20 Jul 2010
fajar
salam,
saya buka email dan facebook dan apa-apa yang perlu saya settlekan. selain blog, saya menulis email. beberapa email perlu dibalas. mesej di facebook juga. beberapa sisters yang saya kenal di program telah menaiki tingkat maratib amal. mabrook.
terlalu banyak untuk saya kongsikan apa yang saya dapat di sini. dari sisi cerahnya (the bright side), saya rasakan seperti seorang pekerja sosial. di sini saya digabungkan dengan 19 lagi pelajar dari fakulti yang berbeza. (pertanian, teknologi makanan, penternakan, perikanan) ternyata meninggalkan banyak pengalaman dan ilmu yang pelbagai.
minggu pertama kami membuat pemerhatian tentang apakah keperluan penduduk desa. satu kesimpulan telah dibuat iaitu, pendidikan, kesihatan, agribisnis dan sosiobudaya dan agama. fuh, saya berada di bawah kesihatan. jadi program yang saya jalankan untuk pelbagai peringkat umur. kanak-kanak, ibu dan dewasa.
bagi pendidikan, dijalankan oleh pelajar sastera dan psychology. motivasi untuk adik-adik supaya belajar sehingga peringkat universiti.
agribisnis buat sos mangga. bagi inovasi sikit dengan hasil tanaman mereka.
satu peristiwa yang buat saya tersentap sikit. masa program doktor cilik yang dianjurkan oleh saya (fakulti kedokterangigi) dan kedokteran. saya jadi MC hari tersebut. saya tanya "siapa yang nak jadi doktor?" ada beberapa tak angkat tangan. saya tanya kepada yang tak angkat tangan. nak jadi apa. dia kata nak jadi ustaz. kenapa nak jadi ustaz? sebab nak memperdalam belajar alquran dan hadith
sentap
kenapa datang program ini? sebab cikgu suruh. adik, takpelah. jadi lah ustaz yang tahu ilmu kedokteran juga.
program seterusnya dia tak datang lagi. saya tanya kawan-kawan dia. mereka kata tak tahu. tetiba risau pula. soalan saya tu discourage adik itu ke macam mana saya pun tak pasti.
jadi ibrahnya ialah,
bersambung....
(waktu warnet dah habis (warung internet))
P/s: gambar di ambil ketika menjemur baju. Subhanallah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nice pic
amar san, thanks
Post a Comment