka aku berlepas diri.

Titik

Salaamun alaikum bima sabartum kata malaikat kepada golongan ulul albab. 




Nota kaki: tepu. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...