24 May 2014

medan amal baru

Sejak kebelakangan ini asyik terbangun awal. Maksudnya terlebih awal. Biasanya set masa sekurang-kurangnya sejam sebelum subuh ke. Ini pukul 2 atau pukul 3. Subuh 450 pagi. Rasanya waktu macam ini lah yang paling rasa lapang dan tenang. Bila hujan. Matahari, boleh tangguhkan diri sedikit saja waktu lagi. Please.

Hari itu telefon emak.

"Mak, doakan supaya (nama panggilan diri sendiri) istiqamah ikut usrah ya"

"Kan sejak belajar dulu boleh istiqamah"

"Ni istiqamah lain.. doakan tau"

Selalu rasa diri sendiri kurang sangat ilmu. Lebih-lebih lagi isu semasa. Satu hari masa dekat pantry makan petang sebab dah tak ada patient. Ada assistant dan collegue, Ada collegue nonmuslim cakap camni

“sekarang takut nak masuk brunei, sebab hudud”

(dalam hati: o_o camana nak explain dengan berhikmah ni)

“kalau kita tak buat salah tak perlu takut, lagipun dia lagi strict, kena ada saksi kalau bebetul terbukti baru kena”

“yang potong tu medical doctor kan, dia tak pakai GA (general anesthesia) kan.”

“yeke. Tak pakai GA. 0_0. Tapikan dia bukan sesenang je orang tu kena hukum. Banyak syarat juga, kalau dia miskin dan terpaksa mencuri sebab takde cukup makan benda ni kena consider lagi.”

Pastu tetiba dia masuk bab medical doctor punya ethical kalau potong tangan tanpa GA.

Rasa macam fail TT____TT

Teringat masa di tempat lama. Assistant selalu tumpang nak pergi dan balik kerja sebab takda transport. Biasanya selalu pasang m’tsurat pagi dan petang dalam kereta, just nice lah sebelum dan selepas kerja nak baca. Tapi sebab assistant ni iban, takkan nak pasang dan baca sekali. Bukannya dia faham pun. Target, at least dia dapat something sepanjang menumpang kereta dalam beberapa bulan ini.

Paling kecil. Pasang IKIM.Fm. TT___TT tu je yang mampu. Kalau dia dapat sesuatu dia akan Tanya soalan. Bersedia je

As expected.

"Doctor, nak Tanya satu soalan. Hmm.. kenapa lelaki islam tak boleh pakai emas."

(okayyyy. takpernah terfikir dan ambil tahu langsung! ) 

"hmm..tahu tak kalimah syahadah yang mengucap tu. (sebab dia kristian)"

"Tahu"

Orang islam tujuan hidup dia adalah ikut perintah Tuhan dan ikut apa yang rasul cakap dan buat. Emas tu, lambang kemegahan dan kekayaan. Tuhan taknak kita sombong dan rasa megah. kan rendah hati humble tu lebih baik. Applicable untuk perempuan sebab perempuan sifat suka berhias. Tapi lelaki pakai untuk berhias, macam tak sesuai je. Sebab sifat lelaki kan sepatutnya kena gagah dan kuat. Berhias cam perempuan.. tak maskulin kot!

Hahahaha

Pastu berpeluh. Camana nak explain simple dan senang faham. Tak complicated sangat omg.

Pastu beberapa minggu selepas itu

"Doctor, nak Tanya something boleh?"

(there we go again…)

"Kenapa islam kena sembelih."

"Sebab sembelih kena potong vein kan dia buang sume darah yang kotor dalam badan haiwan nak makan tu. Supaya bersih dan di samping baca doa sikit nama Allah. Allah nak kita jaga apa yang kita makan. you are what you eat."

Bukannya tere sangat but.

TT_____TT


Ok bai

nahnu duat qabla kulli syai'in. bukan senang

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...