17 Sept 2011

teruskan larian



sebelum ini saya selalu berlari sampai ke satu kawasan perumahan yang gah dan cantik seperti istana. setiap hujung minggu, atau waktu pagi jika tiada janji temu dengan patient pagi. mahu meningkatkan stamina. (qawiy jism-muwasafat tarbiyah hey)

ini bukan jalan ke kawasan perumahan yang gah dan cantik seperti istana (kredit)

lama kelamaan terasa seperti mahu berlari lebih jauh lagi. jadi saya setkan matlamat untuk berlari sepanjang jalan dago, di tengah kota bandung. matlamat ini tertimbul apabila menaiki angkot untuk pulang ke rumah dari super indo pasaraya terkemuka di indonesia untuk membeli barangan keperluan memasak di rumah. angkot itu melewati (melalui) sepanjang jalan dago.

oleh itu, saya harus berlatih teruskan berlari sampai ke kawasan perumahan yang gah dan cantik seperti istana, sampai saya rasa stamina dah cukup bersedia untuk lari sepanjang jalan dago pula.

dan, cuba teka. sebelum bulan ramadhan yang lepas. satu pagi ahad, keluar rumah jam 6 pagi. saya berjaya menghabiskan perjalanan pergi dan pulang! sampai rumah dalam lebih kurang jam 7.45 pagi. sempat singgah di gerai nasi uduk, membeli nasi uduk dengan sambal telur yang berharga enam ribu rupiah. untuk menggantikan kalori yang telah terbakar -_-"

dan, cuba teka lagi. sekarang saya sudah tidak berlari lagi. sebab dah tercapai matlamat itu!

-_-"

dan sebenarnya, matlamat berlari sepanjang jalan dago bukanlah satu matlamat yang begitu tinggi untuk dicapai.

macam boleh kaitkan dengan matlamat diri kita sekarang. kita akan berusaha berhempas pulas untuk mencapai matlamat hidup kita. bila sudah tercapai, kemana agaknya hala tuju kita?

"buatlah matlamat baru".

sampailah kita menghembuskan nafas terakhir.

semestinya kita mahu hidup kita bermakna kerana hidup di muka bumi Allah ini hanya sekali. adakah matlamat hidup kita sudah cukup tinggi untuk dicapai, sehingga apa yang kita lakukan itu, benar-benar bermakna dan memberikan bekalan untuk kehidupan kita di akhirat nanti.

dan jika matlamat kita tak begitu tinggi hingga bila tercapai kita akan teruskan hidup untuk mengahabiskan sisanya tanpa rasa, lesu dan tidak 'hidup'.
macam saya, bila dah tercapai berhenti berlari. -_-"

atau adakah hidup kita ini tiada hala tuju hinggakan kita hanya menunggu apa yang akan berlaku di kemudian hari. kerana kita belum nampak penghujung yang pasti.

kredit
makanya, harus fikir kan bukan nanti, atau esok lusa, atau suatu hari nanti. tapi, sekarang! anda mampu mengubah cara hidup anda. ce


p/s: macam tergantungsebabdahtakdaidea. sebenarnya post ini tidak mencapai hadaf yang sebenar sebab bila sambung tulis sudah hilang idea. tak mampu tulis satu post panjang dalam waktu yang sama. harus tulis separuh. sambung tulis di lain kali. masaku ibarat air yang mengalir. hu

2 comments:

arissa myana said...

salam yana

tringt cerita kamu ttg larian ni
dan heee ^^, mcm boleh baca apa yg kamu cuba sampaikan...

jalan masih panjang
usah berputus asa
selagi nyawa tersimpan
pandanglah ke depan
yang lalu, biar berlalu
jadikan pemicu kalbu **,

smoga terus kuat!
get enuf rest n do ur best, may He'll help the rest of ur daily routines (plus ur bacteria 'planting' thingy, dear)

jaga diri, love.

Liyana said...

muna: huhu~ wsalam wbt

haaa tu la. separuh penulisan dan kena berhenti, bila nak sambung, dah tak ada idea. hihi terima kasih kerana memberi komen! haaa itulah yang saya maksudkan! plus, macam dalam muqaddimah ISK juga. biarlah matlamat kita tu yang paling tinggi iaitu nak redha Allah. supaya apa pun yang kita buat adalah ibadah dan kita takkan buat sesuatu yang diluar syariat Allah kalau kita tahu tujuan kita itu untuk redha Allah semata. nak tambah-tambah lagi pun boleh

tq love! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...