30 Mar 2014

QD



mungkin kita ini kena selalu diingatkan

qawaid dakwah

prinsip pertama;

dakwah kepada Allah adalah jalan penyelamat dunia dan akhirat

"dakwah kepada Allah merupakan cara yang tampak dan tinggi untuk menta'zimkan Allah. Dakwah ialah mengajak kepada sesuatu fikrah atau hadaf dan kemudiannya memberikan sepenuh tenaga untuk mencapai fikrah tersebut. Dia(daie) melakukan itu semua kerana hadaf atau fikrah itu telah memenuhi dirinya. Sesiapa yang mengajak 'berdakwah' kepada sesuatu fikrah, maka ia dapat sebati dengannya dan dakwah itu tak dapat dipisahkan darinya (akan mati bersamanya).

Dakwah kepada Allah taala menjadi tanda kasihan kita kepada hamba Allah. ini adalah kerana tugas daie adalah mengeluarkan manusia dari kemelut kehidupan yang teruk dan porak peranda hasil hidup di bawah ijakan sistem-sistem ciptaan manusia, kepada keluasan kelegaan agama yang luas. membawa mereka kepada sistem islam yang menjamin kebahagiaan manusia. islam juga mengeluarka manusia dari neraka dan dibawa memasuki syurga."

tak faham macam mana nak memenuhi hadaf di atas dalam satu gerakan kemanusiaan. mungkin betul katanya kita ini berfikiran terlalu sempit dan belum memahami apa maksud sebenar 'kehidupan'.

yang membuatkan kita berbeza dari yang lain kerana kita ini jemaah dakwah dan tarbiyah bukan

terlalu banyak benda yang belum dapat dihadam.

mungkin benar kita berfikiran sempit

mungkinlah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...