16 Aug 2011

satu



hari jumaat saya ambil cuti sendiri untuk persiapan seminar awal thesis buat hari isnin. sebab sabtu dan ahad tak available. makanya petang itu, alang-alang pergi hantar dobi, saya pergi print dan photostat salinan draft thesis untuk lecturer yang akan hadir pada seminar awal tersebut. perbualan dan mimik muka makcik fotostat boleh bayangkn sendiri

"teh (kak), 3 kali salinan dan di binding semuanya ya, cover biru"

*bermuka cuka* "jadi berapa berapa salinan?"

saya ulang kembali ayat saya di atas.

melihatkan jam, saya juga tidak mahu tunggu. sebab dah janji nak pergi beli air tebu di bazar simpang dago.

"okaylah, saya ambil esok pagi."

*sengih* ''ha, baguslah lagipun dah nak tutup."

"okay, pukul berapa kedai buka esok"

"ooohh jam 7 dah buka"
*confident*

makanya hari sabtu, setiap salinan akan diberikan kepada lecturer beserta surat jemputan seminar awal kan. pagi ada patient makcik gigi palsu, dan cuba teka..

kedai tersebut tutup

dengan riangnnya.

laaa haula wala quwwata illa billah...

stunt sekejap. padahal waktu itu dah pukul berapa.
berpeluh-peluh. hey, orang nak salinan itu sekarang. bukan ahad. apatah lagi isnin.

dah tak boleh buat apa. selain balik rumah, print balik. fotostat dan binding balik di kedai lain.

memang lah hangin satu badan. tapi sebab ada patient dah tunggu, pastu tengah berpuasa. tak jadi nak mengamuk. buat penat je.

dah lah lambat setengah jam. patient itu tunggu. kadang-kadang itu rasa agak frustated bila kita dah plan dan ready, tetiba ada masalah di saat akhir. dan tak smooth seperti yang kita jangkakan.

tambah-tambah dengan insiden masa rawat makcik gigi palsu yang mencucuk kesabaran jugak

kadang-kadang itu, rasa macam teringin sangat-sangat nak membalas sesuatu yang kita tahu boleh sakitkan hati orang, puas hati.

dan kita tahu Rasulullah junjungan kita ada kata "berkata baik ataupun diam"

dan kita tahu juga, lidah lah anggota paling mudah masukkan kita ke dalam neraka.

dan kita tahu masa sekarang tak ada syaitan yang boleh mengapi-api kan kita. yang ada, hanya diri kita sendiri.

dan kita tahu ketika ini lah masanya untuk kita melatih diri supaya lebih lebih lebih bersabar

“Puasa adalah perisai. Maka janganlah dia berkata-kata kotor dan berbudat bodoh. Apabila ada orang lain yang memerangi atau mencacinya, hendaklah dia katakan, ‘Aku sedang puasa’ (dua kali). Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah ta’ala daripada bau minyak kasturi. Dia rela meninggalkan makanan, minuman, dan syahwatnya karena Aku. Puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya.”  
(HR. Bukhari dalam Kitab as-Shiyam)

aku sedang puasa

aku sedang puasa

ya, saya kurang sabar.

masih belum mengimani sifat Allah yang ini [kredit]
TT______TT

2 comments:

arissa myana said...

benda lain mmg boleh tolerate kcuali tang thesis... hehh..

Allah huAkbar
baru tahu kan, bukan sng nak sabar.

mulut cakap cepat n ringan aje ;p

boleh nk defend/present bln 9 ni?
(sje tnye kasi tensi hehe)

love u yana

smoga ALLAH mudahkn urusan dan bri yg trbaik di sisiNYA utk kamu, selamanya,... inshaALLAH

loove.

Liyana said...

anda,

bukan senang nak sabar.. betul sangat. sebab itu harga sabar Allah akan bayar tinggi nilainya kan. sebab Dia tahu, susah nak buat.

tak tahu boleh ke tak. baru nak start ternak bacteria ni. ada masalah sikit here and there dengan experiment, extract etc etc. but kun fayakun kan. pray for me..harapnya semua berjalan smooth and steady. insyaALLAH..

love u more!

rindu sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...