5 Aug 2010

larian


pernah dengar berkali-kali orang menyebut tentang larian di atas trek
sekali berhenti, belum pasti kita akan kembali dengan kelajuan dan momentum yang sama dengan larian sebelum ini
sekali berhenti, kamu akan kembali di garisan mula
dulu aku tak pasti apakah kebenaran berhenti mencari diri itu suatu yang boleh diguna pakai atau tidak
kini baru aku sedar, jangan sekalipun berhenti
"sekali daie berfikir untuk berehat, habislah dunia ini"
mungkin sebelum ini aku cuba memahaminya dari konteks yang berbeza
kini mungkin dalam konteks yang juga berbeza daripada sebelum ini

di sepanjang larian, akan fahamkan kita
bukan sekali daurah atau sekali ta'lim kita akan faham
tapi teruskan larian, semakin lama akan semakin faham
jika bukan sekarang, mungkin belum masanya
mungkin nanti.
atau mungkin kali ini faham dari sudut yang berbeza
mungkin nanti dari sudut yang juga berbeza
mengikut tahap kemampuan diri
mungkin ini maksudnya perjalanan yang mematangkan
dengan syarat jangan sekalipun berhenti
carilah diri dalam keramaian
carilah diri dalam realiti
kau takkan jumpa dirimu yang sebenar dalam sunyi

ingin sekali aku menjadi seperti kuda perang itu
yang berlari kencang
sehingga kuku kakinya memercikkan api
diwaktu fajar siddiq mulai memancarkan sinar
gagah derap larinya bisa menyebabkan debu-debuan bertebaran
layak menakutkan musuh sekelilingnya
aku mahu laju
bukan tidak mahu tunggu

oh, untuk menjadi seperti kuda perang itu
tinggikan tumuhatmu
setaraf dengan rewardnya
tagihkan yang indah tapi usaha sekuman
lupakan saja

mujahadah. pisahkan yang batil dari yang haq
mujahadah. pindahkan diri dari alam kepura-puraan kepada kebenaran
hakikat iman itu tidak tersedianya tertancap kukuh di jiwa
tidak kekal di paku teguh 
perlu mujahadah untuk kukuhkan iman di situ
sabar
kerana sabar itu yang membuatkan seseorang tetap kuat dan terus berlari


apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
29:2-3

kenapa memilih untuk menjadi yang biasa
sedangkan kau berpeluang menjadi luar biasa

ya, sudahlah.

puds,
RI
zilal
jakarta

6 comments:

Nooreena said...

"kenapa memilih untuk menjadi yang biasa, sedangkan kau berpeluang menjadi luar biasa"

SUKA!

Semoga dilapangkan jalan untuk kita sama-sama menjadi luar biasa. InshaAllah.



PS: Tak sabar nak puasa, tarawih dan tadarus di bulan Ramadhan. Rasa excited cam nak jumpa kekasih. Ceewah!

prof indah said...

salam..saya tidak mengenali saudari,tp saya mohon izin utk copy ayat post saudari bertajuk larian ni..utk dikongsi dengan semua bizpart saya di laman facebook saya..saya indah eyah abu samah..trm ksh saudari..

Anonymous said...

yana...

everlasting love to HIM said...

kak yanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
rindu kamu..xsmpt bual2 sy dah blk..u go puds,,sy tertnye2 puds is what?

ain said...

al-adiyaat. ;)

Anonymous said...

betul ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...