12 Mar 2013

kasih sayang

saya menulis ini di atas kapal terbang. duduk bersebelahan dengan anak dan ayah berbangsa cina. melihatkan mereka jelas menunjukkan ayahnya begitu menyayangi anaknya. cara layanannya dan sekarang anak itu tertidur di pangku ayahnya itu.

kalau kita lihat kasih sayang yang ada didunia ini yang terlalu lalu banyak dan luas. kasih sayang antara ibu dan anak kucing, manusia, sahabat, semuanya jika ia dicampur. ianya hanya satu daripada jumlah kasih sayang Allah tak terhitung.

satu ayat dalam surah assyura tentang betapa banyak dosa yang dilakukan oleh penduduk bumi, hingga dibayangkan langit hampir pecah menandakan betapa teruknya penduduk bumi, namun Allah memerintahkan malaikat berzikir untuk meminta keampunan bagi penduduk bumi.

betapa kasihnya Allah kerana Dia tahu, manusia kadang-kadang terlupa kan. seperti seorang ibu yang marah anak berbuat salah tapi tetap memaafkan.

refleksi diri.. dalam seminggu, untuk beberapa minit duduk untuk mengingati Allah pun masih berkira sebab kesibukan dunia. walhal, hidup di akhirat nilainya infiniti berbanding dunia.

jika hendak ikutkan amalan kita belum tentu cukup untuk layakkan kita masuk syurga. tapi jika bukan rahmat dan redhaNya, memang takkan layak.

mati itu pasti. bagaimana, bila, di mana wallahua'lam. tapi sediakah dengan bekalan yang benar-benar mantap.

semoga kita tak lupa untuk mencari redhaNya setiap apa yang kita lakukan setiap hari.

awas apabila kita merasa cukup dengan diri. cukup baik dan cukup sempurna.

tiada manusia cukup mulia dan cukup sempurna selain Rasulullah.

tak salah cuba ikut 'yang sempurna', asal diri tak rasa cukup sempurna

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...