8 Aug 2011

hutan

gambar hiasan (kredit)

seorang ibu yang setia menghantar anaknya bertemu aku untuk dirawat. kanak-kanak. biasalah. caries kecil-kecil dan gigi sulung yang perlu dicabut. setiap minggu selepas habis sekolah. lama-kelamaan hubungan kami semakin baik. 

kerana ingin tahu di mana mereka tinggal, mana tahu boleh cari patient lain untuk case yang lain (ya, memang di sini kena cari patient sendiri, perlu patient cabut gigi lagi 20 lebih gigi. -_-! ).selesai kerja hari itu, tegar mahu melawat rumah mereka.

kami menaiki satu angkot hingga ke simpang jalan dago. kemudian tukar angkot lain yang berwarna hijau. tak ingat nama angkot itu. pastu perjalanannya sangat panjang hingga ke hujung jalan dago atas. naik ke bukit. jalan macam jalan pergi ulu yam. jauh dari kota. tiba-tiba angkot berhenti.

mereka bayarkan tambangku. tak sedap hati. "eh ibu, ga usah. saya bisa bayar sendiri"

"gapapa..biar mahu ke sini lagi" (tak apa, nanti boleh datang lagi)

mereka turun. aku ikut sama. "disini rumahnya?" tanyaku. ada dua tiga rumah di depanku. yang lain, semak samun.

"belum. masih kedalam"

aku ikut mereka masuk lorong kecil di antara dua rumah di depanku.
kami berjalan melalui denai yang berliku-liku. lalu, melintasi satu jambatan yang dibawahnya ada parit. di sekeliling hanya ada pokok-pokok tinggi. bunyi unggas dan cengkerik memenuhi ruang. bukan seperti yang aku bayangkan.

hey, ini hutan. terasa macam masa zaman kecik-kecik dulu arwah mokwo bawa masuk kebun di kampung sebelah kelantan.

satu kawasan pokok renek, ada lembu putih sedang makan rumput.

"eh lembu." sepatutnya sekadar monolog dalaman tapi terluah. bukan sebab pelik tengok lembu. tapi lembu itu putih keseluruhannya macam lembu albino. ya, agak jakun sedikit disitu.

"ya neng (cik), kalau siang dilepas di sini". ibu itu memberi penerangan.

kami masih berjalan. di sebelah kiri dan kanan ada kolam paya. ada teratai satu dua kuntum. ada ikan. denai itu agak kecil. kalau tergelincir. mahu termasuk paya. aku jalan dengan berhati-hati. takut licin.

"ivo selalu mancing kat sini."

"oiya? ada ikan ke?"

"adaa..ikan kecil. tapi dia lepaskan."

terus ada satu bangsal di dalamnya ada lembu yang gemuk dan besar sedang makan. ada seorang nenek tua di situ bagi makan lembu. "$%^**^^%%$^^" kata ibu itu dalam bahasa sunda.macam "hai, bagi makan lembu ke?" nenek tua itu menjawab "haah..bagi gemuk. nanti boleh sembelih untuk lebaran nanti" tersengih menampakkan gigi dua batangnya (aku agak je conversation macam ini sebab tak faham bahasa sunda). aku membalas senyum

masih belum sampai. "ibu, setiap hari ivo pergi sekolah lalu jalan ini ke?"

"haah, tapi pagi ayah dia hantar masa nak pergi kerja".

jika aku berjalan, sampai sekarang masih belum sampai. pukul berapa agaknya mereka keluar rumah setiap pagi.

melewati tanaman pisang, padi, rumah-rumah kampung sederet dua tiga buah berhadapan dengan tanaman aku tak pasti pokok apa.

"ini rumahnya"

tidak besar tapi kemas dan terjaga. mendamaikan. pokok hiasan kecil dua tiga pasu depan rumah.  teduh kerana dikelilingi pohon hutan yang tinggi. di belakang rumah ada lereng bukit. dipenuhi pohon sireh yang memanjat.

aku duduk di ruang tamu. melihat gambar graduasi tadika anaknya tergantung di dinding.

sebenarnya aku kagum dengan ibu ini. anaknya yang pertama di tahun akhir engineering di Malang. bila cuti katanya membantu beliau menjual kuih. yang kedua masih sekolah rendah. sangat bijak dan berbudi bahasa. ivo namanya. di rumah itu ada satu buku ensiklopedia yang ada eksperimen yang cuba di rumah. dia cuba semua. dan yang terakhir masih tadika. anak-anaknya sering mendapat ranking teratan di sekolah.

semua di hantar ke pesantren menghafal al quran sebelum masuk sekolah. suka ibu menceritakan anaknya yang satu diterima masuk ke sekolah tanpa bayaran yuran kerana hafal al quran. alangkah bahagianya seorang ibu jika anak menyenangkan hati.


ayahnya seorang buruh bebas. aku terfikir sendiri, bagaimana kehidupan mereka yang begitu sederhana ini tidak menghalang dari mereka mendidik anak-anak menjadi baik tingkah laku, bagus ilmu agama dan baik pelajarannya.

tidak pernah ketinggalan mendoakan anak-anak. doa
aku rasa itulah kuncinya. kadang-kadang kita rasa kita dah berusaha hingga menimbulkan urat-urat tangan, tapi kita lupa berdoa. betullah orang kata, doa itu sangat-sangat penting.


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” 
[2 : 186]


"jemput minum neng."

pisang tanaman depan rumahnya dihidang bersama teh. dan mi kosong berkuah.

jika kita-kita. nak pandai sikit, masuk kelas tuisyen, atau ada guru peribadi. masuk sekolah yang bagus-bagus. entahlah. kadang-kadang itu kena tengok orang lain supaya kita lebih bersyukur.

bila kita rasa kita ada masalah yang paling besar di dunia, kena dengar cerita orang-orang lain, dan pada ketika itu kita rasakan yang masalah kita itu bukan masalah pun. malu hendak ungkapkan kerana terlalu kecil.

yang paling penting. terharu sebab perjalanan ke rumah sakit untuk di rawat gigi anaknya ibu itu sanggup datang. setiap minggu.

dan kerana itu aku sering katakan, di sini banyak mengajar aku tentang hidup dan pengorbanan.

kunci keterikatan hati antara mad'u kita dan Allah. doa.

p/s: kerana aku manusia biasa, sering melakukan silap. aib bagiku sampai panas-panas muka. maaf.


2 comments:

dolat said...

cerita lama. baru nak tulis? feeling abes kau ye

Liyana said...

haha.. baru ada feel nak tulis :) tapi takdelah lama sangat kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...