17 Aug 2013

kenangan yang tidak dikenang

malam itu aku jemput kawan-kawan terdekat. masak nasi tomato banyak untuk pertama kali. gasak lah rasa apa agaknya tukang masak amatur. sebab nak jumpa sebelum balik ke kepulauan borneo. kawan-kawan sekolah kawan-kawan uni.

mak dan ayah dah kata nak bagi can luang masa dengan kawan-kawan tapi tak sangka diorang lepak di dapur je sepanjang kawan ada tu.

lepas solat maghrib gelabah ayam nak bersiap, capai baju oren dan skirt coklat, membayangkan tudung matching. memang dah ready baju itu. tapi tak jadi. teringat ada beberapa kawan lelaki yang akan datang. capai baju kurung warna paling sederhana, coklat hijau tua. tudung sarung pinjam mak punya. paling sederhana. tabarruj (berhias) berlebihan nanti jadi lain pula. fikir;


Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,



“Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”


jauh lagi. tapi kita cuba ya.

nota kaki: tentang ini bagi aku, bukan kita tak boleh berhias langsung. tapi tengok keadaan dan situasi. kalau orang datang rumah kita. kompomlah kita akan jadi tumpuan kan. kalau boleh bersederhana. kurangkan. supaya tak ada panahan syaitan pada orang yang melihat.

kalau biasa-biasa. rasa macam orang tak pandang kita pun. tak apalah. kena sederhana juga.

-----------

duduk semeja makan tengah suasana;

"ingat lagi dulu si arip pernah datang sini (rumah aku) seharian. pastu dia dah kahwin dengan orang lain dah sekarang." kata mija tetiba.

"entah aku taktahu. diorang ni misteri sangat dulu" sambung kay

aku tunduk senyum sebaris. tahan rasa.

dalam hati nak luah 

"aku dah jemput orang lain juga tapi takda siapa boleh datang masa tu."

bukan aku berahsia. tapi memang rasa tak kena masa itu. nasib baik ada kak suhaya dan mija boleh layan. aku bolayan sekali sekala sebab tak reti. tapi aku layan juga :( ahhh kisah lama. tapi bila ingatkan balik. ada sesuatu yang kita nak lupa bila kita rasa salah. ada benda yang kita boleh buat lesson dan nak hapuskan terus dari ingatan taknak jadi kenangan. malu dengan diri sendiri, malu dengan Allah, malu dengan manusia. 

tunggu aku. 3 tahun mungkin cukup untuk menjadi seorang yang bersedia untuk apa saja.

doa untuk jadi lebih baik
nukilan kenangan,
kobis bunga

7 comments:

Lelaki said...

insyaallah.

anamizu said...

cuba berubah. inshaAllah.

hansuke said...

selalu datang ke sini, tapi setiap kali click link, "for private invitation only" kata bloggers. hm..arini baru bole balik, yeay! :)

sape kobis bunga?

hansuke said...

p/s: love the music. i think it suits what i'm feeling rite now..

NorAthina said...

tersirat sangat kak yana, lama saya nak hadam untuk faham nih :P

he ^^'

Liyana said...

lelaki: ameen

anamizu: insyaAllah..

hansuke: long time no see u. rahsia haha

athina: sangat ke? haha

Anonymous said...

Kenapa Borneo?...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...