29 Mar 2014

hs

satu malam nak keluar rumah pergi hospital. lepas kerja straight usrah. tetiba depan rumah

"Assalamualaikum!"

ada sekumpulan polis bermotor besar. cek rumah berikutan kes orang nak pecah masuk tu. tak jadi pergi hospital. minta kawan ganti. dapat pergi usrah awal.

katanya waktu kami nak kena pecah masuk itu. 6 rumah pun kena pada malam yang sama.

rasa macam tak sabar nak balik kerja kat semenanjung. tapi tak tahu bila. huhu homesick betul
masa seminggu spend masa dengan mak. baca ma'tsurat sama-sama. baca kahfi sama-sama. pergi pasar dan kedai gunting rambut dan masak sama-sama. rasa macam best sebab jarang sekali spend masa macam ini.

homesick homesick

tapi hari tu ada akhwat kata, kadang-kadang kita memilih ditempatkan di suatu tempat tu. dan kita rasa di mana kita ditempatkan mungkin tempat itu memerlukan tenaga dan diri kita untuk disuburkan.

tapi sebenarnya...

kita yang memerlukan tempat itu untuk mentarbiyah kita.

sudut pandang yang lain sedikit. tapi buat kita rasa nak try yang terbaik supaya kita lulus ditarbiyah di tempat itu.

semoga masa mematangkan kita. kita akan lebih menghargai sesuatu bila benda itu takda depan mata.

pastu hari isnin first day kerja dengan mood homesick. seorang anak yang nak mengamuk sebab duduk jauh lepas itu banyak appointment ct scan ultrasound dan lain2 yang membuatnya kena kesana kemari kan. dan ibunya ada cancer. jadi dia marah-marah. prosedur. nak buat macam mana. sebab department radiology bukan department kita.

"encik, minta maaf ya sebab ini memang prosedur begitu. kita bukan dalam department sama nak buat sehari semuanya dapat selesai. ct scan ibu encik kena puasa dulu makan ubat baru dapat jalankan."

"memang la saya dari jauh ke sana sini bla bla" (tinggi suara) semua yang berada di sekeliling memandang.

"ya saya faham. cuma pakar untuk hari ini ada pembedahan jadi kena jumpa besok tadi sudah buat ct scan kan"

"aku mana tahu ini kerja kau!"

*tarik nafas*

"encik nak apa sebenarnya. saya tanya ini untuk berbincang baik-baik untuk apa yang encik rasa mudah. encik nak tinggal mak encik di hospital? lepas tu encik balik? macam itu? "

terdiam

"haa... iya kalau macam itu bagus juga" (suara perlahan)

"cakaplah awal-awal. saya boleh isi borang admit sekarang. tak perlu nak marah-marah macam ini. tunggu sini"

masuk dalam. bertenang. isi borang.

"nanti pergi ke bahagian kecemasan. kaunter B. nanti mereka uruskan."

"okay. macam ini, terima kasih ya doktor." (tetiba jadi baik)

lebih kurang begitulah. tadi marah-marah cakap aku kau. ingat kita tak boleh nak marah ke. hilang keprofesionalisme :(

malam itu review mak nya di ward. sedih pula tengok dia sorang-sorang. tak ada orang teman lepas itu dah la ada cancer..touching sangat

lepas cek vital signnya. "puan okay ke?"

"duktur, mata jadi gatal"

sambil tunjuk mata kirinya.

ada bintil di kelopak mata

"kena gigit nyamuk ni"

"oh iyalahh.." lalu beliau ketawa. ketawa juga dengannya.

mak.. TT____TT


1 comment:

hansuke said...

Sy sgt touching lately, mata nak berair je. Uhu.

Teruskan bersabar, kamu mesti bole.

Neway, i tot kamu doc gigi, nape bertugas di ward ye? Kuries tibe2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...