1 Aug 2010

kaya

 sayang huelang

jam 630 pagi. hari ini seharusnya aku uruskan laundry sebelum ke jakarta. tiket belum di book. aku tak pasti kedai -kedai sudah buka ke belum sekarang. sunyi. masih ada kelengkapan yang belum sempurna untuk kamar baru ini. teman yang lain masih di ulit mimpi usai subuh tadi. ada yang pergi ke airport menghantar dolat. emak terkejut ketika aku katakan aku tidak pulang cuti kali ini. mahu beritahu ayah katanya. mujur ayah tidak berkata apa. ayah berbaik hati book kan tiket lebaran. mujur. aku tahu mereka rindu. aku juga. mak mahu aku bersama yang lain semasa ulangtahunnya.



pegal badan perjalanan dari pameungpeuk masih tersisa.

paas

aku tak sangka aku menangis ketika kami berpamitan dengan penduduk kampung di sana. terutama pak uus dan ibu uus. aku sedar mereka melayan kami seperti keluarga sendiri. teteh juga. sebenarnya aku tak terfikir tentang kesedihan ketika berpisah itu pahit.


tapi pada saat pak uus memberi kata-kata terakhir aku rasakan pahit di hujung tenggorokan. panas hujung mataku. ibu uus menolak untuk bergambar. matanya sembab kerana tangisan. saat kami berpelukan, "maafkan ibu ya" sesak nafas.


pengalaman bersama mereka takkan aku lupakan. satu hal yang aku perhatikan. akhlak. ya, mereka mengajarkan aku tentang akhlak dan adab. kesopanan. betapa lembutnya orang sunda berbicara, kalah semua jenis suku yang pernah aku temui. sunda halus bicaranya. dapat bayangkan ketika kami minta izin untuk meumpang tinggal di rumah teteh selama sebulan. menggunakan semua alatan rumahnya. tidak meminta sebarang bayaran walau serupiah. hari pertama aku kaget. ada juga orang macam ini.


tinggal bersama mereka sekeluarga, buat aku senang. especially baby altaf. belum pandai berjalan. teteh masih berumur 20 tahun. sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak. seusia dengan abang. tapi kukira lebih matang dariku. cara berinteraksi dan semuanya seperti jauh lebih berusia dari kami semua. kata teman sekumpulan yang mengambil jurusan psikology, memang setiap orang akan meningkat matang mengikut fasa kehidupan mereka.


mereka ajarkan aku bagaimana berurusan dengan orang. bagaimana berkomunikasi. vocab bahasa sunda aku juga bertambah. tidak lupa dengan bahasa gaul.


itu semua tak penting. satu hal yang aku terkesan bila salah seorang dari mereka. pernah berkata begini


"masalah antara indonesia dan malaysia seperti yang di televisyen itu antara kerajaan. tapi yang penting antara kita, hubungan kita sesama muslim dan manusia sejagat perlu baik. tiada permusuhan."


subhanallah.


kerana itu aku katakan orang desa yang lebih kaya daripada orang kota. kaya akhlak.


kadang-kadang aku rasakan aku seperti mendapat layanan yang tidak selayaknya. sebagai musafir yang menumpang berteduh. dilayan sebaik-baiknya. selama sebulan dilayan seperti anak sendiri. seperti keluarga sendiri.




kedudukan geografi dan batasan negara menyebabkan kita menjadi warga yang berbeza seperti asing dari kita, walhal dimanapun muslim berpijak, itulah tanah air. sesama muslim seakidah, itulah saudara.


kita berkongsi bulan dan matahari yang sama. malah kita berkongsi tanah yang sama.


harus bersiap.


puds,
jalan kanayakan
bandung

1 comment:

ain said...

ntah kenapa.
aku sayu baca entry ini.
bahasa kau sudah jadi pendek2 saja ayatnya, tapi penuh makna.

jangan pernah berhenti menulis, kerana seperti juga akhlak yang baik. kita tak tahu dari bahagian mana, kita dapat memberi pada manusia, juga dunia.

semangat, liyana.

kalo ko perlukan apa2, msg dan beritahu aku ya. kerana kita saudara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...