11 Mar 2013

bandung

aku sekarang berada di bandung. bukan sebagai mahasiswa, tetapi sebagai pelancong =p. betapa aku merindui bandung. bukan pada kotanya, atau gaya hidup, atau fakulti. pastinya adik-adik.

melihat wajah-wajah mereka ketika ISK tempoh hari berbeza berbanding sharing dengan adik-adik di msia. ekspresi dan tingkah juga pastilah berbeza.

mengingatkan aku sendiri juga, ketika baru datang ke sini dengan mindset dan kebimbangan datang ke negara yang kita dengar dengan pelbagai kekurangan. ketakutan atas apa saja yang bisa kita akan hadapi. paranoia.

mungkin itu yang kurasakan perasaan kita sama.

mungkin. bias.

bertemu dengan adik-adik ansarullah juga mengubat kerinduan. jika aku masih punya waktu. mungkin aku akan berada di sini lebih lama.

mengingatkan kembali isi ISK itu sendiri. tentang matlamat hidup. dan tujuan usrah itu sendiri. bukan untuk dilihat baik dan bukan untuk orang-orang baik. tapi untuk orang-orang yang ingin memperbaiki dan ingin menjadi lebih baik.

bila diputarkan lagi pada tahun 2008, aku datang dengan jiwa yang kosong. jika kita terlalu bergantung kepada sesuatu selain Allah, dan jika sesuatu itu hilang meninggalkan kita, ia akan menjadikan hati kita kosong. dan fitrah manusia itu, kebergantungan terhadap sesuatu.

oh, berkesempatan berjumpa dengan supervisor thesis. :')

seorang 'ibu guru' yang berleter bila perlu (tidak perlu pun berleter juga), menasihat bila dibutuhkan dan memujuk bila down bacteria mati berkali-kali. :')

***
semoga terus tsabat adik-adikku

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...