3 Sep 2014

oncall

masa oncall ini berdebar sangat bila dapat call. malam semalam jam 1 pagi staf call.

"doktor ada nombor doktor S tak saya ada emergency"

"ha ada emergency?" (terkulat-kulat ingat ada patient accident kena pergi hospital)

"doktor saya ada emergency, ada nombor doktor S?" diulangnya tapi memberi kelegaan. tapi tak patut lega sebab dia macam dalam kesusahan.

"ada. kejap." sent

padahal S tengah tidur di sebelah. patut pass je lah phone.

teringat last oncall. seorang makcik abcess di pipi kanan bawah mata hingga cheekbone. edentulous. tapi ada abcess. tak tahu dari mana punca infectionnya. tapi medical refer kepada dental. check. aspirate ada nanah.

terus ambil consent buat drainage. teringat masa di miri department oral surgery pernah buat. dan memang nanah penuh. memang sakit walaupun dan inject LA. memang sakit. nampak raut wajah anaknya tak senang dengan procedure itu. menyakitkan dan menyiksakan.

terpaksa juga buat hati stone.

yang penting dapat keluarkan semua nanah. siap jahit drain. dan letak dressing. petang itu nak review. anaknya masih lagi dengan wajah tidak senangnya.

makcik berusia 84 tahun itu berkata

"datang lawat ke. tinggal kat mana. dah nak balik?"

"ya makcik saya nak balik dah ni. makcik okay ke. sakit lagi?"

sebenarnya mak cik ini lupa siapa yang mengerjakannya pagi tadi. dan kurang pendengaran. dia ingat aku pelawat. aku layankan saja.

"tadi doktor tadi cucuk sakit. dia putung sini. sakit. bla bla bla" membebel panjang.

haha ini kelakar. makcik tengah mengumpat saya ye. takpe saya maafkan, (dalam hati)

beberapa hari kemudian dah boleh discharge sebab dah surut bengkak. tapi makcik tu tak datang review untuk checkup

beberapa minggu baru datang. rumahnya terbakar. dia cerita kan dan membebel panjang dan meminta maaf kenapa tak dapat checkup. dalam hati rasa kesian patient ini. patutnya risau pasal rumah. tapi dia risau tak datang checkup.

pipi dah pulih sepenuhnya. nampak sihat.

dah tak complain pasal doktor yang cucuk dah. tak boleh lah tengok orang tua macam ini. tapi bila cerita pada akhwat tentang makcik ini dia teringat tentang kisah ini (klik).

jauh lagi.

tapi hati puas. harap ALlah permudahkan dan murahkan rezeki makcik itu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...