9 Aug 2012

tetap berdiri


“Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!”
— Pahrol Mohd. Juoi

beberapa hari lalu saya ke jakarta selatan (hujung minggu), saya tidak pernah ke sana. sesat juga dan berbuka puasa di atas kenderaan sambil mencari rumah akhwat di sana. mujur ada air kosong sebotol buat berbuka.

sama juga seperti jakarta barat. macet(jam)nya memang tak dapat dielakkan lagi. bermusafir di bulan mulia ini mengajar erti sabar dengan semangat berkobar-kobar untuk menyampaikan sesuatu. kita tiada apa-apa lagi selain Dia. bekalan yang kita bawa hanyalah jasad dan pengharapan hanya pada Dia.

kerana indonesia ini berpulau dan terlalu besar. ia tidak menafikan untuk kita harus menempuh perjananan yang jauh.

selama saya berada di sini, murabbi saya berada jauh dari tempat saya. jika perlu, usrah kami diadakan di tempatnya, atau beliau akan turun ke tempat kami. jika benar-benar keadaan yang menidakkan untuk bertemu lutut, kami bertemu di alam maya.

sebenarnya, yang membuatkan kita masih di sini bukanlah kerana perjalanan jauh atau pengorbanan yang kita keluarkan untuk membina islam dalam diri.

jauh sekali

tapi kerana Allah yang inginkan kita masih berdiri.

perjalanan yang jauh, tarbiyah bermusafir itu hanya sebagai satu bonus. tapi bukanlah asbab untuk kita tetap istiqamah.

jika kita meletakkan kunci istiqamahnya kita kerana pengorbanan..
cuba, kita diuji ketika kita tiada apa untuk dikorbankan kerana terlalu senang

jika kita meletakkan kunci istiqamah kita kerana tarbiyah perjalanan yang jauh..
cuba, kita diuji ketika kita tidak mampu untuk bermusafir kerana bizinya kita dengan urusan dunia kita

adakah tiba waktunya kita akan menfuturkan diri dan mendownkan diri
kerana kita telah terkorban dengan kunci yang kita sendiri cipta

makanya, betulkanlah.
perbaiki lah. segalanya adalah dari rahmatNya
Dia yang menentukan istiqamah jatuh bangun nya kita

bukan kerana pengorbanan kita
atau lainnya

namun, di atas segalanya...
cinta itu tetap perlu pengorbanan
kerana cintaNya yang mahal.
pasti ada sesuatu yang harus ditagihkan..

istiqamah hadir selepas keimanan

hadiah dariNya.. :)

abu amr, Sufyan bin Abdillah ra berkata kepada Rasulullah,
"Wahai Rasulullah, katakan kepadaku perkataan tentang Islam yang tidak akan kutanyakan selain engkau!"
Beliau bersabda,
Katakanlah, 'Amantu Billah (Aku beriman kepada Allah), kemudian istiqamahlah" (H.r. Muslim)

p/s: selamat memburu lailatul qadr!

6 comments:

arissa myana said...

ini cukup mendalam.


siapa saya pada sisi Dia? Y____Y

Anonymous said...

pegi jakarta selatan untuk apa?

Lelaki said...

tiada perkara semudah yang disangka dan tiada yang susah....

Liyana said...

muna: siapa saya di sisi Dia.

mahu tahu siapa kita disisiNya, lihatlah dimana kita letakkan Dia di hati kita. TT______TT allahu..rindu

Liyana said...

anonymus: dah jawab kan hari tu? =P asah pengalaman

Liyana said...

lelaki semalam: semuanya atas persangkaan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...