26 May 2014

bening

langit kemarin ketika dalam perjalanan pulang. terlalu cantik
kombinasi warna yang langka.
biru pastel bersama merah jambu sedikit kehijauan muda, indigo dan ungu. kepulan awan kecil tersusun di atasnya. jarang-jarang awan tirus di sebelah atasnya.
sesekali pelangi menampakkan dirinya.

hadiah ke ni.

bila matahari seperti mengundur diri buat hari ini, warna jingga kemerahan muncul.
warna itu berserakan ke seluruh langit. tona mencair apabila ia menjauh. menenggelamkan warna pastel tadi.

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" 
(QS Al-Anbiya: 30)

rabbana ma khalaqta haza bathila. subhanaka fakina azabannar..

macam tak percaya. jika boleh dilakarkan kisah kita di atasnya mungkin angkasa sarat dengan kata.

bergenang air mata. terasa terlalu jauh. tak tertanggung berbaurnya rasa. seperti langit. bezanya, ia indah.

dah lama tak tadabur alam semacam ini. memacu kuda (kereta) 3 jam setengah penuh makna.

rahmat Allah yang sebegitu banyak hanya satu sahaja darinya di berikan di bumi dan yang 99 lagi Allah simpan dulu untuk berikan pada hambaNya yang Dia sayang nanti. tak dapat banyangkan besar kasih sayang dan rahmat yang ada sekarang yang kita dapat lihat, selebihnya 99 kali lipat lagi besar bagaimanalah bentuknya.

agaknya.

tapi Dia simpan dulu untuk diberikan nanti. yang lebih nikmat, yang lebih besar rahmatnya.

simpan dulu. untuk nanti.

harap dapat hati sebening mata air, bening sebeningnya. agar dapat melihat dengan jelas. ilmu yang sahih, faham yang jelas. hidayah tepat ke sanubari. tiada tapisan lagi












nota kaki: takkan lari gunung dikejar. jika memang milik kita. dah masa untuk meninggalkan. total. kut


5 comments:

diyana said...

asslm, kakak, saya dah lama follow akak. suka baca apa yg akak tulis :)

i'm wondering..kakak bertugas di mana skrg?

Anonymous said...

Kenapa ada kut di hujungnya..

Liyana said...

diyana: wsalam wbt diyana. :) apa khabar. maaf lambat pula reply. dekat sarawak :D

anonymous: uncertain? kut. >.<!!!!

diyana said...

alhamdulillah baik, tapi sekarang sedang diuji. Allahu.. doakan sy ye kakak. oh sarawak? sy pernah terfikir ke sana tapi macam x sanggup berjauhan dgn keluarga. -_-

Liyana said...

diyana ni unpad juga ke? diyana yang mana ni..

akak datang sini pun xde pilihan tapi so far alhamdulillah ok! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...