8 Nov 2012

terus terang



pengalaman 4 ujian sekaligus kemarin memang mencuakkan. sebab kita tak dapat nak handle semua patient yang datang serentak. yang paling mencemaskan adalah ujian prosthodontic. saya adalah orang pertama pada hari tersebut. ujian mula jam 8 pagi. agak mencemaskan bila doctor ujian sudah ada, doctor panitia ujian sudah ada. yang tiada adalah patient ujian. jam 830 pagi, baru patien saya sampai. haiyaah rasa macam nak termuntah sebab terlalu berdebar. tetiba doctor panitia buat pengumuman, bilamana patient datang

"dengar ya semua, lain kali jika lambat seperti ini, anda dikeluarkan dari ujian.!"

eeeeii

okay dah biasa dah.

bukan ini yang saya nak ceritakan. saya nak kongsi tentang patient ujian bahagian oral medicine. saya jumpa patient ini di sebuah kampung. beliau adalah ibu kepada patient kawan saya. syarat patient ujian ini adalah tidak pernah dirawat atau diperiksa atau didaftar di rumah sakit gigi mulut tempat saya belajar.

ujian ini, menguji kompetensi kita sebagai doktor gigi. dari langkah pertama pesakit masuk dan duduk di dental chair, hingga treatment plan kita.

setelah anemnesis, clinical examination ke atas patient, saya mendiagnosa patient itu, terdapat coated tongue, fissured tonge, fordyce granule dan yang akhir sekali adalah smoker's melanosis.

diagnosa terakhir itu yang diragukan oleh doctor ujian.

salah diagnosis, anda bisa fail.

sebenarnya, bukan smoker's melanosis. 

walaupun pesakit ini pernah menjadi heavy smoker. terdapat warna hitam pada gusi, dan seluruh pipi dalam mulutnya. saya yakin dengan diagnosis saya.

soalan pertama doctor ketika itu, apakah mechanism smoker's melanosis. saya pun ceritakan tentang contact nicotin, heat, melanocyte, melanin --> hitam pada oral mucosa

beliau menduga saya, lokasi hitam itu hampir ke seluruh oral mucosa. secara logicnya, adakah patient itu merokok seperti berkumur asap.

dan apalagi yang penyebab hypermelanosis sebegitu melainkan patient menghidap penyakit sistemik.

penyakit sistemik yang berkait dengan hypermelanosis; addison's disease atau peutz-jegher syndrome

jauh dari gigi dan mulut. namun, ianya terkait.

kedua-duanya adalah penyakit yang tidak membaik malah akan menjadi buruk dan menyebabkan kematian. ia perlu terapi.

hampir saja saya fail itu bukan persoalannya. persoalannya adalah bagaimana hendak berterus terang.

sehelai kot putih menjijit satu tanggungjawab yang besar. ia bukan saja-saja dan mengaitkan hidup seorang manusia. jika sebelum ini saya pernah tulis satu kesilapan kecil doktor gigi boleh mengakibatkan semua gigi patient rosak dan terpaksa dicabut

kali ini ia berbeda
....tiada sambungan

2 comments:

NorAthina said...

akak macam nak sambung tulis lagi tapi tak sempat.. he~

Liyana said...

athina: haah. tetiba patient sms nak datang klinik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...