6 Mar 2013

perbaharui perahu

seorang bertanya tentang apa yang saya buat waktu usrah. ini tidak mengingatkan saya apa yang saya buat di situ, tapi kenapa saya pergi usrah. simple saja.

untuk membentuk diri sebagai indivividu muslim

ciri-ciri individu muslim

seorang muslim yang profesional. nama muslim di hadapan siapa jua kita. muslim yang bekerja sebagai doktor, muslim yang surirumah atau muslim yang bekerja sebagai jurutera

membina diri itu perlu didikan.

kadang-kadang kita tak begitu adil dengan waktu yang kita ada. waktu kita berikan buat kerjaya, pelajaran, rehat dan waktu peribadi di nisbahkan dengan waktu kita untuk mendekati atau mempelajari ilmu untuk lebih mengenalNya berapalah agaknya dalam satu minggu atau satu hari




mungkin faktor waktu kadang-kadang boleh melemahkan semangat, membuatkan rasa menjadi tawar dan hati menjadi semakin kering. pengharapan hanya pada pengisian-pengisian yang membasahkan berbanding keikhlasan untuk mendengar

harus perbaharui niat sepanjang waktu.

"perbaharuilah perahumu kerana lautan itu sangat dalam"

kerana kita manusia 
masih manusia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...