2 Nov 2012

warna-warna

setiap orang punya warna karakter berbeda kredit

saya semakin kurang menulis di sini. huhu ada banyak perkara yang ingin ditulis, tapi tak yakin. semakin lama semakin tak pede (percaya diri) sekarang. banyak sangat ketakutan dan kurangnya waktu.

lebih-lebih lagi peristiwa-peristiwa ketika sibuk exam tempoh hari. dua hari sebelum exam saya demam. ada 4 department untuk ujian. pesakit untuk dijadikan pesakit ujian belum confirm lagi ketika itu. saya harus masuk kampung cari pesakit buat ujian. tapi tak larat nak berjalan. saya menangis kerana saya sangat stress. nak study pun saya tak mampu, kepala dan seluruh sendi rasa sakit sangat dan tak boleh fokus. tiba-tiba malam ahad, satu rombongan akhwat yang datang berziarah kerana mereka sedang berjaulah. sudah di depan rumah. sayu rasanya, di doakan dan diberi semangat.

kawan-kawan hadir berkongsi nota dan belajar bersama

mereka hadir kerana rahmat Allah

waktu ujian, jika diikutkan usaha saat akhir tidaklah begitu setimpal dengan keputusan yang saya dapat. saya rasa bersyukur sangat saya pass semua department walaupun saya belajar semampunya saja. lulus pun dah kira okay dalam keadaan yang tak study betul-betul pun.

semua ini kerana rahmat Allah.

dan mungkin rahmat Allah ketika sukar hadir adalah kerana doa sahabat-sahabat kepada kita.

mensyukuri nikmat yang Allah berikan, dengan menghargai dan menjaganya.

ada satu kisah...

satu hari, demikian dikisahkan ibnu katsir dalam al-bidayah wan nihayah, Abu bakar berjalan mendatangi majlis Rasulullah. dia tampak menjinjing kainnya, terlunjak jalannya, tertampak lututnya, dan gementar tubuhnya. "sahabat kalian ini". sabda sang nabi pada para sahabat yang sedang duduk begitu melihat abu bakar datang "sedang kesal hati. maka berilah salam padanya dan hiburlah hatinya."

abu bakar bersimpuh lalu menggenggam tangan sang nabi. ditatapnya mata suci itu dalam-dalam. "antara aku dan putra al-khattab," lirihnya, "ada kesalahfahaman. lalu dia marah dan menutup pintu rumah. aku merasa kesal. maka kuketuk pintunya. kuucapkan salam berulangkali untuk memohon maafnya. tapi dia tidak membukanya, tak menjawabku, dan tak juga memaafkan."

tepat ketika abu bakar selesai berkisah, Umar ibn al-khattab datang dengan resah.

"sungguh aku diutus pada kalian," sang nabi bersabda mengherdik, "lalu kalian berkata: 'engkau dusta!'

wajah beliau tampak memerah, campuran antara murka dan rasa malunya yang lebih dalam dibanding gadis dalam pingitan.

"hanya abu bakar seorang ", sambung beliau, "yang langsung mengiyakan, 'Engkau benar!' Lalu dia membelaku dengan seluruh jiwa dan hartanya. masihkah kalian tidak takut pada Allah untuk menyakiti sahabatku?"

umar berlinang, beristighfar dan berjalan simpuh mendekat. tetapi tangis Abu bakar lebih keras, derai air matanya bagai kaca jendela lepas. "tidak, ya rasulullah. tidak. ini bukan salahnya." serunya terpatah-patah esak. "demi Allah akulah memang yang keterlaluan." lalu dia pun memeluk umar, menenangkan bahu yang terguncang. mereka menyatukan rasa dalam dakapan ukhwah, menyembuhkan luka-luka.

[dalam dakapan ukhwah, salim a fillah]

sedangkan sahabat juga berlaku salah faham.

tips hubungan yang berkesan.

setiap hubungan cinta didasarkan dengan rasa percaya.

percayalah, setiap orang inginkan terbaik buat hidup dan DnT nya. setiap akhwat juga begitu. maka, percayalah. mungkin kurangnya komunikasi yang menjadi asbab berantakan suatu hubungan, melahirkan persangkaan.

cubalah untuk mempercayai.

sosok peribadi yang berbeda yang mewarnai hidup kita.

akhwatsss, sesungguhnya saya mencintai kalian kerana Allah. kerana kelemahan saya yang terlalu banyak, saya tak mampu menunaikan segala hak yang harus dilunaskan.

Firman Allah,
"cintaku mesti, 
bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku.
cintaku mesti,
bagi orang-orang yang saling bersilaturrahim kerana Aku.
cintaku mesti,
bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku
cintaku mesti,
bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku,
cintaku mesti,
bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku." 
[Hadith Qudsi]

mungkin aku ini lemah dalam melahirkan rasa cinta mahupun penghargaan. sesungguhnya, di sudut hati ini tertancap kasih buat kalian.

kredit

satu hari, insyaALLAH kita akan bertebaran ke seluruh pelusuk bumi. dan percayalah, memori yang Allah berikan ini pasti ada kalian yang bersama-samaku ketika di awal langkah pertama,


dan kita akan ceritakan kembali kisah kita di syurga kelak insyaALLAH

WA

3 comments:

NorAthina said...

kakak liyana :')
suka sangat kisah abu bakr dan umar tu..

Satu kelemahan yang saya yakin selalu ada pada diri,

setiap kali saya marah atau terasa hati, saya rasa diri saya sangat jahat daripada satu sudut..

disebabkan saya akan terasa nak luahkan marah dan ketidakpuasan hati walaupun sepertinya itu tak wajar...

kerana saya tak mahu terus disakiti mereka yang sangat2 saya cintai fillah... :')

akan cuba memperbaiki diri lagi. Minta maaf akak ~

uhibbuki fillah ukhti :)

arissa myana said...



teh, mish u (u lahir jan kan.. haha)
i found it hard to read your writings nowadays. the time is rough. the days are so long.
i really ope that you're doing good there. may Allah ease all of your burdens and grand you something better in return.
amin.

Liyana said...

athina: jangan nakal-nakal. adik bongsu memang begini ya

muna: kasik can lah. muna tahu prioritinya di mana kan, ameen ya rabb same thing goes to u love

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...