29 Apr 2014

takut

hujung minggu yang lepas terasa panjang sangat. sepanjang minggu lepas tinggal di hotel. sebab belum ada rumah sewa. lepas itu, hujung minggu kawan balik semenanjung. tinggallah sendirian di pekan kecil ini. Lepas itu pergi xxx.  lepas itu pergi usrah di miri dan kembali ke xxx untuk qiyam malamnya. dan yeah. ke pekan ini semula. ambil kunci rumah sewa. Rumah kosong. kemas barang. Pasang almari pakaian yang mencabar. Clueless juga nak pasang rak sebenarnya. Kemas kemas. Memang betul-betul mulakan hidup baru.

Tiba tiba dah maghrib jam 630 macam itu. Di sini jam 7 dah sunyi. Kedai pun dah tutup. Tak ada bunyi. Jadi buka semua lampu. Kipas pun bagi bunyi bising sikit. Tetiba rasa macam nak duduk hotel lagi malam itu. Huhu. Yelah, rumah kosong. Baru masuk lepas itu seorang pula.  Tapi kat luar rumah dah sunyi. =_=!!

Macam sedih juga sebab kat sini tak ada kawan. (baru seminggu kut) seorang je rasa. Jika ada akhwat boleh lah tumpang rumah ke. Nak pergi hotel. Dah lewat nak keluar waktu macam ini. Lepas itu takut juga.

Call mak. “Mak takutlah duduk seorang dekat rumah yang tak biasa lagi. Tak boleh tidur.” Mak suruh check pintu dah selak dan kunci ke. Cek dapur. Suruh beli torchlight dan lilin kalau blackout ke apa (sebenarnya dengar suara ayah yang suruh kat belakang suara mak itu)

Pastu whatsapp group usrahmate di miri. Tak boleh tidur. Tak biasa dengan rumah ini. Dah lah sesorang. baru faham perasaan usrahmate dulu pernah mengalami perkara ini juga masa beliau terpaksa tinggal sendirian, zauj outstation. Macam-macam pesanan diberi. Buat pendinding baca albaqarah. Ayat kursi.

Dan tertidur semasa baca al baqarah -_-! Besok pergi kerja sakit kepala. Haha tapi lebih bersemangat! Sebab terjumpa ayat dalam tengah baca maksud surah itu. tentang penciptaan ALlah dan setiap benda dibawah penguasaanNya. termasuk angin, awan hujan petir. semuanya, termasuk hati dan pergerakan makhlukNya. jika Allah kata kunfayakun, then benda itu akan jadi. jika tidak, maka tidak.

Patutlah banyak kali owner rumah tanya okay ke seorang malam ni. Huhu. Habis itu, takkan nak tumpang rumah pula. Ngee.

Pengalaman. Sebenarnya rasa diri sendiri seorang yang pemberani. Tapi rupanya takut itu ada juga.

ayat odoj semalam: 

Sesungguhnya orang-orang yang berkata,” Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), “janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan gembiralah kamu dengan memperoleh surga yang telah dijanjikan kepadamu”

Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya (surga) kamu memperoleh apa yang kamu minta. (fussilat 30-31)

Murabbi pernah kata, rasa takut itu banyak kali Allah sebut dalam alquran. Maknanya perasaan takut memang fitrah seorang manusia. Tapi lepas baca ayat itu rasa macam. Okay Allah jaga insyaAllah. Kalau bebetul tetap pendirian dan yakin.” Tuhan kami adalah Allah”

Sebenarnya masa malam itu, terfikir. Kalau sendirian dalam kubur yang gelap mesti lagi takut. Kalau bayangkan di Palestine Syria yang takda elektrik lepas itu kena tinggal family seorang kat dunia ini tak dapat call sesiapa pun. Mesti lagi sedih dan takut.

sekurang-kurangnya kita rasa ada orang yang kita boleh bergantung. Tapi jika takda, memang tiada apa lagi Allah satu-satunya tempat bergantung. Bila orang yang diuji dengan benda macam ini, sebenarnya Allah membersihkan pergantungan mereka. Hanya padaNya.


Dengan berkata “Tuhan kami adalah Allah” lalu meneguhkan pendirian mereka. tsabat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...