1 Apr 2013

dua bulan

bila dah nak masuk dua bulan berada di malaysia

memang betul malaysia tidak cukup tenaga. ramai yang akan minta kita jadi penyampai. terlalu banyak pengisian yang kena refresh sebab dah berkarat.

masa ini kita teruji dengan shahadatul haq kita. macam mana kita mempamerkan akhlak yang patutnya kita dah terdidik dalam tarbiyah di luar negara. bagaimana kita bentuk diri kita, balik dan harus dah settle amal semua. bagaimana hubungan dwngan keluarga, kawan-kawan dan kenalan.

dua bulan sebelum balik patutnya all out polish diri. tak ada masa nak bermalasan atau sibuk dengan perkara-perkara lain. tak ada masa nak fikir perkara-perkara wasilah. dakwah dan tarbiyah sepatutnya prioriti kita. sebab tarbiyah akan bentuk diri jadi individu muslim iaitu orang yang betul-betul sedia dengan apa jua perkara yang mendatang.  insyaAllah akan mudah perkara lain, macam kerja dunia, famili dan lain-lain.

ada yang tak kena pada diri kita adalah berpunca dari diri kita sendiri. bila letakkan perkara lain sebelum Allah.

bila banyak fikir perkara kecil kita tend to lupa perkara perkara besar. masa kita patutnya dipenuhi dengan perkara perkara besar.

sepatutnya begitulah. kena buat buku manual BFG ni.

p/s; jangn lakukan kesilapan yang sama seperti ini

bila kita berada di tempat baru. kena mula semua dari bawah semua. berendah hatilah. kita bukannya pandai sangat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...