14 Mar 2013

bahagia

berhadapan bangunan kementerian kesihatan di putrajaya sementara menunggu jam 9 pagi, di kafeteria penuh dengan pegawai-pegawai kerajaan bersarapan pagi. bila kita bersendirian begini membuatkan kita lebih banyak berfikir. melihatkan manusia-manusia berpusu-pusu pasti dalam minda setiapnya tertanam pelbagai tujuan untuk hari ini dan masa depan.
kita hidup dalan satu masyarakat yang pelbagai. tak boleh tidak untuk dipengaruhi.
setiap manusia pasti inginkan kebahagiaan. tapi adakah kita benar-benar mengerti erti sebenar kebahagiaan itu. benarkah bahagia yang kita rasakan itu apa yang kita benar-benar mahukan dan perlu.
hidup dalam masyarakat yang terpengaruhi dengan persepsi.
orang kata rumah bak istana itu bahagia,
orang kata kereta mewah itu bahagia,
orang kata menjelajah dunia itu bahagia,
orang kata ilmu hingga ke langit itu bahagia,
orang kata kemasyuran itu bahagia,
orang kata pangkat itu bahagia,
orang kata kerjaya bagus itu bahagia
orang kata pasangan yang kacak, bekerjaya, banyak harta, baik hati etc etc itu bahagia..
and the list goes on..
orang kata
persoalannya apa kita kata? mungkin kita rasa kita bahagia dengan senarai orang kata itu.
tapi betul ke bahagia itu yang kita cari
benarkah bahagia itu benar-benar akan membawa tenang hingga kita mengakhiri part kita atas dunia ini.
haritu ayah ceritakan, seorang doktor pakar berbangsa cina. usianya awal 30an. graduate dari uk. berhenti menjadi seorang doktor dan menjadi guru tadika. katanya untuk mencari kepuasan.
kalau ikutkan kata orang, rugilakan sudah doktor. pakar pula.
tapi dia lebih memilih kepuasan dirinya
seperti aku sendiri, salah seorang manusia yang berada ditengah ramai dan sibuknya manusia yang punya cita-cita dan tujuan
apabila sudah selesai pengajian
tiba masanya untuk bekerja dengan kerjaya yang dicita-citakan selama ini. berumahtangga dengan pasangan yang kata orang paling perfect dan membina keluarga, kita akan menyambung dan menjalani kehidupan sepertimana orang tua kita jalani. ibarat satu kitaran kehidupan.
seperti sudah dirancang, belajar dan target bekerja dengan pekerjaan yang kata orang pasti menjamin masa depan
kata orang..
adakah aku benar-benar bahagia begitu
padahal tujuan hidup ini bukan ikut kata orang atau kata kita
tapi kata Dia

“Bidadari Dunia bukan ikut ‘apa dia rasa’. 
Bidadari Dunia ikut ‘apa Tuhan dia kata’.”
— Hilal Asyraf

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...