30 Jul 2012

TK

kredit

sedar-sedar sudah hari ke 10 ramadhan bukan? satu per tiga dari sepanjang bulan mulia ini.
sebenarnya saya berniat untuk membuat post #tadaburramadhan sepanjang bulan ini, ternyata. sangat cepat ianya berjalan.

sepanjang minggu lepas merupakan minggu tarbiyah yang begitu besar. ianya benar-benar menduga kesabaran, dan keemosionalan yang berat.

terlalu banyak perkara yang erlu diselesaikan sebelum libur lebaran, setiap hari saya pulang lewat petang.
saya diherdik perihal visa dengan doctor, hingga saya menjawab.
saya ke hospital besar di sini lagi. selepas kerja di rumah sakit gigi mulut. untuk periksa case yang agak berat, systemic disease yang ada oral manifestation

contohnya, pesakit HIV positive dengan terdapat candidiasis di mulut..ya begitulah..
terasa ditinggalkan...
dunia boleh buat persahabatan jadi seperti tiada makna
ia boleh buat orang lupa erti percaya
dunia boleh membuat semua nilai yang baik itu seperti tiada makna.
semua ini buat saya sedih.

saya sedih sebab saya rasa saya tak bersalah pun, tapi kena herdik dan ditengking seperti saya pesalah paling teruk abad ini.

saya jadi rindukan keluarga sangat-sangat.

TAPI...ianya telah diubati dengan hujung minggu lepas.
tanpa di sangka dua orang kakak yang sepertinya begitu fofular telah datang melawat dan membuat sesi sharing bersama kami. huk

dan weekend ini juga bertemua dengan 'mereka-mereka' yang seringkali menjadi pengubat kesedihan.
mungkinkah ini kecintaan yang Allah maksudkan

setiap kali berbulatan, hilang rasa sedih dan penat.



Dari Abu Karimah Al-Miqdad bin Ma’dikariba r.a dari Nabi s.a.w, beliau bersabda: “Jika seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahukan kepada saudaranya itu bahawa dia mencintainya”

(HR Abu Daud dan Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan shahih)

"cinta kalian kerana Allah"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...