1 May 2014

mind rant #2

Semasa pengisian qiyam di XXX betul-betul menyentap jiwa juga. Sharing tentang ummu habibah. Ummu habibah ini anak kepada tokoh quraisy terkenal iaitu abu sufyan. Masa itu abu sufyan sangat menentang islam. Ummu habibah dah masuk islam dah masa itu. Dapat bayangkan tekanan yang dihadapinya, dengan kafir quraisy di sekeliling, bapa sendiri lagi lah. Sebab mesti ayah dia stress anak sendiri masuk islam. Kena kutuk orang sekeliling juga.

Keteguhannya itu beliau dan suaminya masih tetap dengan islam. Disiksa, di hina dan ditekan dari pelbagai sudut.

Dan bila keluar perintah hijrah, dia dan suaminya ubaidillah itu di antara first batch yang hijrah ke habsyah bersama dengan jaafar bin abu talib. Di sana mereka bertemu raja najasyi yang berjanji memberi perlindungan pada mereka. Macam mana raja najasyi tiba-tiba setuju ada dalam video umar series. 

Pastu satu hari ummu habibah bermimpi yang suaminya berwajah buruk then dia macam takut dan nak bagitahu suaminya. Ternyata suaminya memberitahu yang beliau dah masuk agama nasrani.
Macam mana perasaan seorang isteri itu, orang yang bersama kita susah senang pastu kena siksa dan dugaan yang begitu berat sekali untuk menegakkan agama Allah and the next day dah masuk agama nasrani.
Dan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Zaman itu zaman sahabat.

Kita? Jangan kita ingat dah ada lama dalam tarbiyah ini kita sentiasa selamat. Takpun kalau terdetik yang dah macam-macam ujian dah kita hadapi takkan nye nak tergelincir. Ujian apalah sangat yang kita hadapi nak banding para sahabat. Tapi tak mustahil untuk kita berpaling tadah memang ada. Untuk kita futur tu memang ada.

Hari itu tetiba macam terdetik tentang tapisan Allah. Macam terfikir sampai tahap Allah nak jauhkan aku dari orang lain sebab taknak aku ni boleh merosakkan kehidupan orang lain. TT____TT padahal. Ihfazillah yahfazka. Allah atas persangkaan hambanya. memandangkan waktu dah free banyak sangat kita akan  fikir benda yang tak patut. auzubillahiminasyaitonirrajim.

minta-minta sangat sangat sangat Allah tsabatkan atas jalan ni. 

Jika kita cakap tentang tsabat. Teguh pendirian. Dan tetap atas jalan ini.

Ada terbaca di satu tempat tapi tak ingat kat mana. Dia kata lebih kurang;

Pergi usrah tiap minggu tapi macam takda hati sangat. Pun dikira tsabat
Bayar yuran tahunan sebab nak jadi ahli tetap dalam jamaah pun kira tsabat
Setiap minggu sibuk ke program-program biasa pun dikira tsabat
Tsabat ke program-program atau usrah jamaah ataupun tsabat dalam perjuangan dakwah dan tarbiyah. Dua-dua pun kira tsabat juga

Cuma, kita nak tsabat yang macam mana. Kita hadirkan diri bila kita ada masa lapang saja. Ia tak lagi jadi satu kehidupan dan keperluan. Dan sememangnya sifat dakwah itu perlu pengorbanan. Ia akan mengambil setiap apa yang kita ada sebab kita kata kita janji dah buat jual beli dengan Allah. dan kita rasa kita tsabat tapi sebenarnya tak buat apape. dakwah dan tarbiyah macam hobi.

Tapi kalau dah duduk jauh camni pastu banyak masa free rasa malas bergerak sebab duduk jauh. tapi rasa macam dah tsabat dan dah cukup baik dah.


Siapa nak jaga kita kalau kita yang berusaha jaga diri sendiri


"Katakanlah, 'Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?'


Iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya."
[al-Kahfi, 18:103-104]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...