Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: 'Kami telah beriman', padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merobah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: 'Jika diberikan ini (yang sudah dirobah-robah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah' Barang siapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatu pun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak menyucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar. [6:41]
pada pertemuan liqa kedua dengan seorang teman di sini. kami bertemu di masjid pameungpeuk. ahli yang lain ada yang dari tempat yang berbeza. pertama kali aku join liqa dari kalangan student local.
mereka minta aku kongsi kisah atau pengalaman berhikmah. buat masa ini, akal jadi kosong. tapi aku luahkan perasaan aku sebenar.
aku tak kisah hidup di kawasan perkampungan. serba kekurangan secara lahiriah, kerana aku tahu, jika diikutkan, terlalu selesa buat kita lupa. lagi pula semua yang aku ada adalah milik Allah. jika dibandingkan akhlak yang dipamer orang di desa jauh lebih kaya berbanding di bandar. yang aku risaukan dan runsing social life ahli kumpulan.
aku tahu itu cara mereka untuk akrab, tapi ternyata ia bukan caraku untuk akrab. macam mana berhadapan dengan orang-orang yang tidak menjaga solat, bagaimana berhadapan dengan satu kemesraan yang bagiku bukan caranya. aku kongsikan tausiyah aku dapat sebelum ini.
seperti yang kita tahu, sehabis liqa, merupakan satu permulaan baru buat diri kita, semestinya suatu yang lebih baik. tapi disebabkan aku terlalu jauh, liqa melalui telefon yang menemukan kami. dan yang membimbangkan aku adalah sejauh mana keimanan boleh menjaga diriku. sejauh mana aku boleh menjaga iman. menjaga diri supaya tidak futur.
aku berpesan kepada mereka, walau bagaimanapun, stand dan pegangan kita harus kuat. kita tahu kita pasti akan menjadi seorang asing. dan kita perlu ada pendirian. teguhkan itu. bagaimana tarbiyah mengajarkan kita, itulah yang kita practice. bukannya kita turut sama seperti yang lain. walaupun kamu senang dengan mereka, cuma mereka tidak tahu dan belum tahu. tunjukkan lah pada mereka islam yang sebenar. semoga apa yang dipesan berbalik kepada diriku.
aku selitkan sedikit kisah sahabat ketika berhijrah. ketika aku luahkan apa yang aku rasa. air mata sudah sedikit bergenang, aku sebak. sejauh mana kuatnya hati ini, ke mana hala tuju hidup aku. Allah sedang mendidikku. sama ada aku lulus atau gagal. semestinya ada remedial. tapi aku mahu lulus. seperti seorang guru. di ajarkan semua anak muridnya ilmu yang sama dan setara, tapi bagaimana Dia mahu tahu tahap setiap anak muridnya, di adakan ujian bagi setiap mereka. kan?
betullah, tanpa dakwah. kamu akan rasa kosong. kamu akan terasa payahnya membendung diri supaya tidak futur even kamu baca buku-buku bekalan, kamu cuba sedaya upaya tidak tinggalkan amalan kamu.
di sini bila aku lihat langit, aku tak tahu kenapa langit di sini sangat berbeza dan sangat cantik. walau di mana aku berada ia berubah-ubah dan cantik. awan seperti kapas putih bersih. langit biru sebiru-birunya. betapa sweetnya Allah. Dia tahu apa yang aku perlukan. aku perlukan tenang.
setiap kali ke pantai, hatiku lapang. apa yang berbeza pantai di sini dengan pantai yang pernah kulihat di malaysia. pantai di sini sangat luas. lapang. ombak yang besar.
ketika di pantai sayang heuelang. aku betul-betul rasa nak menangis. indah. tapi pelik. dipesisiran pantai tempat aku berpijak, airnya tenang separa buku lali. tiada ombak. jauh dari pandangan ada ombak yang begitu besar. tidak berani aku mendekat. subhanallah!
sayang huelang
santolo
liqa melalui telefon, ketika itu aku di santolo. murabbi telefon. pengisian ketika itu begitu menyentuh biarpun, kiri dan kanan riuh suara teman-teman lain bersuka ria.
sesekali aku terfikir, satu hari semua orang akan sibuk dengan hal masing-masing, tiada siapa yang akan mendengarkan kamu, seperti yang sering dilakukan, bila down, cari sahabat. satu hari ada satu masa semua itu tiada lagi.
pastikan kamu sentiasa ada Allah.
aku bukan seorang yang pandai mengambil gambar, sejak disini aku sangat-sangat hargai apa yang Allah tunjukkan padaku. terlalu banyak.
seperti kata sahabat yang aku paling sayang;
'kena tunggu special moment baru boleh dpt special snap n only special person bole dpt specialties from 'SOMEONE' special kn? :)) "
special moment, special snap, dapat dari 'SOMEONE' special..
true sahabat, even tak ada bakat pun. kamu boleh dapat keindahan itu dan berkongsi..
puds,
paas, pameungpeuk, garut
1 comment:
touched... smoga dia terus mahukn kita atas jalan ini... aminn... :)
rindu kamu
-si macho yg sopan lg lemah lembut..
Post a Comment