16 Aug 2011

dua

ahad, lepas program selesai. petang itu, berkejaran untuk pulang ke bandung. waktu itu langit dah tunjukkan tanda-tanda senja. tak jadi naik transporter bersama yang lain sebab ada masalah. rasa dah bercampur. saya dan F (sahabat seliqa) yang tertinggal. cepat-cepat ke tempat tunggu bas. tetiba ada seseorang dari jauh seperti terkumat kamit, sengih-sengih beri flying kiss. compang camping pakaiannya. bercermin mata hitam. melemparkan sesuatu mengenai kami berdua. tak pasal-pasal. -_-". terkejut. nak marah pun tak  boleh sebab orang sakit jiwa. kasihan.

bas tak ada di terminal.

gelabah sedikit

harus balik sebelum terlalu gelap. wajib balik sebelum besok.

tetiba nampak bas yang dah berlalu. bas terakhir. tak sempat nak kejar. alternatif lain, angkot.

naik empat angkot untuk sampai rumah. dari hujung ke hujung  route setiap angkot. kami berdua solat dan berbuka ketika perjalanan. roti yang dibeli sebelum bertolak.

ini betul-betul mentarbiyah diri ini yang terlalu banyak kekurangan. terlalu banyak. kucuba mengarah diri supaya berfikiran paling baik dan bersabar paling baik dan mulut tidak merungut. membaca al quran supaya mengungkapkan perkara yang paling baik.

turun dari angkot terakhir. seluruh jasad rasa sangat-sangat penat. perasaannya seperti melayang dan kaki sangat-sangat berat melangkah. tiada kata-kata yang mampu aku ungkap. kerana jasad terlalu letih.

sampai saja di rumah bersihkan diri dan solat. makanan berbuka juga tidak terjamah. apa yang aku perlukan hanya tidur pada ketika itu.

manakan tidak, malam sebelumnya aku tidur 3 jam sahaja. malam sebelumnya juga lebih kurang. mujur fizikal cergas ketika program.

bangun sebelum sahur. hari itu present seminar awal thesis. touch up sikit slide sebelum itu.
pada ketika itu, aku  berdoa dan berharap Allah berikan magic dan bantuanNya. seriusly. nervous pun iya. tapi alhamdulillah selesai dengan sederhana. puas hati.

apa yang aku fikirkan. betapa kuat para sahabat terdahulu. selepas selesai satu urusan, tetap menyambung urusan lain, ibadah yang maksimum setiap hari tidak ketinggalan. menangis keranaNya.


bagaimana mereka boleh menjadi begitu tegar dan kuat. kata seseorang, tergantung tahap keimanan mereka. jika begitu betapa tingginya tahap keimanan mereka. besarnya harga yang harusku bayar jika itu yang aku mahukan. jika aku betul-betul mahu seperti mereka, bersama Rasulullah di syurga.

dhaifnya diri ini, terlalu rendah. terlalu banyak perlu diperbaiki. hati penuh noda. airmata aku lebih banyak tumpah keranaNya atau yang lain. mudah memaafkan diri jika berbuat silap.

Allahu..

Dia masih beri peluang untuk bernafas dan meneruskan hidup, betapa besar kasihNya pada hamba yang satu ini.

The Prophet said, “No fatigue, nor disease, nor sorrow, nor sadness, nor hurt, nor distress befalls a Muslim, even if it were the prick he receives from a thorn, but that Allah expiates some of his sins for that.”
Sahih Bukhari, Book 70, hadith no. 545

besar sekali cinta yang satu itu.

ramadhan kali ini benar-benar mengajar sabar
sabar dalam marah
sabar dalam susah
sabar dalam sedih

selain taqwa, aku ingin sekali punya sifat..
muslimah yang sebenar-benarnya

2 comments:

arissa myana said...

salam yana...

lme sgt x berbalas emel.
skrg tahu kenapa...
though rasa ketinggalan, tpi tahu, mungkin sy hnya sibuk dgn diri sndri saja...
astaghfirullah.

kamu sgt bz dgn semua prkara besar di sana...
saya doakan semuanya baik2 aja buat kamu...
semoga ALLAH kurniakan rezeki yg trbaik dri sisiNYA utk kamu.. **

siyess rindu.

Liyana said...

wsalam cik imut,

dah cek mail saya tulis panjang lebar before keluar semlam. asif jiddan yea sebab lama tak update :S

saya takut sangat kalau niat terpesong. walau sedikit. nauzubillah..

moga semua amal kita diterima. terima kasih munmun untuk semuanya. semoga Allah balas balasan yang paling baik

xx

:-*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...