16 May 2014

sungai

semalam ditugaskan untuk traveling ke kawasan Kg. M. pagi itu sebelum jam 7 punch card. pergi bersama dua staf. driver dan asistant. rasa panjang sangat perjalanan. dikelilingi hutan-hutan. signal telefon pun hidup segan mati tak mahu, cepat-cepat habiskan bacaan 'odoj' untuk hari itu sebab takut tak sempat update pada rakan-rakan yang lain (ok, kena betulkan niat di situ). lepas itu signal hilang total.

beberapa minit sebelum sampai. driver kata "doktor pakai kasut tak licin kan. kita nak kena rentas sungai. kalau jatuh, jatuh ke bawah, bukan ke atas" cubaan untuk berseloroh. ice breaking.

rentas sungai?



dan yeah. kena naik sampan berenjin. first question. ada buaya tak. dah ada staf yang memang bertugas di KK (klinik kesihatan) M menyambut kami dengan sampan tadi.

kena angkut barang macam dental chair, peralatan dan lain-lain di angkat ke dalam sampan.


bermula lah tugasan di kawasan yang betul-betul district. huhu.orang-orang sini sangat bersih. bersih pemikiran. rilek je mereka. hidup untuk hidup. simple. etnik yang berbeza-beza. bertutur dengan bahasa yang ada faham sikit macam bahasa sarawak, ada yang tak faham langsung apa yang di perkatakan.


sampai waktu tengahari, tanya staf dekat situ, kat mana tempat solat ya? dia macam kelam kabut cakap saya pun tak pasti doktor. pastu macam kesian dia macam gelabah. "takpe saya solat je dalam mana-mana bilik sini" (ada beberapa bilik rawatan) "tahu tak kiblat arah mana? tengok wajahnya dah mula tak tentu arah.. "eh takpe-takpe saya ada kompas."

lepas wudhuk, staf tu dah tolong sapukan bilik tu dan hamparkan kain untuk saya solat.

kesian akak tu. dia sebenarnya pakai tudung, pastilah muslim kan. dan sebelum ini ada bersembang dia dah kerja di sini beberapa lama dah. balik lewat petang setiap hari. rupanya dia tak tahu kiblat dan tempat solat di sini. kesiannya akak ni.

situasi sama pernah berlaku masa di tempat posting sebelum ini. sengaja bawa bekal makan di pantri bersama staf yang lain. bermuayashah. saya tanya "biasanya solat zohor kat mana eh waktu lunch hour?" staf itu menjawab "doktor, dah lama kami tak solat zohor sebab takde tempat nak solat kat sini"

terkesima sekejap.

besoknya saya bawa sejadah solat dalam bilik mesyuarat  bila ia tak digunakan.

baru faham sekarang orang yang macam mana kita sedang face ini. iaitu, orang-orang yang mangsa keadaan yang tidak tahu pentingnya kewajipan solat bagi seorang muslim. perintah solat sebelum perintah hijab. mungkin sebelum ini fokus kita pada orang-orang yang faham sikit. at least solat. dan yang senang dapat ilmu agama di mana-mana.

kalau di sini?

siapa nak selamatkan semua orang ini?

teringat masa daurah dulu, analogi bola besi. jika zaman rasulullah dakwahnya telus kepada orang bukan islam. zaman sekarang, ada beberapa lapisan orang atas dunia ini.


 NM:non muslim.
MB:muslim biasa yang islam atas nama tapi tidak mempraktikkan.
MK: muslim komited. practice islam tapi untuk kebaikan sendiri saja. tidak amar makruf nahi munkar
MD: muslim yang mengamalkan islam sepenuhnya dan segala sudut kehidupan dan mengajak orang lain juga bersama dengannya

macam susah nak cerita tentang islam sebenar jika contoh di depan mata berbeza dari apa yang di momokkan. sebab biasanya orang akan nampak MB dulu sebelum yang lain,

nak taknak memang kena kerja keras lagi. dirumah pun kita sebagai daie di luar rumah apatah lagi di tempat kerja kita adalah daie walaupun kadang-kadang bertarung dengan konflik identiti. tapi kita dah tak ada masa untuk fikir tentang diri sendiri dan konflik diri dah!

sebab umat tengah tenat dan kita masih ada masa fikir tentang tarik tali dengan jahiliah dalam diri. berubah ke tak berubah. mati ke tak mati. buang ke tak buang.

T__T

nahnu duat qabla kulli syaiin. kita adalah duat sebelum dan selepas.

kita adalah duat di mana saja kita berada. hatta makan di restoran, isi minyak kereta di stesen minyak, apatah lagi ketika di tempat kerja. kita adalah seorang daie 

semuanya akan terpalit kepada diri sendiri

nahnu duat qabla kulli syaiin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...