23 May 2011

rumput



satu pagi aku keluar berlari. kurasa stamina diriku menurun dengan mendadak sejak kebelakangan ini. tidak lagi begitu aktif berlari lagi-lagi di department exo (cabut). sangat memenatkan, pulang sudah pasti pengsan.

sambung semula. satu pagi aku keluar berlari di kawasan perumahanku. di samping menghirup udara segar. ingin sekali aku mengeksplor di kawasan aku diami.

aku berlari sampai ada satu simpang. aku ambil jalan ke kanan tanpa berfikir ke mana arah tujunya.

hingga otot setiap anggota yang menjalankan proses respirasi anaerobe merembeskan asid laktik dan menyebabkan aku rasa sangat penat dan tidak selesa. aku berjalan. hilang punca di mana aku ketika itu. aku berjalan menuruni satu selekoh jalan kecil menuruni bukit. 

dan

ada pondok jaga yang besar. di dalamnya ada jalan yang lurus di kiri kanan dengan pokok rhu di sepanjang jalan. aku mahu kesana.

kulemparkan senyuman pada pakcik jaga. tiada soalan di aju, bimbang jika di tahan bertanya itu ini. aku teruskan larian. 

betapa..tenangnya.

batang rhu yang tinggi dan redup di sepanjang jalan memberi teduh. udara dingin yang mendamaikan.

bunyi burung-burung bekicau. dan sampai satu saat aku temui beberapa rumah yang begitu gah. kuteruskan lagi perjalanan. beberapa lagi rumah-rumah yang begitu indah struktur binaannya. semuanya dengan pelbagai jenis architecture unik.

bunyi air terjun binaan landskap seperti mini garden. subhanallah kuperhati satu persatu.

indah. 


padang rumput yang luas dan hijau. menyejukkan mata. 

sucikanlah nama Tuhanmu yang maha tinggi
yang menciptakan lalu menyempurnakan ciptaanNya
yang menentukan kadar masing-masing dan memberi petunjuk
dan yang menumbuhkan rerumputan
lalu dijadikannya rerumput itu kering dan kehitaman
[87:1-5]

setiap satu persatu ukuran rumput Dia tahu
jarum-jarum dedaun pohonan rhu di sepnajng jalan
udara yang dihirup setiap manusia. dipastikan tiada udara berbentuk garam sejat dari lautan
begitu juga isi hatiku yang kubawa kemana-mana ini..
segalanya di bawah pengetahuanNya
SEGALANYA!

jika raja semut sudah berasa bangga dengan pemerintahan dan berapa ramai tenteranya. dan kita memandang semut-semut dari atas, sudah dirasakan betapa kerdilnnya semut
dan kita, jika sudah berasa begitu tingginya darjat atau kedudukan yang kita ada, Dia di atas sana yang mengetahui segala isi bumi atau luarnya yang diketahui ataupun tidak diketahui, memandang kita manusia yang begitu kerdil ini

apalah adanya

tetapi. jika difikirkan lagi
betapa penyayangnya DIa.
merendahkan dirinNya untuk menawarkan kasih dan cinta buat si hamba.

subhanallah...

aku teruskan berjalan. tetiba seseorang yang menggilap kereta di depan rumah tidak kurang seperti istana menegurku "neng (cik), depan tu jalan mati" *senyum*

aku patah balik. 
dan tiba-tiba...
peluh dingin

masalah. 

jalan-jalan yang kulalui selagi belum sepuluh kali aku lewati, payah untuk kukuh melekat dalam kotak memori

masalah. 

aku sesat

lagi

p/s: takziah buat mangsa tanah runtuh. takziah juga buat keluarga ustazah yoyoh yusroh. 
innalillahi wainnailaihi raajiun

2 comments:

arissa myana said...

deep.

syukur smpai di jalan itu, ada yg menegur ----> dead end <-----

jauh kita 'berjalan' dan 'mengembara' dalam hidup. perhentiannya banyak dan memukau sampai2 kita lupa destinasi 'perjalanan' kita sbnarnya.

Allah huAlam.

on the surface, hey, masalah sesat kamu masih belum membaik ya? haha ^^

mish u sis

Liyana said...

realitinya, tiada jalan yang kekal indah kecuali di 'sana.'

harus dengar nasihat kamu, sentiasa bersama mereka yang soleh supaya tak tersasar eh..teruskan juga biapun berjalan mahupun merangkak!

mis u more!

haha cemana nak pulihkan penyakit sesat ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...