22 Apr 2014

cuak

bismillah..

post out. aku anggap ia sebagai satu penghijrahan. berhijrah keseluruhannya. kita terpaksa meninggalkan segala yang kita telah bina. katakan, anak, rumah, ukhwah, binaan, planact kita yang belum selesai. misi yang belum tercapai. harapnya dapat tinggalkan kejahiliahan secara total.

paling tak best tinggalkan

akhwat.

siapa tak sedih.

tapi ketakutan mengatasi perasaan sedih itu. cuba cari link sesiapa yang mengenali akhwat di tempat baru. akhirnya, mesej yang di tanya sampai kepada diri sendiri kembali. dari brunei, sabah, labuan bertanya ada akhwat limbang? last-last msg tu sampai kepada aku semula, maknanya. memang tiada.

lagi lah.

cuak.

"kat limbang dah la takde akhwat! siapa nak ada bersama nanti. macam mana nak usrah. takde support sistem..macam mana dengan tarbiyah diri.." mata nak nangis.

"dekat limbang ada ALlah..!"

*diam*

kita tahu walaupun di mana kita kita bawa amanah Allah. sebab kita dah janji dengan Allah.
kita mesti menjadi agen pengubah.
mungkin ini satu medan amal yang baru.

sebelum bertolak, seorang akhwat share satu ayat

"wahai orang-orang yag beriman! jagalah dirimu; (kerana) orang yang sesat itu tidak akan membahayakanmu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, kemudian Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." [5:105]

ya ayyuhallazina amanu aalaikum anfusakum. la yadhurrukum man dhalla izhahtadaitum..

perbezaan dan garis pemisah di antara orang yang beriman dengan yang lain. sifatnya saling ingat mengingati antara satu sama lain. saling menjaga antara satu dengan yang lain. membersihkan dan mensucikan. kuat menguatkan antara satu dengan yang lain.

dan setiap orang bertanggungjwab atas diri sendiri di hadapan ALlah nanti.

jangan salah kan perkara lain. alaikum. tidak boleh tidak. memang kena menjaga. sangat. jika futur. jangan salahkan apape melainkan kerana tidak menjaga.

tapi ayat ini tak menggugurkan amar maruf nahi munkar.

cumanya jika untuk diri sendiri,

tarbiyah dzatiyyah

dulu kalau tak disiplin jaga mutabaah amal. sebab ada sekeliing akhwat. rasa selesa.

agama ini tidak akan tertegak jika tiadanya kesungguhan dan perjuangan. ia takkan wujud dengan baik kecuali dengan adanya kerja dan usaha dari pemeluknya. (TFZ)

mungkinlah. nak tengok sikit. keimanan kita ni terlalu bergantung kepada orang ke.

atau kekuatan dalam menjaga diri sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...