9 Aug 2014

rijal



semalam first time ikut meeting aset dekat office. huhu blur sangat. sebab memang tak pernah invovle dalam semua ini. yang kita tahu kerja di klinik sahaja. memang susah nak faham kalau kita pernah buat semua benda ini dan uruskan.

baru nak belajar.

teringat bab 12 muntalaq: formula yang hanya difahami oleh rijal

kata mereka: kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri,

pada malu dan kebekuan

pada hidup bersama famili,

dan bukannya hidup orang berhijrah dan terusir

pada berjalan di belakang kenderaan,

mewah dan dengan langkah yang longlai

pada ikut sahaja apa yang orang katakan,

tanpa tentangan dan konfrantasi

pada ikut sahaja ke mana rombongan bergerak,

kamu dipimpin, dan bukan memimpin

pada hanya bersorak untuk setiap pemerintah:

hidup kamu...selama-lamanya.

aku pula berkata: hidup ni adalah gerakan,

bukan diam dan bukannya beku

Hidup adalah jihad,

Akan berjuangkah orang yang hanya duduk berpeluk tubuh?

Hidup adalah menikmati lazatnya susah,

bukan bersedap-sedap dengan tidur.

Ia adalah membela hak,

merdekakah orang yang tidak membela haknya?

Hidup ialah adalah kamu merasa kehinaan itu laksana air nanah

hidup ialah kamu hidup sebagai khalifah di bumi,
tugas kamu memimpin

kamu boleh berkata tidak dan Ya apabila kamu mahu

dengan pandangan yang tajam.

yusuf alqadrawi, antara qasidah-qasidah lama. 

rijal adalah seorang yang berbuat. setiap formula dan tulisan dalam buku fikrah dan catatan dari golongan hebat terdahulu hanya dapat difami oleh rijal yang berbuat dalam keadaan yang sama. sebab itulah tak berapa nak faham sangat dalam meeting semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...