30 Mar 2014

ciri pertama

ibadurrahman.

haritu seorang adik minta terangkan ayat surah furqan:63-68

cek dalam alquran. ayat ibadurrahman. beberapa tahun dulu kami dapat pengisian dalam satu slot ketika daurah. ciri-ciri hamba arrahman. patutnya ciri-ciri seorang daie ada dalam tu. surah alfurqan dari 63-77.

ayat first pun tetiba macam terasa sebab berikutan peristiwa anak patient yang mengamuk. dan kes semalam dan semalam.

"adapun hamba-hamba Tuhan yang maha pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati....

macam mana kita nak tahu kita ni seorang rendah hati ke tak..

bila....

"...dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan, "salam"

phew...

sifat tu akan teruji bila ada peristiwa yang ada orang yang tetiba trigger kemarahan dan emosi dan macam mana kita react dengannya.

terasa. maknanya ciri-ciri ibadurrahman yang pertama pun macam gagal je.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

tanam benih banyak-banyak selagi masih ada masa.

sesungguhnya Allah sedang menegurmu tentang ikhlas

macam sengaja beri ilham kepada adik itu untuk cek ayat tu. dah lama tinggal. ingatkan balik kita masa dulu-dulu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...