19 Sept 2011

situasi

biar sendiri, asal comel! [kredit]

situasi 1

aku masuk ke bilik bahagian periodontic, di situ doctor yang bertugas memantau kerja kami sedang duduk di mejanya, status pesakit di hulur. mahu diusulkan pesakit itu dilakukan bedah. beliau membaca satu persatu.

memberi penerangan tentang diagnosis dan lain-lain,

"pulang ke Malaysia nanti, harus sudah tahu semuanya. saya pasti akan berbangga sekiranya kamu lebih hebat dari saya. 

ingat ini sehingga kamu bertemu Tuhan.(mati?)"

Dr I, anda sangat memberi inspirasi!

situasi 2

gadis bertudung litup: ada alcohol?

aku: ada, dalam drawer

*sambil alcohol diberi dan tidak memandang wajahnnya kerana sibuk membaca.

gadis bertudung litup: terima kasih, semoga segala amal ibadah di terima Allah

aku mengangkat muka, melihat kelibatnya berlalu, sempat menoleh dan tersenyum.senyumnya dibalas.

aku kenal kehangatan senyumnya, terasa 'keterikatan itu' kerana kita punya visi dan misi yang sama atas muka bumi ini.

situasi 3

di bahagian oral  medicine (OM), sambil menunggu doktor. aku duduk di meja kaunter bahagian. pakcik yang menjaga bahagian itu memulai perbualan kami dengan soalan yang agak jarang kita-kita sering guna sebagai pembuka

pakcik bahagian OM: sudah menikah?
aku: belum
pakcik bahagian OM: kapan mahu menikah?
aku: belum tahu
pakcik bahagian OM: sudah ada calon?
aku: belum cari
pakcik bahagian OM: cari sekarang, nanti habis belajar senang. langsung aja.

krikk krikkk krikkk *bunyi cengkerik*

aku: anak pakcik berapa orang?

sudah tahun 5 rupanya. satu tahun saja lagi.
semoga baby (bacteria) hidup hari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...