27 Feb 2013

ketukan

bismillah..

sekarang sedang menuju ke tempat muna.. di shah alam. ada atas tren. rasa gembira tak terkira. cabaran menjadi anak perempuan sulung ini membutuhkan kesabaran dan kehendak yang tinggi. bukan senang nak keluar macam ini untuk dapat 'sesuatu' (pengisian jiwa). susah nak untuk dapatkan kebenaran keluar dan fahamkan keluarga tentang betapa pentingnya usrah yang bagaikan makanan buat kita yang bukan cukup kuat dan kental imannya.

pesan murabbi. tarbiyah dzatiyah saja yang dapat kuatkan kita. muna pesan solat hajat supaya Allah mudahkan urusan.

sabtu lepas. pergi ambil barang yang di shipping dari bandung. 40 kg. buku-buku d&t sepanjang disana dan buku-buku dentistry. buku dnt agak murah di sana. jadi adalah beli sikit untuk diri sendiri. terkejut sangat melihat kondisinya

(nak letak gambar tapi tak reti pakai fon)

kalau tak ada label nama, mesti dah tak kenal dah kotak tu.

kemudian singgah makan di kg. baru. makan dengan ayah, mak dan adik perempuan. dah dua minggu hilang selera makan. adik perempuan kate bajet sebab makan sedikit. tapi ini betul-betul serius. mana ada orang tak selera dengan makanan di malaysia. semua makanan sedap. potensi untuk tembam dalam masa dua minggu memang tinggi. tapi dah dua minggu sakit perut dan adalah juga simptom simptom lainnya. sempat cubit pipi adik perempuan sebab kata orang bajet.

masa tengah makan terdengar ada orang macam tengah sharing. suara lelaki. saya membelakangi orang itu. jadi tak nampak lah kan. macam rare kan orang sharing dekat kedai makan kecuali dengan akhwat. bila dah nak balik macam sekilas pandang, orang salah seorangnya perempuan tak bertudung, rambutnya agak keperangan.

tetiba rasa macam tak sangka. orang yang bersharing itu tak seperti dibayangkan. jika Allah nak beri kebaikan kepada sesiapa pun boleh. tanpa kita duga siapa pun orang itu. dan kita bukan sebagai hakim pun. dan mungkin yang orang kita nampak belum benar-benar amalkan islam sepenuhnya sebenarnya Allah dah janjikan syurga mungkin belum masanya untuk diketuk hidayah. dan amalnya lebih ikhlas dari kita..

kita tak boleh perasan sangat.

hati kecil gembira sedikit sebab dia mendengar. saya harap sangat perempuan cantik itu nanti dibukakan hatinya. kebaikan dah sampai. sebab ada orang sudi sharing dan beri kebaikan. cuma hidayah itu atas kuasa Allah. semoga Allah bukakan hatinya. orang yang sharing itu saya nak anggap itu abangnya atau suaminya.

teringat semasa di bandung. kita tak bole expect setiap orang itu bagaimana sebab kadang-kadang kita boleh tengok orang yang sangat seksi tapi tak tinggal solat. ada banyak kemungkinan kalau di sana. tak tahu atau dah biasa sangat situasi macam ini sampai tak kisah etc etc. akhirnya semua kemungkinan akan berbalik atas Allah juga.

...

hari ini dah buat test darah untuk test sebab sakit perut yang lama ni.

diri dialam realiti mungkin jauh berbeza dari diri kita yang sebenar. tak boleh nak expect banyak sangat dengan tulisan seseorang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...